Pages

Tuesday, May 18, 2010

Tahniah KP

Sekadar gambar hiasan...

Tahniah buat Aminuddin Zulkipli, ketua Pemuda Pas Tanjung Malim yang telah dianugerahkan cahaya mata ke-8 semalam. Mudah-mudahan si kecil akan menjadi penguat semangat untuk anda terus bersama perjuangan islam. Selamat membesar untuk menjadi anak yang soleh...

P/s - Dah besar jangan ngada masuk Umno...

Monday, May 17, 2010

DAP Menang di Parlimen Sibu

DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

NONECalon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Sumber : Malaysiakini

Sunday, May 16, 2010

Pembuangan Undi di Rumah Panjang








Semasa saya mengupdate blok ini BN mendahului kesemua petu undi rumah panjang sekitar Parlimen SIBU dengan majoriti 1708 undi. Kebetulan telah ditakdirkan tuhan saya bertugas di rumah panjang RASSAU, hampir sama nama dengan kg. Ketua Pemuda Tanjung Malim iaitu Kg, Rasau di Slim River. Sehari sebelum pengundian dilakukan saya bersama teman dari PAS seluruh malaysia dihantar kerumah-rumah panjang dan saya sendiri keras dalam bot laju selama 2jam.

Sesampai disana saya disambut oleh 2 ahli parliment DAP . Bertolak kerumah panjang kami disambut bunyian dan tarian ponco-ponco kurniaan BN, adelah anak dara kaum iban sedang menari.

Semasa pengundian dilakukan kami mendengar berita semua petugas polling agen BN bertugas tanpa menggunakan surat pelantikan oleh wakil calon, jadi semua polling ajen BN diusir keluar kelakarle. Kami yang bertugas dirumah panjang, pengiraan undi lilakukan pada jam 01.00, ini kali pertama saya melakukan pengiraan tanpa petugas BN, Boleh halau wakil BN lagi, macam raje rasanya. Kalau teman-teman nak bolehle tengok gambo yang ade nie.

Selamat Hari Guru


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, May 12, 2010


Dalam memenuhi tuntutan Pakatan Rakyat PAS telah mengambil tanggung jawab ini dengan menghantar petugas melalui negeri-negeri, tidak terkecuali PERAK juga menghantar petugasnya sendiri untuk berkempem memenangkan Pakatan Rakyat dimana DAP bertanding. Walaupun laut cina selatan memisahkan atas dasar persahabatan yang telah diikat dengan persefahaman yang dibentuk PAS Perak telah menghantar petugas dan ada darinya terdiri dari PEMUDA Tg. Malim

prk sibu satu kajian

Oleh Wan Nik Wan Yussof

Parlimen P.212 Sibu terletak agak pedalaman Sarawak berbanding Kuching atau Miri. Ia meibatkan tiga dewangan undangan negeri iaitu N.47 Bawang Assan, N.48 Pelawan dan N.49 Nangka. Sementara geografinya adalah satu kawasan dengan sifat relifnya beralun direntasi Sungai Rejang dan cabangnya Sungai Igan. Berada dalam Bahagian Sibu, dengan Mukah terletak di sebelah utara, Sarikei di selatan manakala Kapit di sebelah timurnya.Ia satu kawasan pembalakan yang penting menjadikan Bandar Sibu sebagai pusat perniagaan balak dan pertumbuhan ekonomi perniagaan.



Atas faktor geografi dan ekonomi perniagaan, Sibu merupakan pusat penempatan penduduk Cina terbesar, khususnya suku Foochow.

Parlimen Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar, yang terdiri daripada 52,158 pengundi biasa dan 2,537 undi pos, merangkumi 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

Menurut senarai pemilih yang dikemas kini sehingga 9 April lepas, pengundi dari kaum Cina adalah hampir 67 peratus daripada jumlah pengundi, diikuti Melayu/Melanau (10.5 peratus) dan bumiputera Sarawak (22 peratus). Lihat jadual 1 dan Jadual 2 berikut.

Jadual 1: P.212 Sibu: Pecahan kaum

Jumlah 54,695 [Cina 67.00% (36,646), Melanau 11.00% (6,016), Bumiputera 22.00% (12,033)]

Jadual 2: P.212 Sibu: Pecahan jenis

Jumlah 54,695 [Biasa 67.00% (52,158), Tentera 11.00% (1,910), Polis 22.00% (2,627)]

Sebanyak 45 pusat mengundi dengan 110 saluran akan dibuka di 39 buah sekolah, dua tadika dan masing-masing satu pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam bagi proses mengundi,

Pilihan raya kecil 2010

Berikutan kematian Robert Lau Hoi Chew pada , maka berlaku kekosongan kerusi parlimen Sibu. Justeru itu, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menetapkan 8 Mei hari penamaan calon dan 16 Mei hari mengundi.

