Pages

Showing posts with label Aktiviti 2010. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti 2010. Show all posts

Monday, October 18, 2010

Fitrah Manusia Beragama Islam


Islam merupakan agama fitrah. Agama yang dikehendaki oleh fitrah manusia adalah Islam. Artinya di dalam Islam tidak ada kepalsuan. Seluruh ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia.

Orang-orang Islam tidak perlu diIslamkan untuk membolehkannya melaksanakan ajaran Islam. Berbeza dengan Kristian yang perlu dibaptiskan atau dikristiankan untuk membolehkan seseorang penganut kristian itu diiktiraf sebagai kiristian. Ini jelas membuktikan, manusia itu lahir sebagai fitrahnya beragama Islam dan mengakui adanya kuasa yang tertinggu yakni Allah SWT. Maka, bersyukurlah kepada Allah kerana memilih dan menetapkan kita semua sebagai ummat islam.

Demikian antara intipati ucapan perasmian Ihtifal Pasti 2010 yang disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim merangkap EXCO DPP Negeri Perak, Tn Hj Aminuddin Zulkipli yang dijalankan di Dewan Tun Razak, Tanjung Malim.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Al fadhil Ustaz Mohd Shafie telah mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis.

Acara bermula dengan persembahan nasyid oleh pelajar Pasti Firdaus, Tg Malim, diikuti dengan acara sajak, hafazan, bercerita dan azan. Kira-kira 300 tetamu memenuhi dewan bagi menjayakan Ihtifal Pasti kali ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib YDP Pas kawasan, Ust Nik Abd Hadi, Ketua Penerangan Tn Imam Kholili, AJK Kawasan Tn Hj Kadri, serta tidak ketinggalan Setiausaha dan Pen Setiausaha Pas Kawasan.

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan sempena Ihtifal Pasti 2010 ini disandang oleh Pasti Mawaddah, Behrang 2020.

Majlis bersurai pada jam 12.45 tengah hari.

Monday, October 11, 2010

Dua Golongan Tidak Masuk Syurga

Maksud hadis Nabi SAW, " Dua golongan yang tidak masuk Syurga ialah pertama : Golongan yang diberi kuasa, tetapi tidak menjalankan amanah dan kedua: Wanita yang berpakaian, tetapi bertelanjang"

Begitulah antara bunyi hadis yang disampaikan oleh AF Ust Norzarir ketika memberi pengisian dalam program Usrah dan Jamuan Kesyukuran sempena Aidilfitri bertempat di rumah Sdr Abdul Rahman, Kg Ulu Slim.

Program usrah bulanan anjuran Pas Cawangan Slim Village Maju dan Pas Cawangan Ulu Slim itu telah dihadiri kira-kira 50 orang ahli dan penyokong serta pimpinan Pas kawasan. Tidak ketinggalan, ahli dan pimpinan Dewan Penyokong pas juga turut hadir yang diketuai oleh En Chandra.

Antara pimpinan pas kawasan yang hadir, AF Tuan Imam kholili, Ust Mohd Shafie, Ust Hashim dan beberapa pimpinan Pemuda dan Kawasan.

Majlis yang bermula dengan Solat maghrib itu berakhir pada jam 10.40 malam.

Friday, September 17, 2010

Nyahkan "Katak" dan "Kodok" Daripada Pakatan


Bangkitlah Wahai semua Pemuda untuk memastikan kemenangan Pakatan demi membawa kesejahteraan kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Marilah berjuang bersama Pas dan Pakatan Rakyat kerana Pakatan adalah pilihan yang terbaik yang mampu membawa Malaysia dan seluruh rakyatnya ke arah kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Umno BN sedang nazak dan akan ditalkinkan dalam masa terdekat ini.

Bangkitlah demi memastikan Si Katak yang kini menjadi Si Kodok dan spesis-spesis yang sewaktu dengannya agar dinyahkan daripada terus berada dalam arena politik tanah air. Pakatan tidak memerlukan mereka yang bersikap melompat parti dan yakin pada pilihanraya akan datang, mereka-mereka ini tidak lagi diberi ruang mengisi kemenangan..

Begitulah antara ucapan Ketua Pemuda Pas Tg malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli sewaktu menyampaikan ucapan ringkas sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan di Pejabat MTD, Taman Seroja, Slim River.

Selain pimpinan-pimpinan Kawasan, dewan Pemuda dan Muslimat, majlis turut dihadiri oleh pimpinan negeri termasuk YB Dr Khalil Idham Lim, YB Sivanesen, Ust Misbahul Munir dan beberapa lagi pimpinan mengiringi mereka.

Turut menyampaikan ucapan ialah AF Ustaz Tarmizi Ab Rahman selaku YDP Pas Tg Malim, AF Tn Imam Kholili, AF Sdr Abdul Hamid, Af Ust Mohd Shafie dan tetamu jemputan yang hadir.

Majlis yang bermula jam 3.00 petang telah menerima kunjungan tetamu melebihi 500 orang dan berakhir pada jam 5.30 petang.


Monday, August 9, 2010

Sekitar Majlis Kesyukuran 2010










Monday, July 26, 2010

Jambori Amal Tg Malim 2010

Alhamdulillah, Jambori Amal Kawasan Tg Malim telah berjaya diadakan di Kg Baru Sabar Jaya, Sungkai dengan penyertaan seramai kira-kira 50 orang terdiri daripada remaja-remaja dari cawangan sekitar Kawasan Tg Malim.

Pendaftaran jambori bermula jam 5.00 petang pada hari Jumaat 23 Julai 2010. selesai pendaftran, peserta ditugaskan mendirikan khemah masing-masing. Manakala petugas sibuk menyediakan makan malam.

