Pages

Monday, November 12, 2012

JOM BERKHATAN


Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama  PAS cawangan Sungkai akan mengadakan  majlis berkhatan beramai-ramai bertempat di Muassasah Al Iman,Kg Menderang Sungkai..Di harap Tuan Puan dapat sertai dan hebahkan,Segala pertanyaan boleh rujuk maklumat dibawah.


MAJLIS MAKAN MALAM AMAL

Dewan Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka-Peneroka FELDA (ANAK) bersama PAS cawangan Sungkai akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal .
Majlis ini bertujuan bagi mengumpul dana menghadapi Pilihanraya ke 13.Di harap Tuan Puan dapat sertai dan hebahkan,Segala pertanyaan boleh rujuk maklumat dibawah.




KONVOKESYEN PASTI TANJONG MALIM MERIAH

11 Nov 2012, Tanjong Malim: PASTI Kawasan Tanjong Malim telah mengadakan Majlis Konvokesyen peringkat Kawasan Tanjong Malim bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Trolak Pekan,Sungkai.
          Majlis ini dirasmikan oleh Ustaz Zawawi Hasan Merangkap Ketua Pemuda PAS Perak.Turut memeriahkan Majlis konvokesyen tersebut adalah Tuan Haji Aminuddin yang merupakan Yang DiPertua PAS Kawasan Tanjong Malim. 
 Majlis Konvokensyen ini melibatkan 9 buah buah PASTI peringkat kawasan. Semua murid berjaya pelbagai peringkat diraikan. Semoga ia dapat penyuntik semangat anak-anak ini untuk terus maju dimasa akan datang. 
        Majlis  berakhir sekitar jam 12.00 tengahari,turut hadir adalah Saudara Junaidi merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim dan barisan kepimpinan pemuda Kawasan.


Para murid Pasti Menunggu bersama Ibu Bapa Masing-masing


Ydp PAS Tanjong Malim Tn Hj Aminuddin Menyampaikan cenderahati kepada Ustaz  Zawawi Hasan



Ustaz Zawawi bergambar kenangan seusai majlis bersama pimpinan Pasti Kawasan dan Majlis Guru Pasti


PENGARAH PASTI PERAK TURUN PADANG



Tanjong Malim,Hujan lebat baru-baru ni hampir 2 jam ,mengundang banjir di Sekitar Sungkai.Antara yang terlibat beberapa buah kampung setempat antaranya Kg.Buluh Telur,Sungkai.
Di kesempatan itu Pengarah Pasti Negeri Ustaz  Azhari bersama Pemuda PAS Kawasan Tanjong Malim turut tampil datang membantu  penduduk menyelamatkan peralatan disamping membantu meringankan beban penduduk kampung membersihkan rumah yang di tenggelami air hampir satu kaki.
Sementara itu Ustaz Azhari  turut menyampai sedikit sumbangan kepada penduduk termasuk seorang guru Pasti Ustazah  Rabiatul di mana rumahnya terlibat  di dalam musibah banjir tersebut.









Ustaz Azhari sedang membantu penduduk di sebuah rumah.

Friday, September 7, 2012

Terkini

Salam Usrah dan mesyuarat dppk Tanjong Malim Pada malam ini

Hari :27 /9/ 2012  Khamis
Jam : bermula 6.00 Petang
Tempat : Pejabat Pemuda Pas Kawasan Tanjuong Malim,Slim River,


Kehadiran Semua AJK adalah diwajibkan,







Friday, August 10, 2012

IFTAR JAMAIE PASTI AL BARAKAH SLIM RIVER

           Salam ramadhan karemm di ucapkan kepada seluruh muslimin muslimat,Dewan Pemuda Pas tanjong Malim mengucapkan selamat Berpuasa dan menghidupkan amalan ibadah ramadhan dengan sebaiknya dibawah rahmat Allah swt.
Baru-baru ini dewan Pemuda Pas tanjong Malim Mengadakan iftar jamie bertemakan "masih ada yang Sayang".Program yang bertempat di Pasti al Barakah ,Slim River Dengan Kerjasama Pas Cawangan Slim River dan Pas Kawasan Tanjong Malim berjaya mengumpulkan anak yatim.Ibu tunggal dan golongan yang ditimpa kesusahan di sekitar Kawasan Tanjong Malim.Program di serikan lagi dengan  kehadiran Yang Di Pertua Pas Kawasan Tanjong Malim Tn Haji Aminuddin.


