Pages

Thursday, April 12, 2012

Gotong-royong di Rumah Guru Pasti Al Falah

Baru-baru ini, satu musibah telah menimpa seorang guru Pasti yang bertugas di Pasti al Falah, Sekiah Makmur, iaitu Ustazah Hawa. Bahagian dapur rumahnya telah hangus terbakar. Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat yang lalu (6 April 2012).


Pada hari kejadian, Pengerusi pasti Perak, Ust Azhari telah bergegas ke tempat kejadian serta menyampaikan sumbangan daripada Pasti Malaysia sebanyak RM500.00. Dewan Pemuda Pas Tg Malim juga tidak ketinggalan menghulurkan sedikit sumbangan yang disampaikan oleh Pengerusi Kebajikannya, Sdr Mohd Salleh. Turut menziarahi pada malam kejadian tersebut, Tn Hj Aminuddin Zulkipli YDP Pas Tg Malim dan Pn Suhana selaku Pengerusi MGP Kawasan Tg Malim.


Hari ini pula, beberapa anggota amal kawasan Tg malim yang diketuai oleh Komander Azmi telah mengadakan gotong-royong membersihkan rumah serta mengecat di bahagian dalam rumah tersebut. Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim turut bersama-sama membantu dalam gotong royong tersebut yang berakhir kira-kira pukul 2.00 petang.


Aktiviti mengecat dan membersihkan kawasan yang terlibat kebakaran dijalankan seawal jam 9.00 pagi 


Kelihatan Pengarah Pasti Perak, Pengerusi Kebajikan Dewan Pemuda dan Pengerusi MGP di tempat kejadian