Pages

Tuesday, January 26, 2010

Lagi Gambar Menarik Rehlah Pemuda

i
Meriah, Suasana rehlah Pemuda

"Baling bagi masuk tau," Arahan jurulatih kepada anaknya

Acara menyambut bom air

Gaya seorang hero, tapi sayang belon tetap pecah...

Juara acara sambut Belon.... Tahniah

Monday, January 25, 2010

Rehlah DPPTM 2010

Dewan Pemuda Pas Tg Malim berjaya menganjurkan Rehlah Pemuda pada 24 Januari 2010(Ahad). Program bermula pada jam 8.30 pagi yang bertempat di Kampung Chinggung, Behrang batu 8.

Program ini disertai oleh AJK DPPTM bersama ahli keluarga masing-masing yang terdiri daripada 60 orang.

Pengisian program dimulai dengan bacaan Ma'thurat, sesi takruf bersama ahli keluarga, Tawjihad oleh Ketua DPPTM, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Permainan untuk kanak-kanak dan ibu bapa dan yang paling menariknya, dapat mandi-manda sepuas-puasnya.

Tn Hj Aminuddin turut menasihatkan agar semua AJK terus memperjuangkan apa yang didokong sekarang hinggalah tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia ini. Beliau juga berpesan agar tidak menjadikan alasan jumlah yang sedikit untuk tidak melaksanakan amanah yang telah diberikan.

Program berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan jamuan makan.















Monday, January 18, 2010

Lawatan DPPN Perak ke Tanjong Malim

Program Exco DPPN Perak menziarahi kawasan-kawasan yang diatur telah berjaya dilaksanakan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Perak. Sekalung tahniah atas komitmen dan keperihatinan menziarahi kawasan-kawasan serta mengambil tahu permasalahan di peringkat kawasan. Selain itu, ianya juga dilihat sebagai wadah pengukuhkan lagi ukhuwah antara pimpinan negeri dan kawasan.


Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan terima kasih khusus kepada Sdr Salman bin Salleh serta rombongan iaitu Sdr Safarizal dan Sdr Hafiz kerana sudi meluangkan masa mendengar dan berdialog bersama DPP Tg Malim.


Pengisian program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Ketua Pemuda yang mewakili Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli kerana menghadiri Mesyuarat Perhubungan Negeri di Ipoh. Pengisian disambung pula dengan pembentangan laporan DPP Tg Malim yang dibentangkan oleh Sdr SUK DPP Tg Malim.


Dalam sesi dialog, ketiga-tiga Exco yang hadir mengambil bahagian menjawab serta memberi penerangan sebaik mungkin kepada para peserta. Ucapan penutup disudahi oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri.


Sebelum berakhir, Sdr Salman telah melancarkan kutipan RM 1 untuk tabung Unit Amal kawasan Tg Malim.


Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari.











Friday, January 15, 2010

Lawatan DPPN Perak Ke Tg Malim

Rombongan Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Negeri Perak akan mengadakan kunjungan dan kempen bagi menjayakan Program Hempap 2010 pada ketetapan seperti berikut:


Hari : Ahad
Tarikh : 17 januari 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat DPPTM, Bandar Baru, Slim River

Semua pemuda dijemput hadir.

Himpunan Pemuda Pas Perak 2010

Thursday, January 14, 2010

Minggu Pertama Murid Pasti 2010


PASTI AL HILAL, BESOUT


PASTI AL ANSAR, SUNGKAI


PASTI NURUL AIN, TROLAK UTARA


PASTI AL MAWADDAH, BEHRANG 2020


PASTI AL FIRDAUS, TANJUNG MALIM


PASTI AN NISA', PROTON CITY


PASTI EHSANIAH, KAMPUNG RASAU


PASTI AL BARAKAH, SLIM RIVER

Tuesday, January 12, 2010

Jawatankuasa DPPTM 2010

Ketua Pemuda


Timbalan ketua Pemuda



Naib Ketua Pemuda



Setiausaha



Bendahari



AJK










Monday, January 11, 2010

Al Fatihah Buat Saudara Fadiri dan Faizol

Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan Sdr Fadiri dan Mohd Faizol yang diberitakan meninggal dunia sebentar tadi. DPPTM dimaklumkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Proton City selepas Zohor hari ini.

Allahyarham merupakan seorang aktivis yang begitu komited dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sama ada di UPSI atau masyarakat sekitar telah mengalami kemalangan awal pagi tadi ketika menaiki motosikal bersama seorang temannya. Sahabat kepada Allahyarham dikhabarkan meninggal di tempat kejadian. Sdr Fadiri telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana.

Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli bersama Naib, bendahari dan AJK turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah di Surau Al Falah, Proton City. Turut hadir Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Salim Ariffin.

Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..

Al Fatihah untuk Allahyarham.

Friday, January 8, 2010

Doa dan Harapan DS Nizar Cepat Sembuh

Dewan Pemuda Pas Tg Malim mengucapkan takziah dan mendoakan DS Nizar Jamaludin yang terlibat dalam kemalangan semalan cepat sembuh. Kami mendoakan semoga Dato` Seri Ir. Haji Mohammad Nizar dilimpahkan kesihatan dan kekuatan yang jitu dari Allah S.W.T. Harapan juga agar keluarga Dato` Seri Ir.Haji Mohammad Nizar dan seluruh rakyat dapat bersabar dalam ujian dan ketentuan dari Allah S.W.T ini .


Thursday, January 7, 2010

Mesyuarat Bulanan DPPTM

Akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 7 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat DPPTM

Semua AJK dan Ketua Pemuda Cawangan wajib hadir