        Program Bermula pada jam 6.00  Petang di mulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat oleh Tn Hj Shahruddin yang Merupakan imam masjid Slim River.Majlis pada petang itu juga dihadiri beberapa orang bukan Islam dari rakan DAP yang turut bersama meraikan majlis tersebut.
        Selepas Solat maghrib Kuliah ramadhan di sampaikan oleh Ust Kholid yang menyentuh perihal Ramadhan Bulan Tarbiah,Beliau berkata,Selaku anggota Jemaah Islam Hendak Kita Berlumba-lumba meliat gandakan amalan.Selepas Kliah majlis menyampaikan sumbagan(masih ada yang sayang),kira 30 orang penerima dikalangan anak yatim,fakir miskin ,ibu tunggal dan guru pasti,Sumbangan di sampaikan oleh Ydp Tn hj Aminuddin.
        Solat Tarawikh dimamkan Oleh Ustaz Kholid dan majlis selesai kira-kira jam 11.00 malam.Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim Mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dan Memberi sumbangan di dalam menjayakan majlis ini.

Tn Hj Aminuddin Menyampaikan Sumbangan kepada Anak Yatim


                                                 Solat Tarawikh dan Kuliah Ustaz kholid


                            Tn Hj Aminuddin Menyampaikan Sumbangan kepada Anak Yatim

                                                 Majlis berbuka  turut dihadiri bukan Islam

Tuesday, July 17, 2012

JADUAL WAKTU IMSAK DAN BERBUKA PUASA 2012


Saturday, July 14, 2012

Agenda Himpunan OREN Hari Ini


Himpunan Oren bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda berjaya mendapat persetujuan dan kerjasama PDRM.

Untuk makluman para peserta, tatacara himpunan tersebut pada hari ini adalah seperti berikut :

1. 2.00 petang - Peserta berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

2. Ucapan sehingga pukul 3.00 petang oleh wakil peneroka, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik

3. Berarak menuju ke pintu belakang, Pintu3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.

4. Perarakan akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara.

5. Enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.Mereka akan berkereta dan diiringi oleh pihak polis.


Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:

1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain

Thursday, July 12, 2012

ZIARAH RAKYAT

Baru-baru ini pada 7 jun 2012 diadakan sesi jelajah Rakyat bertempat di sekitar kg benderang ,Sungkai Perak,Program ini merukan aktiviti mingguan bagi dewan pemuda Pas Tanjong Malim.(gambar)Ustaz Arman selaku Exco lajnah tarbia pemuda Pas Tanjong Malim  dan wakil pemuda sedang menyantuni  masyarakat . 






Hampir 5 buah Rumah (keluarga) berjaya di ziarah,Setelah selesai ,Usrah dipimpin sendiri oleh Ustaz Arman di sekolah miliknya di Sungkai,

Thursday, July 5, 2012

Pentas Pemuda 3.0 'Bicara Selebri'


Thursday, April 12, 2012

Gotong-royong di Rumah Guru Pasti Al Falah

Baru-baru ini, satu musibah telah menimpa seorang guru Pasti yang bertugas di Pasti al Falah, Sekiah Makmur, iaitu Ustazah Hawa. Bahagian dapur rumahnya telah hangus terbakar. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat yang lalu (6 April 2012).


