Pages

Monday, July 26, 2010

Jambori Amal Tg Malim 2010

Alhamdulillah, Jambori Amal Kawasan Tg Malim telah berjaya diadakan di Kg Baru Sabar Jaya, Sungkai dengan penyertaan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada remaja-remaja dari cawangan sekitar Kawasan Tg Malim.

Pendaftaran jambori bermula jam 5.00 petang pada hari Jumaat 23 Julai 2010. selesai pendaftran, peserta ditugaskan mendirikan khemah masing-masing. Manakala petugas sibuk menyediakan makan malam.

Selesai Solat Maghrib, satu taklimat ringkas diberikan oleh Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar. Setelah selesai, Ustaz Azhari mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyampaikan Tazkirah Maghrib.

Selesai Solat Isyak, semua peserta menikmati juadah makan malam.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Ustaz Azhari. Setelah selesai, disambung pula dengan slot Taklimat Kawad kaki oleh Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamuddin dan diakhiri dengan taklimat Malam Kebudayaan oleh Timbalan Amal Tg Malim, Sdr Fazrin.

Setelah selesai, semua peserta menikmati lemang yang telah siap tersedia dengan kari ayam istimewa bagi menutup slot akhir sebelum peserta diarahkan tidur pada jam 1.00 pagi.

Jam 5.30 pagi hari kedua, semua peserta dikejutkan untuk menunaikan Solat Subuh Berjamaah..Selepas Solat subuh, diisi dengan Kuliah oleh Ustaz Norzarir. Aktiviti hari kedua dimulai dengan Kawad kaki dan majlis perasmian oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Selepas itu.. macam-macam hal yang menarik berlaku. Lawati blog Amal Tg Malim di url http://uamaltm.blogspot.com

Peserta sibuk mendirika khemah pada hari pertama jambori

Taklimat daripada Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar

Penyampaian anugerah kepada Tn Imam Kholili pada majlis penutup

Sunday, July 11, 2010

Tayangan Skrin Besar Piala Dunia 2010


Satu tayangan secara langsung akan dibuat sempena perlawanan Bola Sepak Piala Dunia pada pagi 12 Julai 2010 (2.30 pagi).

Tayangan akan diadakan di Pasti Kampung Rasau.

Semua pencinta bola sepak dijemput hadir beramai-ramai.

Maklumat lanjut, hubungi Sdr Shariman di talian : 019-6218100.

Saturday, July 10, 2010

Kelebihan Bulan Rejab


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Monday, July 5, 2010

Al Fatihah Buat Ustaz Shuib Husin


Dewan Pemuda Pas Tg Malim mengucapkan takziah kepada keluarga almarhom di atas pemergian almarhom dijemput Ilahi.

Almarhom yang terlantar lama sakit, kini telah menemui pencipta. semoga Almarhom ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan diredhai Allah kerana jasa-jasanya yang begitu banyak dalam perjuangan Islam ini.. Al Fatihah.


Gambar ehsan: Ajijol

Thursday, July 1, 2010

Usrah DPPTM

Usrah Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim

Tarikh : 1 Julai 2010
Masa : Solat isyak Berjamaah
Tempat : Pejabat DPPTM

Semua AJK Pemuda wajib hadir. Pemuda cawangan-cawangan dijemput hadir.