Pages

Thursday, January 29, 2009

Kem Maal Hijrah Remaja

JKKK Kampung Rasau bersama dengan pemudanya yang begitu aktif dan tekun mendidik generasi mudanya telah menganjurkan satu kem untuk anak-anak remaja di kampung tersebut yang diberi nama Kem Maal Hijrah. Memang menarik dan disertai oleh kira-kira 50 orang anak muda belasan tahun, termasuk dari kalangan belia orang asli.

Kem tersebut telah diadakan di Gunung Marong, kira-kira 30 minit bermotosikal dari Rasau dan 20 minit pula berjalan kaki. Syabas orang Rasau.. Teruskan perjuangan.. Kami Pemuda Pas sedia membantu, walau berapa kali lagi program seumpama itu dilaksanakan.. Yang penting, anak-anak muda kita perlu diberi tunjuk ajar, demi kemajuan Islam..Insyaallah.









Wednesday, January 28, 2009

Gotong Royong di KualaSlim

JKKK Kampung Kuala Slim bersama penduduk kampung dan Unit Amal Kawasan Tanjong Malim telah melancarkan satu gotong royong perdana pada 25 Januari yang lalu. Perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaluddin (ADUN Behrang) kerana Ustaz Tarmizi selaku PenyeliaDUN Slim tidak dapat hadir atas urusan Kerajaan Negeri.

Program ini dihadiri oleh semua pimpinan Pas, Pemuda dan Cawangan Kuala Slim. Sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat membuktikan Pas amat disenangi dan bertepatan dipilih untuk terus menerajui Perak dan seterusnya Malaysia. Insyaallah..

Beberapa gambar sempat dirakamkan untuk dikongsi bersama..





Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza







Atas inisiatif dan rasa tanggungjawab membantu saudara-saudara yang tertindas di Palestin, Dewan Pemuda Tanjong Malim telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza. Pelancaran bermula pertengahan Januari sehingga 28 Februari.

Kutipan dan penerangan telah dijalankan sebagai pembukaan di Pasar Slim River pada Ahad yang lalu. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Seterusnya di buat kutipan juga di Kuala Slim, di Pasar Trolak Selatan dan beberapa tempat lagi akan menyusul.

Setakat artikel ini ditulis, kutipan telah mencecah RM2000++. Terima kasih kepada semua penderma. Teruskanlah membantu mangsa penginayaan Israel di Gaza. Maklumat lanjut, boleh hubungi Pengerusi Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Tg. Malim, Sdr Nasir di talian019-5521108.

Wednesday, January 21, 2009

Bersyukur Kemenangan Di Kuala Terengganu

Seperti sedia dimaklumi, pilihanraya kecil yang baru berlalu di Kuala Terengganu telah diberi kemenangan oleh Allah SWT kepada Parti Islam Semalaysia (PAS). Atas rasa kesyukuran yang tidak terhingga, Pas telah mengadakan satu kenduri kesyukuran yang akan diadakan di Masjid Besout 2 pada 22 Januari 2008 ini bersamaan Hari Khamis. Program bermula dengan Solat Maghrib.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas juga menganjurkan satu USRAH juga bertempat di Besout 2. Usrah bermula dengan Solat Maghrib berjamaah di Masjid Besout 2. Semua golongan masyarakat, terutamanya PEMUDA Kawasan Tanjong Malim dijemput hadir.

Tuesday, January 20, 2009

Ketua Pemuda UMNO Tg Malim Ditangkap?!!

Heboh diperkatan oleh masyarakat tentang seorang yang dimaklumkan oleh media sebagai Ketua Pemuda sebuah pertubuhan politik ditangkap kerana mencuru lori. Menurut sumber yang boleh dipercayai, seorang yang datang dari sebuah parti politik itu ialah Ketua Pemuda UMNO yang baru memenangi jawatan tersebut pada pemilihan yang lalu.

Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-samalah kita tunggu perbicaraannya nanti. Ape pun, kes ini dah jadi kes Polis. Biarlah pihak polis dan mahkamah yang menentukannya. Cuma, media BN, tolonglah beradab sikit.. buatlah laporan yang terbaik, telus, diyakini dan berhemah..

Buku Teks Pasti

Semua Pasti Kawasan Tanjong Malim telah mendapat buku teks yang telah diedarkan dengan jayanya pada 18 Januari yang lalu. Ini bernmakna, sesi persekolahan pada hari Isnin (semalam), semua pelajar Pasti telah mendapat buku teks dan buku tulis masing-masing.

Menurut pengerusi Pasti, selepas buku-buku tersebut diambil, terus diedarkan ke semua unit Pasti dalam kawasan Tg. Malim. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh 2 AJK Dewan Pemuda yang lain. Syabas dan teruskan perjuangan.

Islam Pasti Menang

Menyelusuri hari-hari berkempen di Kuala terengganu melalui media arus perdana memang agak merisukan. Manakan tidak, semua berita yang dipaparkan memihak kepada Barisan Nasional. Hakikatnya, media BN langsung tidak beretika.

Apapun, kemenangan di Kuala Terengganu adalah kemenangan Umat dan Pejuang Islam. Tahniah dan SYABAS kepada Pakatan Rakyat kerana bekerja bersungguh-sungguh memenangkan Parlimen Kuala Terengganu ini.

Perubahan rakyat ini menuntut kita semua terus melipatgandakan usaha memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, tanpa memilih bulu seperti yang diamalkan oleh BN. Takbir!!