Selesai Solat Maghrib, satu taklimat ringkas diberikan oleh Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar. Setelah selesai, Ustaz Azhari mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menyampaikan Tazkirah Maghrib.

Selesai Solat Isyak, semua peserta menikmati juadah makan malam.

Aktiviti pertama yang dijalankan ialah sesi Taaruf yang dikendalikan oleh Ustaz Azhari. Setelah selesai, disambung pula dengan slot Taklimat Kawad kaki oleh Setiausaha Amal Tg Malim, Sdr Hisyamuddin dan diakhiri dengan taklimat Malam Kebudayaan oleh Timbalan Amal Tg Malim, Sdr Fazrin.

Setelah selesai, semua peserta menikmati lemang yang telah siap tersedia dengan kari ayam istimewa bagi menutup slot akhir sebelum peserta diarahkan tidur pada jam 1.00 pagi.

Jam 5.30 pagi hari kedua, semua peserta dikejutkan untuk menunaikan Solat Subuh Berjamaah..Selepas Solat subuh, diisi dengan Kuliah oleh Ustaz Norzarir. Aktiviti hari kedua dimulai dengan Kawad kaki dan majlis perasmian oleh Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Selepas itu.. macam-macam hal yang menarik berlaku. Lawati blog Amal Tg Malim di url http://uamaltm.blogspot.com

Peserta sibuk mendirika khemah pada hari pertama jambori

Taklimat daripada Komanden Amal Tg Malim, Sdr Azmi bin Abu Bakar

Penyampaian anugerah kepada Tn Imam Kholili pada majlis penutup

Saturday, June 12, 2010

Kem Al Islah di Felda Residen Trolak

Alhamdulillah, Kem Ibadah Al Islah yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim di bawah Lanjah Tarbiyyah dan Kepimpinan telah berjaya dilangsungkan di Felda Residen Trolak.

Kem ini melibatkan seramai 30 orang anak-anak kakitangan dan dikendalikan secara kerjasama dengan pihak pengurusan Surau Diri Jumaat, Al Islah.

Kem ini telah dijalankan selama 2 hari satu malam. Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli, penasihat program merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim.

Daripada maklumbalas peserta, rata-rata mahukan program ini diadakan lagi dan berterima kasih kepada pihak urusetia dan fasilitator serta turut mencadangkan juga diperbanyakkan lagi aktiviti dan dipanjangkan lagi masa pelaksanaan kem sebegini.


* Fasilitator sedang menjalankan LDK


* Antara aktiviti yang dijalankan


* Slot Motivasi disampaikan oleh Tn Hj Aminuddin Zulkipli


* Rekreasi menaiki bot di tasik sekitar Felda Residen

* Majlis Perasmian Penutup dan penyampaian sijil

Kenangan Muktamar DPPP Kali ke 51

* Majlis Perasmian Muktamar DPPP Kali 51 di PUTIK, Kelantan
* Tn Guru Nik Aziz Merasmikan Muktamar
* Perwakilan Tg Malim

* Perwakilan sedang mendengar perbahasan
* Ucapan Tn Hj Aminuddin Zulkipli, wakil Pemuda Perak


* Hj Aminuddin sedang membahaskan ucaptama Ketua Pemuda
* Hj Jamaludin Alias turut hadir untuk melonjakkan semangat juang pemuda Pas
* Wakil Hamas turut hadir dan berucap

Sunday, May 9, 2010

Sukan Pasti Kawasan Tg Malim 2010


Sejak awal pagi lagi, ibubapa dan murid-murid Pasti telah membanjiri padang Pekan Trolak untuk menjayakan sukan pasti yang bermula pada jam 8.15 pagi tadi.

Kelihatan deretan khemah terpasang untuk menampung murid-murid Pasti seramai kira-kira 240 orang yang terdiri daripada Pasti Mawaddah, Nisa', Al-Firdaus, Al-Barakah, Ehsaniah, Al-Hilal, Nurul Ain dan Pasti Ansar. Guru-guru juga bertungkus lumus menghias murid serta menyediakan kostum menarik untuk merebut gelaran juara bagi acara perbarisan.

Perasmian sukan telah disempurnakan oleh Exco Dewan Pemuda Pas Perak, merangkap Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli. Dalam ucapannya, beliau melahirkan kesyukuran dan tahniah di atas berjayakan pihak jawatankuasa menganjurkan sukan pasti kali ini. Apa yang menjadi fokus ucapannya ialah tentang pertambahan murid tahun ini berbanding tahun sebelumnya sebanyak 50 peratus. Keadaan ini bukanlah suatu kebetulan, bahkan suatu gerak kerja yang gigih daripada semua pihak yang diberi amanah.

Turut menjayakan sukan pasti 2010 ini adalah Naib Ketua Pemuda, AJK Dewan Pemuda, Unit Amal serta beberapa pimpinan Pas Kawasan Tg Malim. Antara pimpinan pas kawasan yang hadir sejak awal pagi iaitu Tn Hj Kadri, Ustaz Mohd Shafie, Tn Imam Kholili dan Ust Nik Abd Hadi.


Pemenang keseluruhan Pasti disandang oleh Pasti Ansar (Sungkai) manakala juara perbarisan disandang oleh Pasti Mawaddah(Behrang), kedua oleh Pasti Al-Hilal (Besout) dan ketiga Pasti Firdaus (Tg Malim).

Tahniah kepada pemenang. Terima kasih kepada AJK dan semua yang telah menyumbangkan tenaga, fikiran, masa dan wang ringgit untuk menjayakan sukan ini. Semoga Allah SWT membalas jasa kita semua dengan pandangan Rahmat-Nya.