Hari ini (8 Mei) telah berlaku proses penamaan calon yang diadakan di Dewan Suarah, Sibu. Calon Pakatan Rakyat diwakili Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah pertama menyerahkan borang pada jam 9.03 pagi diikuti calon Barisan Nasional diwakili Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan bebas. Tiada ada apa-apa bantahan dibuat dalam tempoh sejam dari pukul 10 hingga 11 pagi.

Pada jam 11.25 pagi pihak Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi pilihan raya kecil P.212 Sibu, Wong Seng Meng mengumumkan pencalonan yang sah seramai tiga orang menjadikan pilihan raya kecil Sibu adalah pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional, Robert Lau Hui Yew dari SUPP, Pakatan Rakyat Wong Ho Leng dari DAP dan Bebas Narawi Haron.

Pilihan raya umum 2008

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, mendiang Robert Lau Hoi Chew mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 3,549 undi, menewaskan pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng dan Lim Chun Chuang dari KeADILan. Keputusan penuh pilihan raya umum lalu itu seperti mana Jadual 3 berikut.

Jadual 3: P.212 Sibu: Keputusan Pilihan Raya Umum 2008

Pengundi 53,679 [BN 53.38% (19,138), DAP 44.36% (15,903), KeADILan 2.26% (812)]

Undi Sah 35,853, Peratus Undian 66.79%

Mungkin keupayaan Barisan Nasional menang itu disebabkan berlaku pertandingan tiga penjuru yang menyebabkan kurang simpati kepada DAP. Hal itu tidak berlaku lagi pada pilihan raya kecil ini.

Peluang menang

Berikutan persefahaman dalam Pakatan Rakyat, berlakulah kesepakatan jitu dalam menghadapi Barisan Nasional. Kali ini Wong (DAP) bertanding semula, sementara Lim (KeADILan) tidak bertanding. Persefahaman dan persetujuan Pakatan Rakyat ini penting dalam memastikan calon DAP menang. Apakah dengan strategi ini menjamin kemenangan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional akan kecundang kepada calon DAP dan calon Bebas sebagai calon ketiga akan hilang wang pertaruhan? Kesemuanya bergantung kepada beberapa faktor yang melingkungi keputusan pengundi nanti.

Antara faktor terpenting adalah mood pengundian yang baru berlaku semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor 25 April lalu. Paling ketara mood itu ialah penolakan majoriti pengundi Cina terhadap Barisan Nasional dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib. Namun, berlaku pula penerima akan tipis (marginal) gelintiran pengundi Melayu dan India kepada Barisan Nasional. Justeru itu, sokongan kepada Pakatan Rakyat di Hulu Selangor tidak merosot malah bertambah 95 undi. Sementara Barisan Nasional pula mendapat tambahan yang lebih besar iaitu 2,018 undi.

Sehubungan itu, faktor mood pengundi Cina seperti mana di Hulu Selangor adalah ancaman kepada Barisan Nasional. Meskipun sekarang ini, berlaku promosi kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib dengan slogan keadilan masyarakat melalui 1Malaysia dan pemulihan ekonomi melalui Model Ekonomi Baru, hakikatnya ia tidak menyentuh minat pengundi Cina. Apakah mood pengundi Cina Hulu Selangor ada di Sibu.

Melihat hakikat itu, wajar diperhatikan dari pengalaman pilihan raya umum lalu, bahawa sokongan sokongan mengikut kaumnya adalah pengundi Cina dianggarkan kira-kira 35 peratus kepada Barisan Nasional, 30 peratus kepada DAP, dan 35 peratus lagi tidak mengundi. Sementara pengundi Melanau dan Bumiputera (Iban, Bidayuh dan lain-lain) didapati pihak Barisan Nasional mempunyai kelebihan dan akses lebih rapat berbanding DAP. Justeru itu, Barisan Nasional mencapai kemenangan. Maka atas faktor perkauman pengundi Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk menang.