Pada hari kejadian, Pengerusi pasti Perak, Ust Azhari telah bergegas ke tempat kejadian serta menyampaikan sumbangan daripada Pasti Malaysia sebanyak RM500.00. Dewan Pemuda Pas Tg Malim juga tidak ketinggalan menghulurkan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Kebajikannya, Sdr Mohd Salleh. Turut menziarahi pada malam kejadian tersebut, Tn Hj Aminuddin Zulkipli YDP Pas Tg Malim dan Pn Suhana selaku Pengerusi MGP Kawasan Tg Malim.


Hari ini pula, beberapa anggota amal kawasan Tg malim yang diketuai oleh Komander Azmi telah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah serta mengecat di bahagian dalam rumah tersebut. Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim turut bersama-sama membantu dalam gotong royong tersebut yang berakhir kira-kira pukul 2.00 petang.


Aktiviti mengecat dan membersihkan kawasan yang terlibat kebakaran dijalankan seawal jam 9.00 pagi 


Kelihatan Pengarah Pasti Perak, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda dan Pengerusi MGP di tempat kejadian 

Monday, March 26, 2012

Tarbiyyah Mantap Jamaah Selamat

Pas merupaka gerakan Islam yang sentiasa mendahulukan pentarbiyyahan ahli-ahlinya supaya setiap yang bersama dalam gerakan Islam Pas bukan sahaja bekerja untuk menumbangkan kezaliman, bahkan mencari redha Allah dengan menegakkan pemerintahan Islam di bumi Malaysia yang bertuah ini.

Setiap ahli perlu juga giatkan kefahaman tentang Islam dan perjuangan yang dibawa oleh Pas agar tidak mudah termakan hasutan dan dakyah daripada anasir-anasir yang sentiasa cuba merosakkan kesucian perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas ini. Selain itu, keikhlasan amat penting dalam menggerakkan jamaah, tanpa mempunyai agenda-agenda tersirat demi kepentingan peribadi.

Begitulah antara tawjihad yang disampaikan oleh AF Sdr Kamarul Afendy bin Hamimi, Penolong Setiausaha 3, DPPN Perak pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim pada 24 Mac 2012.

Mesyuarat turut diserikan lagi dengan kehadiran AF Ustaz Mohd Shafie Hamid dan berucap mewakili pihak Pas Kawasan Tg Malim.

Mesyuarat kali ini dikendalikan sepenuhnya oleh pengerusi tetap yang baru juga merupakan mantan Timb. Ketua Pemuda Pas pada sesi yang lau, Sdr Rostam bin Ramli.

Semua perwakilan mengambil peluang berucap ketika sesi perbahasan dan ucapan penangguhan.  

Terima kasih kepada semua yang menjayakan mesyuarat agung kali ini.

 Ucapan AF Ust mohd Shafie mewakili Pas Kawasan Tg Malim

 Ucapan Sdr Junaidin (KP) dan ucapan Perasmian

 Ketua Pemuda menyampaikan cenderahati..

 Sesi rehat dan makan dulu...

Bergambar kenangan AJK dan sebaahagian perwakilan

Thursday, March 22, 2012

Notis Mesyuarat Agung DPPTM Kali ke 10

Tarikh : 
24 Mac 2012

Masa : 
9.00 pagi

Tempat : 
Pejabat Pas Kawasan Tg Malim

Semua ahli Pemuda Pas dan pemerhati dijemput hadir

Monday, March 19, 2012

Hari Ukhuwah PASTI Negeri Perak

Pasti Perak dengan kerjasama Pasti Kawasan Tg Malim telah berjaya menganjurkan Hari Ukhuwah pada 17 Mac 2012. Program tersebut telah diadakan di Pasir Putih Resort, Kalumpang.

Turut hadir dan menyampaikan ucapan, Tn Hj Hashan Aladi bin Hj Ahmad, Pengarah Pasti Malaysia. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa gembiranya kerana Pasti Perak berjaya menganjurkan program sebegini yang mana selain merapatkan ukhuwah, ia juga dapat melenyapkan prasangka-prasangka di kalangan rakan seperjuangan.

