Pages

Sunday, January 29, 2012

Bersantai Bersama Mat Rempit

Dianggarkan seramai 50 orang pemuda atau lebih dikenali dengan geng mat rempit telah berkumpul di Kem Ansar, Sungkai bagi mengikuti program yang dianjurkan oleh Pas Cawangan Sungkai dengan kerjasama Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim. Acara santai yang bermula seawal jam 8.30 pagi itu lebih kepada membina ukhuwah antara pimpinan Pas dengan golongan ini.

Menurut pengarah program, Sdr Mohd Salleh, matlamat diadakan program ini hanyalah untuk bertaaruf dan membina hubungan yang baik dengan golongan pemuda ini. Harapan beliau, mereka ini akan diajak untuk menyertai lagi program santai sebegini, tetapi mungkin pengisiannya akan ditambah dengan pengisian kerohanian yang lebih mantap.

Selesai mandi dan makan tengahari, semua peserta program bersolat Zohor berjamaah. Seterusnya, Timbalan Ketua Pemuda Pas Kawasan menyampaikan ucapan mewakili ketua Pemuda, Sdr Junaidin yang terpaksa meninggalkan majlis lebih awal. Majlis Taaruf dikendalikan oleh Sdr Shamsul Hadi, AJK DPP Tg Malim. Kira-kira jam 3.30 petang, semua peserta meninggalkan kawasan perkhelahan setelah dibuat pembersihan terlebih dahulu.

 Ketua Pemuda Bersama Pengarah Program sedang memasak..

 Penat mandi, perut pun lapar. Makan dulu

Majlis Taaruf..

Wednesday, January 25, 2012

Jom Bantah Penyenaraian Felda Global Ke BSKL

Felda merupakan jalan pintas untuk penyangak UMNO mengaut keuntungan dengan menyenaraikan anak syarikat Felda iaitu Felda Global ke Bursa Saham Kuala Lumpur. Penyenaraian ini akan menyebabkan peneroka serta generasi felda akan mengalami kerugian dan penyesalan di kemudian hari.

Penyenaraian ini juga mendapat bantahan daripada pelbagai NGOs dan individu-individu yang menyatakan bantahan kerana setakat ini, tidak ada lagi syarikat kerajaan yang disenaraikan di BSKL yang mengalami untung. Bahkan semuanya rugi.

Oleh itu, Marilah kita semua bantah penyenaraian Felda Global ini ke BSKL, rayu Ketua Pemuda Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop juga merangkap Pengerusi ANAK Perak. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan alu-aluan sempena majlis ceramah isu-isu Felda yang membariskan penceramah undangan Ustaz Fakhrul Razi Mokhtar, EXCO Dewan Pemuda Pas Perak dan Sdr Nasaie Ismail, Setiausaha Akhbar Presiden Pas. Turut meyampaikan ceramah, YDP Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Menziarahi Aktivis Pas Yang Uzur di Besout 2


24 Januari 2012- Sekitar jam 5.30 petang, berbekalkan sedikit barang keperluan harian dan sumbangan wang tunai, jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Tg Malim telah menziarahi seorang aktivis Pas yang aktif sekitar tahun 80 - 90 an. Beliau yang kini mengalami lumpuh separuh badan dan kadangkala hilang ingatan kelihatan begitu mesra menyambut kedatangan kami.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Sam adalah penyumbang utama yang menggerakkan Pasti Al Hilal sekitar tahun 90-an. Beliau mewakafkan dirinya sebagai pemandu kepada murid-murid Pasti untuk dihantar ke sekolah dan menjemput semula pada tengah harinya. Kelangsungan tugas beliau ini sehinggalah beliau diserang strok dan mengalami lumpuh separuh badan kira-kira 12 tahun yang lalu.

DPPTM atas rasa simpati dan semangat ukhuwah telah berkesempatan mennziarahi beliau di rumahnya. Antara yang menjayakan ziarah ini ialah Timb. Ketua Pemuda, Setiausaha, Bendahari, Pengerusi dan Timbalan Lajnah Kebajikan serta  beberapa AJK Pemuda yang lain.

Sumbangan disempurnakan oleh Timb Ketua Pemuda dan bersurai kira-kira jam 6.10 minit petang. Semoga jasa dan pengorbanan beliau mendapat balasan yang setimpal daripada Allah SWT dan dapat membakar semangat pemuda untuk terus berbakti sehingga ke nafas terakhir. Insyaallah..

