Pages

Monday, May 5, 2008

Lawatan MB Perak Ke Pekan Trolak

Seminggu selepas dilantik menjadi Menteri Besar Perak, Ir Modh Nizar telah melawat sebuah pekan yang terlalu kecil dan belum pernah dalam sejarah MB Perak melawat pekan tersebut. Inilah Ir Nizar, tetap meluangkan masanya yang dalam perjalanan pulang daripada mesyuarat di Kuala Lumpur.

Beliau seorang yang mudah didekati dan amat mesra dengan rakyat. Masyarakat Melayu, Cina dan India begitu terharu menyambut kedatangan MB ke tempat mereka. Majlis dipenuhi juga dengan penyampaian bantuan keperluan kepada mangsa banjir. Semoga Islam terus tersemat di hati masyarakat di sini..





Takziah Kepada Bendahari Pas T.Malim

Suasana terkejut dan panik berlaku sehari sebelum tarik penamaan calon. Sdr Bendahari Pas T.Malim telah Terlibat dalam kemalangan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Beliau dirawat di hospital Ipoh.. Kini telah beransur pulih.



Suasana Sekitar Pilihanraya ke 12 DUN Slim

Pilihanraya ke 12 telah berjalan dengan jayanya di seluruh negara. Namun takdir di DUN Slim masih belum memihak kepada perjuangan Islam walaupun pemerintahan negeri dikuasai oleh Barisan Rakyat. Yang lebihnya, Menteri Besar dari kalangan Pas. Sesuatu yang tidak terduga oleh aqal manusia. Benarlah, Allah berkuasa memberi kerajaan kepada sesiapa yang dikehendakinya...





Monday, April 21, 2008

Sukan Pasti 2008

Sukan Pasti Kawasan Tg. Malim akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh: 10 Mei 2008
Masa : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
Tempat: Padang Majlis Daerah, Sungkai (Berhadapan rumah Sdr Rostam)

Antara acara yang akan diadakan seperti Pameran, Jualan Baju Pasti, Jualan buku-buku Agama dan jualan makanan. Jangan lepaskan peluang. Dapatkan dari kami dengan harga yang amat berpatutan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekeluarga dijemput memeriahkan Sukan Pasti Tg. malim ini. Kehadiran tuan puan, amat kami harapkan.

Saturday, February 16, 2008

BN Naik, Harga Barang pun Naik

Baju Pas


CERAMAH PERKENALKAN CALON

Satu ceramah akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 21 Februari 2008
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Markas PAS, Bandar Baru Slim

Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai untuk mengetahui isu-isu terkini sebagai persediaan untuk memilih calon yang terbaik untuk mewakili kita. Ingatlah, undi kita amat bernilai untuk mencorak masa depan agama, bangsa dan negara.

Pastikan calon kita, calon yang terbaik.
'UNDILAH PAS'

Wednesday, February 13, 2008

Selamat Berjuang Wahai Pemuda

Pemuda harapan Islam sekalian,
Gendang pilihanraya dah berbunyi, tunggu apa lagi. Cepatlah rebut peluang. Ingatlah peluang tidak berulang berkali-kali dalam hidup kita. Rebutlah peluang sementara diberi peluang.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar