Pages

Friday, June 6, 2008

Persidangan Setiausaha-setiausaha Pemuda Pas Malaysia



Semua Setiausaha Pemuda dari Kawasan dan Negeri telah menjalani kursus selama 3 Hari 2 malam bermula 31 Mei hingga 2 Jun 2008. Persidangan kali ini diadakan di Langkawi Kedah.

Perasmian awalnya dijadualkan akan disempurnakan oleh YB Salahuddin Ayyub, Ketua Pemuda Pas Malaysia, tetapi diganti di saat akhir oleh Ketua Pemuda Pas Negeri Kedah iaitu Ustaz musoddak kerana YB terpaksa menyelesaikan beberapa urusan di Singapura.

Konvensyen ini adalah penerusan kepada agenda pengukuhan organisasi dan penambahan keahlian yg diasaskan dlm projek UKJ 2004, yg masih belum sempurna pelaksanaannya. Setiap agenda program disusun bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pada masa yg sama, peserta diberi sedikit ruang masa untuk membolehkan peserta menyusur tempat2 di Langkawi.

Kehadiran peserta terdiri daripada 90 peratus setiausaha-setiausaha dari 165 kawasan.

Pejuang Islam Mesti Berjiwa Besar

Setiap Pejuang Islam mestilah memiliki Jiwa Besar yakni tidak merasa rendah diri, walaupun DUN Slim merupakan DUN yang kalah dalam pilihanraya yang lalu. Tetapi Allah SWT memberikan kemenangan yang lebih besar iaitu memerintah sebuah Negeri. Kemenangan yang diberikan oleh Allah ini perlu diisi dengan sebaik mungkin supaya setiap ruang dapat dipenuhi dengan agenda memartabatkan Islam dan menarik hati masyarakat untuk sama-sama berjuang menubuhkan sebuah daulah Islamiyyah bukan hanya di negeri Perak sahaja, bahkan di Malaysia keseluruhannya.

Begitulah antara tazkirah atau peringatan yang diberikan oleh Ustaz Mustaffa Shaari ketika menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Pas kawasan Tanjong Malim yang diadakan di Dewan Rumah Rehat Slim River.



Kesemua 24 Cawangan menghantar perwakilan, termasuk 15 perwakilan Pemuda dan 15 Perwakilan Muslimat. Suasana mesyuarat berjalan dengan baik dimana perwakilan diberi peluang untuk menyatakan pandangan, pertanyaan serta usul-usul.

Mesyuarat berakhir pada pukul 2.30 petang dengan semua perwakilan, pemerhati dan jawatankuasa bersalam-salaman dan menikmati hidangan tengah hari bersama.



Jangan Tinggalkan Bukit Uhud

Begitulah pesanan yang disampaikan oleh perasmi ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Tg. Malim yang telah berlangsung pada 19 Mei 2008. Antara lain, beliau juga mengingatkan bahawa bukanlah matlamat pejuang-pejuang islam untuk meraih 'Harta Ghanimah' yang ditinggalkan musuh apabila tamatnya sesuatu peperangan yang dimenangi pihak Islam. Apa yang lebih penting, perjuangan kita adalah untuk menegakkan sebuah pemerintahan islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Mesyuarat itu yang dirasmikan oleh exco DPPN Perak iaitu Sdr Salman bin Salleh, juga merupaka setiausaha JPN Negeri Perak. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 70 orang perwakilan pemuda dalam kawasan Tg. malim.

Pada mesyurat ini juga, dibuat pelancaran Blog Dewan Pemuda yang dilancarkan sendiri oleh Ketua Pemuda, Sdr Aminuddin bin Zulkipli.

Kemeriahan mesyuarat kali ini begitu terasa dengan kehadiran perwakilan-perwakilan serta pemerhati daripada pihak Jawatankuasa Pas Kawasan, termasuk YDP sendiri (Ustaz Zulqarnain Hassan).

Mesyuarat yang tamat pad pukul 1.40 petang itu disudahi dengan doa Wehdah yang dipimpin oleh Ustaz Tengku Zahid.