Turut hadir, Ustaz Azhari selaku Pengarah Pasti Perak, Sdr Junaidin Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Pengerusi Pasti kawasan Tg Malim, ALP Pasti Perak, guru-guru Pasti kawasan Tg Malim dan tidak dilupakan adik-adik sekteriat yang membantu menjayakan persiapan dan sukaneka.

Berikut beberapa rakaman foto yang sempat dirakamkan sebagai kenang-kenangan...


Majlis Perasmian

Acara Baling-baling Sayang

Penyampaian hadiah dan cenderahati

Sunday, March 11, 2012

Suasana Penuh Ukhuwah Tamrin Qiadi 9312






Friday, March 9, 2012

Tamrin Qiadi 9312

Wednesday, March 7, 2012

Takziah; Kemalangan Melibatkan Pelajar UPSI

Al Fatihah - Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang terlibat dalam kemalangan di Baling, semalam. Menurut sumber UPSI, 2 pelajar meninggal dunia di tempat kejadian 3 yang lain cedera dan dirawat di hospital. Mereka yang terlibat adalah seperti berikut:


Meninggal Dunia :

1.       Fatini bt. Muhammad – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
2.       Nurul Hidayah bt. Abdul Aziz – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Cedera :

1.       Hamidah Bt. Mamat – Pelajar Semester 4, Program Pendidikan Awal Kanak-kanak
2.       Aisyah Mardhiah bt. Kamil – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam
3.       Abqariyyah bt. Ghazali – Pelajar Semester 6, Program Pendidikan Islam

Semoga roh Allahyarham Fatini dan Nurul Hidayah ditempatkan bersama golongan orang yang bertaqwa dan beramal soleh. 

Monday, February 20, 2012

Mesyuarat JK Kali ke 7 sesi 2011-2013

Tarikh : 20 Februari 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.15 malam
Tempat : Pejabat DPPTM 

Semua AJK Wajib Hadir

Wednesday, February 15, 2012

Keimanan Syarat Utama Memakmurkan Rumah Allah

Masjid @ surau merupakan rumah Allah yang wajib diimarahkan oleh orang-orang yang beriman. Maka, beriman merupakan syarat utama untuk melayakkan seseorang itu memikul amanah sebagai pentadbir bagi memakmurkan rumah Allah.

Masjid @ surau adalah tempat atau pusat aktiviti umat Islam di zaman Rasulullah SAW. Bahkan masjid merupakan pusat pentadbiran dan peribadatan serta tempat bertemu antara orang-orang mukmin ataupun sesama umat samada mukmin ataupun tidak. Hal ini amat berlainan dengan suasana hari ini dimana orang yang memegang amanah mengimarahkan masjid bukan di kalangan orang yang beriman. Hasilnya, masjid menjadi tempat tunaikan solat sahaja, dikunci, tiada kelas pengajian dan tidak digalakkan anak-anak muda menghadiri masjid.

Kepimpinan yang beriman inilah yang akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan seterusnya memperteguhkan keimanan di kalangan rakyat. Begitulah antara tazkirah yang disampaikan oleh AF YB Drs Idham Lim, Adun Titi Serong kepada jamaah di Surau Kg Gapis, Rasau. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YDP Pas Tg Malim Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Setiausaha, Tn Hj Junid, Penolong Setiausaha, Sdr Salim dan beberapa pimpinan Pas Kawasan serta pimpinan dan ahli-ahli Pas Cawangan Kg Rasau.

Tuesday, February 14, 2012

Majlis Maulidur Rasul Pasti Barakah

Majlis Maulidur Rasul dan Hari Ukhuwah Pasti Al Barakah, Slim River akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 17 Februari 2012
Hari : Jumaat
Masa : 9.00 malam

Semua dijemput hadir.