Ia diakui sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang menganggapkan pengundi Cina sebagai undi penentu kerana pengundi Cina adalah majoriti bagi parlimen ini. Tetapi pengalaman pilihan raya umum lalu, termasuk pilihan raya negeri Sarawak ternyata sokogan pengundi Cina kian merosot kepada Barisan Nasional. Sebagai mana kenyataan Pengerusi SUPP Sibu, Datuk Seri Wong Soon Koh yang mengakui kekalahan mengejutkan pada pilihan raya negeri 2006 di dewan undangan negeri sekitar Bandar Kuching ada hubungannya dengan kemerosotan sokongan pengundi Cina.

Atas kemerosotan itu, SUPP telah mula mengasuh lebih banyak anggotanya yang muda dan berpendidikan tinggi untuk menjadi calon dengan mendedahkan mereka kepada persekitaran politik, seperti memainkan peranan sebagai anggota majlis perbandaran dan sebagainya. Maka pilihan raya kecil kali ini adalah ujian bagi Barisan Nasional untuk mengukur sejauh mana proses pemulihan itu telah diterima baik oleh rakyat.

Strategi kempen memikat pengundi Cina

Sejauh mana keputusan pilihan raya kecil di Hulu Selangor mempengaruhi pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei adalah titik pemikiran strategik bagi kempen Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Mood pengundi Cina di Sibu perlu dilihat secara terperinci dan lunak. Mungkin pengundi Cina di Sibu harus dilihat lebih terperinci kerana calon bagi kedua-duanya adalah dari kaum CIna. Ia cukup berbeza dengan Hulu Selangor. Justeru itu, factor calon sedikit sebanyak boleh mencorakkan pola sokongan. Kalau dahulunya, faktor pengaruh calon dilihat menyebelahi Barisan Nasional, apabila keutuhan mediang Lau cukup ampuh mengatasi calon DAP, Wong dan calon KeADILan, Lim.

Justeru itu, Barisan Nasional kali ini masih melihat pengaruh kerabat mediang Lau akan memukau undi kepada calonnya kini, Lau Hui Yew. Hal ini memaksa Barisan Nasional mencalonkan calon dari kerabat mediang Lau Hoi Chew. Maka, faktor calon masih menarik diteliti di dalam merangka strategi kempen dengan tidak mengabaikan juga aspek kesejahteraan kepada pengundi Melanau, Iban dan Bumiputera lain.

Ujian sebenar Pakatan Rakyat

Apa pun, bagi Pakatan Rakyat bukan sekadar untuk membuktikan perjuangannya diterima oleh kelompok pengundi Cina, lebih penting lagi ialah untuk membuktikan sokongan memuncak masyarakat Bumiputera Sarawak. Ini kerana teras kepada perubahan politik dan persekitaran sosial Sarawak adalah komitmen Pakatan Rakyat memperjuangkan nasib dan pembangunan masa depan masyarakat Bumiputera.

Pelebaran seruan perjuangan Pakatan Rakyat harus berlaku di merata ke segenap pelusuk pinggir dan pedalaman Sarawak. Hakikatnya, dari pilihan raya kecil Sibu adalah titik bergerak bersama arus Sungai Rajang ke arah menyantuni mood perubahan semua masyarakat Sarawak. Semoga tarikh 16 Mei bakal menyaksikan suatu keputusan yang berbeza dengan Hulu Selangor.

**Wan Nik Wan Yussof adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan merangkap Tim. Pengarah 1 JPN PAS Kelantan.

Sunday, May 9, 2010

Sukan Pasti Kawasan Tg Malim 2010


Sejak awal pagi lagi, ibubapa dan murid-murid Pasti telah membanjiri padang Pekan Trolak untuk menjayakan sukan pasti yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.

Kelihatan deretan khemah terpasang untuk menampung murid-murid Pasti seramai kira-kira 240 orang yang terdiri daripada Pasti Mawaddah, Nisa', Al-Firdaus, Al-Barakah, Ehsaniah, Al-Hilal, Nurul Ain dan Pasti Ansar. Guru-guru juga bertungkus lumus menghias murid serta menyediakan kostum menarik untuk merebut gelaran juara bagi acara perbarisan.

Perasmian sukan telah disempurnakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas Perak, merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli. Dalam ucapannya, beliau melahirkan kesyukuran dan tahniah di atas berjayakan pihak jawatankuasa menganjurkan sukan pasti kali ini. Apa yang menjadi fokus ucapannya ialah tentang pertambahan murid tahun ini berbanding tahun sebelumnya sebanyak 50 peratus. Keadaan ini bukanlah suatu kebetulan, bahkan suatu gerak kerja yang gigih daripada semua pihak yang diberi amanah.

