Pages

Monday, May 19, 2008

Suasana Sekitar Sukan Pasti 2008

Sukan Pasti Kawasan Tg. Malim telah berjaya dijalankan di Taman Permai Jaya, Sungkai. Sukan tersebut menyaksikan kehadiran penduduk tempatan yang berbilang kaum. Kemeriahan amat terasa dengan gelagat anak-anak Pasti yang mencuit hati.

Antara jemputan yang turut sama meraikan sukan pasti kali ini ialah YDP Pas kawasan Tg. Malim, AJK- AJK Pas Kawasan dan Wakil Parti Keadilan.

Perasmian disempurnakan oleh Ridzuan bin Ismail, Timbalan Pengarah Pasti Negeri Perak.

Gambar-gambar berikut menggambarkan suasana Sukan Pasti 2008.





Saturday, May 10, 2008

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tg Malim

Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tg. malim akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Mei 2008
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas Tg Malim, Espek Serigala, S.River
Perasmi: Sdr Salman
(EXCO DPP Negeri Perak)

Semua Pemua dan pemerhati dijempt hadir.

Gotong Royong Pasti Hilal

Tahniah kepada pihak pengurusan Pasti Hilal yang berjaya mengadakan pengubahsuaian bangunan Pasti supaya lebih ceria, menarik dan dapat memikat hati masyarakat untuk menghantar anak-anak mereka ke Pasti. Teruskan Peerjuangan..






Monday, May 5, 2008

Lawatan MB Perak Ke Pekan Trolak

Seminggu selepas dilantik menjadi Menteri Besar Perak, Ir Modh Nizar telah melawat sebuah pekan yang terlalu kecil dan belum pernah dalam sejarah MB Perak melawat pekan tersebut. Inilah Ir Nizar, tetap meluangkan masanya yang dalam perjalanan pulang daripada mesyuarat di Kuala Lumpur.

Beliau seorang yang mudah didekati dan amat mesra dengan rakyat. Masyarakat Melayu, Cina dan India begitu terharu menyambut kedatangan MB ke tempat mereka. Majlis dipenuhi juga dengan penyampaian bantuan keperluan kepada mangsa banjir. Semoga Islam terus tersemat di hati masyarakat di sini..





Takziah Kepada Bendahari Pas T.Malim

Suasana terkejut dan panik berlaku sehari sebelum tarik penamaan calon. Sdr Bendahari Pas T.Malim telah Terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Beliau dirawat di hospital Ipoh.. Kini telah beransur pulih.



Suasana Sekitar Pilihanraya ke 12 DUN Slim

Pilihanraya ke 12 telah berjalan dengan jayanya di seluruh negara. Namun takdir di DUN Slim masih belum memihak kepada perjuangan Islam walaupun pemerintahan negeri dikuasai oleh Barisan Rakyat. Yang lebihnya, Menteri Besar dari kalangan Pas. Sesuatu yang tidak terduga oleh aqal manusia. Benarlah, Allah berkuasa memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakinya...