Pages

Tuesday, June 30, 2009

UMNO Tidak Sesat???

Utusan meroyan melaporkan;

"KOTA BHARU 25 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan hari ini membuat laporan polis terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataannya yang menyamakan UMNO seperti ajaran sesat Ayah Pin, pengganas komunis dan Chin Peng
[1]"

KOMEN:

Nak tergelak bila dengar berita puak-puak UMNO kelantan buat laporan polis tentang kenyataan tok guru yang menyamakan UMNO seperti ajaran ayah pin.

Kenyataan tok guru menyebut UMNO ini sesat, bukan perkara baru, malah sudah sekian lama. Bagi mereka yang sering mengikuti kuliah dan ceramah tok guru, pasti akan mengetahui keadaan ini.

Walaupun tok guru Nik Abdul Aziz tidak bagitahu pun, sebagai manusia yang mempunyai pemikiran yang sihat, pasti kita akan tahu bahawa UMNO ini sesat, setara dengan Ayah Pin, dan ganas setara Chin peng.

Alasannya amat senang, iaitu sabda nabi SAW;

تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ

Maksudnya;
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kami tidak akan sesat selama berpegang dengan kedua-duanya; kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya
[2]"

Apakah UMNO berpegang kuat dengan Al-quran dan As-sunnah? Apakah sebarang keputusan yang dibuat oleh UMNO dalam menentukan dasar politik mereka, berasaskan kepada ijtihad-ijtihad ulama yang merujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah?

Bahkan, UMNO adalah sebuah parti yang tidak berasaskan kepada fikrah islamiyyah, malah merujuk kepada semangat nasionalis melayu melebihi dari Islam. ekoran itulah, UMNO sanggup menghaprakkan bangsa selain melayu dengan alasan nasionalis, padahal perkara ini bercanggah dengan islam.

Islam menyeru manusia memberikan keadilan kepada semua bangsa, tanpa meletakkan sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding yang lain.

Firman Allah;

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Maksudnya;
"Wahai manusia !! kami ciptakan kamu lelaki dan perempuan, kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya kamu kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah maka mengetahui lagi maha mengerti"

(Surah Al-hujurat : 13)

Ketaqwaan bukan sekadar milik melayu, malah ia adalah milik semua; cina dan India ada harapan untuk menjadi taqwa. Apabila ketaqwaan itu dibataskan kepada orang melayu sahaja, sudah pasti tindakan sedemikian membataskan maksud firman Allah ini. tindakan itu merupakan kesesatan mengikut kacamata Al-Quran dan As-sunnah.

UMNO LAPOR KEPADA POLIS

Nampaknya kenyataan tok guru itu menyebbakan UMNO gelabah biawak, menyebabkan mereka terpaksa buat laporan polis.

Tindakan UMNO tidak perlu dibimbangi, malah tindakan seperti ini seiras-iras tindakan munafiqin yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah;

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَقُولُ آَمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الْآَخِرِ وَمَا هُمْ بِمُؤْمِنِينَ * يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آَمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلَّا أَنْفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ

Maksudnya;
"Sebilangan manusia, mereka mengatakan kami beriman dengan Allah dan hari akhirat, padahal mereka bukan orang yang beriman * mereka mahu tipu Allah dan orang-orang yang beriman. Sebenarnya, mereka tidak menipu melainkan diri mereka sendiri tanpa mereka sedari"

(Surah Al-Baqarah : 8-9)

Sekian


Thursday, June 25, 2009

Hapus segera PPSMI - Pemuda PAS

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Pusat, mendesak kerajaan menghapuskan terus Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, ini kerana kerajaan akan mengumumkan keputusan menyeluruh berhubung kontroversi pelaksanaan dasar PPSMI awal Julai ini.

"Sebagaimana didedahkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen baru-baru ini akan membuat pengumumannya dan ini adalah jaminan yang konkrit pernah disampaikan kerajaan," ujar dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Pada 23 Jun lalu, Muhyiddin semasa menjawab soalan dari ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dalam sidang parlimen, berkata kerajaan akan mengumumkan keputusan dasar PPSMI pawa awal Julai ini.

Menurut Nasrudin, makin banyak pihak yang pertikai PPSMI sejak diperkenalkan pada 2003 lepas.

Ini katanya, termasuk perarakan besar-besaran yang diketuai Sasterawan Negara, A Samad Said ke Istana Negara bagi penyerahan memorandum kepada Yang diPertuan Agong pada 7 Mac lalu.

"Banyak bukti-bukti yang dikemukakan dan kajian yang dilakukan pejuang bahwasa yang mendapati dasar PPSMI memberi kesan negatif kepada para pelajar khususnya di kawasan pedalaman," katanya.