Sunday, January 29, 2012

Bersantai Bersama Mat Rempit

Dianggarkan seramai 50 orang pemuda atau lebih dikenali dengan geng mat rempit telah berkumpul di Kem Ansar, Sungkai bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Sungkai dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim. Acara santai yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu lebih kepada membina ukhuwah antara pimpinan Pas dengan golongan ini.

Menurut pengarah program, Sdr Mohd Salleh, matlamat diadakan program ini hanyalah untuk bertaaruf dan membina hubungan yang baik dengan golongan pemuda ini. Harapan beliau, mereka ini akan diajak untuk menyertai lagi program santai sebegini, tetapi mungkin pengisiannya akan ditambah dengan pengisian kerohanian yang lebih mantap.

Selesai mandi dan makan tengahari, semua peserta program bersolat Zohor berjamaah. Seterusnya, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan menyampaikan ucapan mewakili ketua Pemuda, Sdr Junaidin yang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal. Majlis Taaruf dikendalikan oleh Sdr Shamsul Hadi, AJK DPP Tg Malim. Kira-kira jam 3.30 petang, semua peserta meninggalkan kawasan perkhelahan setelah dibuat pembersihan terlebih dahulu.

 Ketua Pemuda Bersama Pengarah Program sedang memasak..

 Penat mandi, perut pun lapar. Makan dulu

Majlis Taaruf..

Wednesday, January 25, 2012

Jom Bantah Penyenaraian Felda Global Ke BSKL

Felda merupakan jalan pintas untuk penyangak UMNO mengaut keuntungan dengan menyenaraikan anak syarikat Felda iaitu Felda Global ke Bursa Saham Kuala Lumpur. Penyenaraian ini akan menyebabkan peneroka serta generasi felda akan mengalami kerugian dan penyesalan di kemudian hari.

Penyenaraian ini juga mendapat bantahan daripada pelbagai NGOs dan individu-individu yang menyatakan bantahan kerana setakat ini, tidak ada lagi syarikat kerajaan yang disenaraikan di BSKL yang mengalami untung. Bahkan semuanya rugi.

Oleh itu, Marilah kita semua bantah penyenaraian Felda Global ini ke BSKL, rayu Ketua Pemuda Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop juga merangkap Pengerusi ANAK Perak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis ceramah isu-isu Felda yang membariskan penceramah undangan Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar, EXCO Dewan Pemuda Pas Perak dan Sdr Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Turut meyampaikan ceramah, YDP Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Menziarahi Aktivis Pas Yang Uzur di Besout 2


24 Januari 2012- Sekitar jam 5.30 petang, berbekalkan sedikit barang keperluan harian dan sumbangan wang tunai, jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Tg Malim telah menziarahi seorang aktivis Pas yang aktif sekitar tahun 80 - 90 an. Beliau yang kini mengalami lumpuh separuh badan dan kadangkala hilang ingatan kelihatan begitu mesra menyambut kedatangan kami.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sam adalah penyumbang utama yang menggerakkan Pasti Al Hilal sekitar tahun 90-an. Beliau mewakafkan dirinya sebagai pemandu kepada murid-murid Pasti untuk dihantar ke sekolah dan menjemput semula pada tengah harinya. Kelangsungan tugas beliau ini sehinggalah beliau diserang strok dan mengalami lumpuh separuh badan kira-kira 12 tahun yang lalu.

DPPTM atas rasa simpati dan semangat ukhuwah telah berkesempatan mennziarahi beliau di rumahnya. Antara yang menjayakan ziarah ini ialah Timb. Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi dan Timbalan Lajnah Kebajikan serta  beberapa AJK Pemuda yang lain.

Sumbangan disempurnakan oleh Timb Ketua Pemuda dan bersurai kira-kira jam 6.10 minit petang. Semoga jasa dan pengorbanan beliau mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT dan dapat membakar semangat pemuda untuk terus berbakti sehingga ke nafas terakhir. Insyaallah..