Friday, January 20, 2012

Tahniah Kepada Pengarah Pasti Negeri Perak Yang Baru

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim di atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Pasti Perak yang baru menggantikan Tn Hj Hassan yang kini telah diamanahkan sebagai Pengarah Pasti Malaysia.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim berbangga dan berkeyakinan penuh dengan kemampuan yang dimiliki oleh Pengarah Pasti yang baru ini akan melonjakkan lagi keberadaan Pasti sebagai sebuah institusi pendidikan awal kakak-kanak yang mampu memenuhi keperluan masyarakat terhadap pendidikan Islam itu sendiri.

Tahniah..Teruskan Perjuangan.

Wednesday, January 18, 2012

Mesyuarat JK Kali ke 6 sesi 2011-2013

Mesyuarat tersebuat akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 19 Januari 2012 (Khamis)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Pejabat DPPTM

Semua AJK Wajib Hadir.

Tuesday, January 10, 2012

Bengkel Pengurusan DPPTM 2012


Bengkel Pengurusan Dewan Pemuda Pas Tg Malim berjaya diadakan pada 8 Januari 2012 bertempat di Pejabat Pas Kawasan Tg Malim. Semua Exco Pemuda telah memenuhi ruang seawal jam 8.30 pagi dengan membawa beberapa perancangan untuk dicadangkan dan dibahaskan.

Bengkel yang diadakan selama separuh hari ini bertujuan untuk menyusun perancangan aktiviti dewan Pemuda Pas sepanjang tahun 2012 ini. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop dengan mengharapkan kejayaan bengkel ini dapat mewariskan serta melahirkan kepimpinan yang lebih berkualiti pada masa-masa akan datang.

Bengkel berakhir sekitar jam 12.30 tengah hari. Ketua pemuda bersama beberapa exco pemuda terus ke Pasti Nurul Ain di trolak Utara bagi meninjau pembinaan bangunan Pasti di sana.

Monday, January 2, 2012

Tahun Baru Diwarnai Peristiwa Kebobrokan Demokrasi dan Kezaliman Polis

Slim River- 1 Januari 2012 - Sungguh menggemparkan apabila melihat tragedi yang menimpa mahasiswa-mahasiswa yang dipukul dan dileraikan secara ganas oleh pihak polis dalam satu himpunan yang diadakan di hadapan UPSI Tg Malim.

Apa yang amat mendukacitakan, penahanan mereka dengan alasan mereka mengadakan himpunan secara haram dan diperlakukan seperti 'binatang' amat tidak boleh diterima. "Sekiranya benar mahasiswa tidak dibenarkan berhimpun, mengapa himpunan daripada mahasiswa aspirasi tidak diapa-apakan, bahkan diberi liputan media yang sungguh bertamadun pulak". Keluh beberapa mahasiswa yang ditahan sejurus dibebaskan dari tahanan dan membuat ucapan di hadapan IPD Tg Malim , Slim River.

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg Malim serta pimpinan Pas Kawasan bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan serta berusaha memberi bantuan kepada mangsa yang terlibat.

Kelihatan pimpinan Pas dan Pakatan Rakyat turun dan memberi sokongan moral serta memberi ucapan di hadapan IPD Tg Malim serta menziarahi Sdr Safwan Anang di Hospital Slim River. Antara yang hadir, YB Mahfuz Omar, YB Nasir Zakaria, Ust Nasaruddin Hassan, Sdr YM Raja Iskandar, Sdr Salman Salleh dan ramai lagi pimpinan yang tidak dapat saya sebutkan di sini.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim menyokong penuh tindakan daripada mahasiswa ini dan sentiasa bersama untuk menegakkan demokrasi serta menghapuskan kezaliman. Terima kasih kepada pimpinan-pimpinan yang turut hadir memberi sokongan.

YB Mahfuz turut bersama pimpinan Pas Kawasan Tg Malim menziarahi Safwan Anang dan menghulurkan sumbangan di Hospital Slim River

Mahasiswa berdemo di hadapan IPD Tg Malim, Slim River sehingga semua mahasiswa yang ditahan dibebaskan sekitar jam 5.00 petang

Saudara Safwan Anang sedang memperkatakan sesuatu kepada Peguam