Turut menjayakan sukan pasti 2010 ini adalah Naib Ketua Pemuda, AJK Dewan Pemuda, Unit Amal serta beberapa pimpinan Pas Kawasan Tg Malim. Antara pimpinan pas kawasan yang hadir sejak awal pagi iaitu Tn Hj Kadri, Ustaz Mohd Shafie, Tn Imam Kholili dan Ust Nik Abd Hadi.


Pemenang keseluruhan Pasti disandang oleh Pasti Ansar (Sungkai) manakala juara perbarisan disandang oleh Pasti Mawaddah(Behrang), kedua oleh Pasti Al-Hilal (Besout) dan ketiga Pasti Firdaus (Tg Malim).

Tahniah kepada pemenang. Terima kasih kepada AJK dan semua yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, masa dan wang ringgit untuk menjayakan sukan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa kita semua dengan pandangan Rahmat-Nya.


Wednesday, May 5, 2010

Sukan Pasti 2010

Tuesday, May 4, 2010

Setiausaha Amal Tg Malim Terlibat Kemalangan


4 Mei 2010- 3.30 petang, Setiausaha Jabatan Amal Tg Malim, Sdr Hisyamudin telah terlibat dalam satu kemalangan ketika beliau dalam perjalanan dari Slim River ke Tg Malim. Kejadian berlaku berhampiran dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Dalam kejadian, Sdr Hisyamudin yang memandu kereta berseorangan hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River.

Beliau membuat laporan polis di balai Trafik Slim River selepas mengambil rawatan di hospital.

Antara pimpinan yang sempat ke tempat kejadian ialah Naib Ketua Pemuda, Pengarah Nisa' Tg Malim, Sdr Firdaus, Ust Nik dan Sdr Khairol (Jawatankuasa DPPTM)

Beberapa rakaman gambar dapat menjelaskan situasi berkenaan.

Buat Sdr Hisyamudin, bersabar dengan ujian Allah SWT. Teruskan perjuangan..

Sdr Hisyamudin boleh dihibungi melalui talian..019-5672120.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Hisyamudin dan keluarga.

Kenangan Di Muktamar Pemuda Negeri ke 27

Kenangan Menerima anugerah

Kenangan Para Perwakilan dan Pemerhati Tg Malim

Kenangan Pimpinan pada hari Muktamar Pemuda Pas Negeri

Tahniah: Pemuda Tg Malim Terima 2 Anugerah

Muktamar Pemuda Perak kali ke 27 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 telah sempurna dijalankan oleh panitia Muktamar kali ini. Alhamdulillah, banyak perubahan besar dari segi penampilan imej pemuda sedang dan giat diketengahkan.

Muktamar kali ini telah dirasmikan oleh AF Ustaz Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihanraya Pemuda Pusat merangkap ahli Parlimen Merbok. Selain beliau, turyt menyerikan muktamar kali ini ialah AF Ustaz Abu bakar Husin iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Misbahul Munir, Ust Ahmad Awang serta wakil dari PKR dan DAP.

Muktamar tahun ini juga meninggalkan suatu kenangan manis buat pemuda Tg Malim di bawah pimpinan ketua pemudanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli apabila dianugerahkan dengan pengurusan Unit Amal Terbaik dan Kontinjen teramai ke Muktamar ke 27 ini.

Mudah-mudahan anugerah ini melonjakkan lagi semangat dan daya juang pemuda-pemuda Tg Malim khususnya untuk terus melonjakkan dan memperkasakan gerakerja demi memartabatkan Islam di bumi yang kita cintai ini. Buat generasi pewaris, jadikan ia pencetus semangat untuk meneruskan perjuangan.

Buat yang masih di luar sana, memerhati dan memantau dari jauh, ayuh bersama kita berjuang demi kedaulatan Islam yang kita sayangi ini..Ingatlah janji kemenangan untuk Islam, dan smam-samalah kita pastikan kita tergolong dalam golongan yang memperjuangkan Islam..insyaallah. Allahu Akbar.

Saturday, May 1, 2010

Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak ke 27

Hari: Ahad
Tarikh : 2 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Air Kuning, Taiping.

Insyaallah, semua perwakilan Tg Malim dan pemerhati akan bertolak pada pagi esok.

Kontinjen Unit Amal telah mendahului..