Disebabkan itu katanya, Pemuda PAS menggesa kerajaan menghapus segera tanpa terus membuat kajian dan penyelidikan kerana terbukti merosakkan sistem pembelajaran kebangsaan serta menolak kedaulatan Bahasa Malaysia sebagai bahawa kebangsaan. - mks. _

Saturday, June 13, 2009

Muqayyam Tarbawi


Ketua Pemuda sedang meraikan Pegawai Khas (En Amran) Menteri Besar Pakatan Rakyat








Monday, June 8, 2009

Tahniah Kepimpinan Baru Sesi 2009-2011

Berikut adalah barisan penuh Exco Pemuda PAS yang baru.

Ketua Pemuda: Ust Nasarudin Hassan

Timbalan Ketua Pemuda: Ust Azman Shapawi Abdul Rani

Naib Ketua Pemuda: Sdr Ahmad Sabki Yusof

Exco

Ustaz Riduan Mohamad Noor-197 undi
Ustaz Nik Mohamd Abduh Nik Abdul aziz - 194 undi
Ustaz Mohd Firdaus Jaafar - 176 undi
Ustaz Mohd Nazri Chik Zain - 165 undi
Suhaizan Kaiyat - 165 undi
Ustaz Nasir Zakaria - 152
Ustaz Kamal Ashari - 145
Kamaruzzaman Mohamad - 139 undi
Khairul Faizi Ahmad Kamil - 139 undi
Mohamad Adram Musa - 135 undi
Abdullah Abdul Karim - 127 undi
Dr Raja Ahmad Iskandar 126 - undi


Jangan merasa cukup dan jangan jadikan alasan tiada duit - Salahudin

Mantan ketua pemuda, Salahuddin Ayub berpesan kepada barisan kepimpinan baru Pemuda PAS dan seluruh perwakilan supaya tidak merasa cukup dengan apa yang ada dan menjadikan alasan tiada duit untuk terus berada di dalam perjuangan.

Semalam, beliau berucap buat kali yang terakhir sebagai Ketua Pemuda dalam Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyah PAS Pusat.

Beliau mengimbas kembali sebelum terlibat secara langsung bersama pemuda, beliau hanyalah orang kampung yang bekerja sebagai penjual ikan dan penjual kuih. Selepas itu beliau ditaklifkan menjadi Ketua Penerangan Pemuda PAS dengan gaji hanya RM 500.00 sebulan dan seterusnya dilantik menjadi Ketua Pemuda menggantikan Tuan hj Mahfuz pada tahun 2003.

Isteri beliau pula terpaksa belajar menjahit bagi menampung kehidupan mereka sekeluarga. Sehinggalah beliau dapat menjadi ahli parlimen Kubang Kerian, barulah hidup beliau bersama Isteri dan anak-anak agak selesa sedikit.

Walaupun telah mendapat kehidupan yang selesa beliau dan keluarga telah berjanji, tidak akan mengubah gaya hidup.

Mengulas mengenai kritikan orang-orang luar kepada Ketua Pemuda yang baru, beliau berkata" walaupun dengan imej jubah dan serban, ataupun dengan memakai kot dan tali leher sebesar sejadah, orang tidak menilai semua itu. Tetapi insyaAllah orang dan masyarakat diluar akan menilai pemikiran dan gagasan kita sebagai pemimpin."

Beliau menasihatkan kepada Ustaz Nasrudin dan barisan kepimpinan yang baru supaya tidak merasa gundah gulana dalam berjuang kerana dengan Islam yang diperjuangkan, mereka berada ditempat yang sangat tinggi.

"Ada ramai sahabat yang mungkin memuji kita siang dan malam, tapi tidak ramai sahabat yang berani mengkritik kita. Bersabarlah kita dalam menerima teguran dan jangan malu untuk menambah ilmu yang kita ada" kata beliau.

Mengimbau kembali ketika mula-mula diangkat menggantikan Tuan Hj Mahfuz sebagai ketua pemuda dahulu, ramai yang tidak yakin dengan kepimpinan beliau dan akhbar-akhbar memberikan kritikan yang sangat pedas kepada beliau.

Walaubagaimanapun beliau telah berusaha dengan segala kudrat yang ada untuk berbuat yang terbaik.

Beliau turut berpesan supaya tidak menjadikan akhbar-akhbar ini sebagai musuh tetapi jadikan ia sebagai kawan yang mengkritik kita dan membina diri kita sebagai pemimpin.

Ahli Parlimen Kubang Kerian itu juga berterima kasih kepada Dewan Pemuda PAS dan budi dewan pemuda pemuda tidak mampu untuk beliau balas.

Beliau berjanji, di mana pun beliau berada tetap akan mempertaruhkan nyawa untuk perjuangan suci ini.
Akhir sekali, beliau turut berterima kasih kepada individu-individu yang membantu beliau sejak beliau memikul amanah sebagai Ketua Pemuda PAS.