Pages

Tuesday, May 31, 2011

Ahli Parlimen Lompat Parti Diganti Parti Lain

Pemuda akan mendesak kerusi bagi ahli Parlimen yang lompat parti digantikan dengan parti lain bagi menjamin kepercayaan rakyat.

"Kita mahu pada pilihan raya akan datang tidak berlaku lagi wakil rakyat dari Pakatan Rakyat lompat parti.

"Jadi kita mahu bahas sama ada wajar kerusi lompat itu diganti parti lain," Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia berkata ketika dihubungi Harakahdaily.

Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim mengalu-alukan usul yang akan dibahaskan pada muktamar pemuda Pas kali ini dan berharap usul ini dibahas sebaik mungkin serta menatijahkan sesuatu yang membawa kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat dalam usaha Pas Menggantikan UMNO.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Tg Malim, kita amat terkesan dengan keadaan ini dan berharap keputusan mengenai perbahasan usul ini akan dibawa kepada rundingan di pihak Pakatan Rakyat serta diputuskan dengan mengambilkira suara akar umbi dan rakyat marhain demi manfaat Pakatan Rakyat itu sendiri.

Walau bagaimanapun, Pemuda Pas berlapang dada dengan sebarang keputusan setelah dibahaskan..

Wednesday, May 4, 2011

Santai Bersama Bob Lokman di Trolak Selatan

Pemuda bersama Pas Cawangan Trolak Selatan telah berjaya menganjurkan program Santai bersama bekas artis yang kini bergiat dalam bidang dakwah, Sdr Bob Lokman.

Program yang bermula jam 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sdr Bob Lokman sempat menyampaikan ucapan ringkas yang amat menarik dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang. Sdr Bob Lokman seterusnya bergegas ke Surau Kg Kelan untuk mengadakan Kuliah Maghrib di sana. Seterusnya, beliau berceramah pada sebelah malamnya di Dataran Berop, Tg malim bersama DS Nizar Jamaluddin.