Friday, January 20, 2012

Tahniah Kepada Pengarah Pasti Negeri Perak Yang Baru

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Pasti Perak yang baru menggantikan Tn Hj Hassan yang kini telah diamanahkan sebagai Pengarah Pasti Malaysia.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim berbangga dan berkeyakinan penuh dengan kemampuan yang dimiliki oleh Pengarah Pasti yang baru ini akan melonjakkan lagi keberadaan Pasti sebagai sebuah institusi pendidikan awal kakak-kanak yang mampu memenuhi keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam itu sendiri.

Tahniah..Teruskan Perjuangan.

Wednesday, January 18, 2012

Mesyuarat JK Kali ke 6 sesi 2011-2013

Mesyuarat tersebuat akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 19 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DPPTM

Semua AJK Wajib Hadir.

Tuesday, January 10, 2012

Bengkel Pengurusan DPPTM 2012


Bengkel Pengurusan Dewan Pemuda Pas Tg Malim berjaya diadakan pada 8 Januari 2012 bertempat di Pejabat Pas Kawasan Tg Malim. Semua Exco Pemuda telah memenuhi ruang seawal jam 8.30 pagi dengan membawa beberapa perancangan untuk dicadangkan dan dibahaskan.

Bengkel yang diadakan selama separuh hari ini bertujuan untuk menyusun perancangan aktiviti dewan Pemuda Pas sepanjang tahun 2012 ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop dengan mengharapkan kejayaan bengkel ini dapat mewariskan serta melahirkan kepimpinan yang lebih berkualiti pada masa-masa akan datang.

Bengkel berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketua pemuda bersama beberapa exco pemuda terus ke Pasti Nurul Ain di trolak Utara bagi meninjau pembinaan bangunan Pasti di sana.

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru Diwarnai Peristiwa Kebobrokan Demokrasi dan Kezaliman Polis

Slim River- 1 Januari 2012 - Sungguh menggemparkan apabila melihat tragedi yang menimpa mahasiswa-mahasiswa yang dipukul dan dileraikan secara ganas oleh pihak polis dalam satu himpunan yang diadakan di hadapan UPSI Tg Malim.

Apa yang amat mendukacitakan, penahanan mereka dengan alasan mereka mengadakan himpunan secara haram dan diperlakukan seperti 'binatang' amat tidak boleh diterima. "Sekiranya benar mahasiswa tidak dibenarkan berhimpun, mengapa himpunan daripada mahasiswa aspirasi tidak diapa-apakan, bahkan diberi liputan media yang sungguh bertamadun pulak". Keluh beberapa mahasiswa yang ditahan sejurus dibebaskan dari tahanan dan membuat ucapan di hadapan IPD Tg Malim , Slim River.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim serta pimpinan Pas Kawasan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan serta berusaha memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Kelihatan pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat turun dan memberi sokongan moral serta memberi ucapan di hadapan IPD Tg Malim serta menziarahi Sdr Safwan Anang di Hospital Slim River. Antara yang hadir, YB Mahfuz Omar, YB Nasir Zakaria, Ust Nasaruddin Hassan, Sdr YM Raja Iskandar, Sdr Salman Salleh dan ramai lagi pimpinan yang tidak dapat saya sebutkan di sini.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim menyokong penuh tindakan daripada mahasiswa ini dan sentiasa bersama untuk menegakkan demokrasi serta menghapuskan kezaliman. Terima kasih kepada pimpinan-pimpinan yang turut hadir memberi sokongan.

YB Mahfuz turut bersama pimpinan Pas Kawasan Tg Malim menziarahi Safwan Anang dan menghulurkan sumbangan di Hospital Slim River

Mahasiswa berdemo di hadapan IPD Tg Malim, Slim River sehingga semua mahasiswa yang ditahan dibebaskan sekitar jam 5.00 petang

Saudara Safwan Anang sedang memperkatakan sesuatu kepada Peguam