Pages

Saturday, December 31, 2011

Pemberian IC Kepada Warga Asing Demi Kelangsungan Tali Hayat UMNO-BN - Suhaizan Kayat

Pemutihan warga asing yang hangat diperkatakan kini adalah merupakan satu lagi Projek UMNO-BN bagi memastikan kelangsungan tali hayat mereka menjelang PRU 13 ini. Mereka tidak dapat lagi mengharapkan pengundi yang sedia ada bagi mengundi BN. 

BN pernah suatu ketika telah memecahkan persempadanan Parlimen hanya semata-mata untuk mengurangkan majoriti pengundi Melayu dan meningkatkan pengundi Cina dan India dalam sesuatu kawasan. Strategi ini telah memakan mereka kembali apabila hari ini pengundi Cina dan India telah menolak UMNO-BN.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah penerangan yang diadakan di Kg Kuala Slim bagi membongkar kebiadaban UMNO-BN yang sanggup mengeluarkan kad pengenalan kepada warga asing, asalkan mereka mengundi UMNO-BN dalam PRU 13 nanti.

Turut menyampaikan ceramah, Sdr Amran Harun, Timbalan YDP Pas kampar juga merupakan PA kepada DS Nizar Jamaluddin. Selain itu, wakil PKR Bahagian Tg Malim juga dilihat menyampaian ceramah serta menyeru semua pengundi membuat perubahan kepimpinan negara yang baru selaras dengan kehadiran tahun baru Masihi 2012.

Tn Hj Salam selaku Timbalan YDP Pas Kawasan Tg Malim telah menyampaian ucapan alu-aluan di hadapan 500 hadirin yang hadir mendengar ceramah penerangan ini.

Wednesday, December 28, 2011

Takziah: Bapa Ketua Pemuda Perak Kembali ke Rahmatullah...

Takziah

Semoga Allah menempatkan si mati bersama golongan yang mendapat redha Allah serta diampunkan segala dosa-dosanya dan ditempatkan bersama golongan ahli syurga.

Buat Ustaz Zawawi dan keluarga, semoga terus bersabar dan redha dengan ketetapan Allah SWT ini.

Daripada:

Ketua & Seluruh pemuda Pas Tg Malim

Thursday, December 8, 2011

Penubuhan Pasti Al Falah: Syabas Pasti Tg Malim


Behrang - Taman Sekiah Makmur telah dipilih oleh jawatankuasa Pasti Kawasan Tg Malim untuk dibuka sebuah Pasti baru yang akan beroperasi bermula Januari 2012.


Menurut Pengerusi pasti Kawasan, Sdr Abu Zar, Pasti Al Falah telah pun membuka pendaftarannya bermula 10 Disember 2011 kepada murid yang berumur 4,5 dan 6 tahun.


Maklumat lanjut, sila layari blog Pasti Tg Malim http://pastitanjungmalim.blogspot.com/

Syabas Pasti Tg Malim.


Penubuhan Pasti Al Falah: Syabas Pasti Tg Malim

Wednesday, November 30, 2011

HEMPAP 2011- Iltizam Pemuda Menawan Perak Dalam PRU 13

Dewan Pemuda Pas Tg Malim bersama ribuan pemuda melafazkan ikrar dan berdoa demi memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Himpunan tahunan yang diadakan di kampung Kedah, Parit Buntar pada tahun ini menyaksikan pemuda Pas hadir dengan berbaju kuning sebagai isyarat kesediaan pemuda menjayakan himpunan bersih 3.0 jika diarahkan pimpinan.

Dato Seri Nizar Jamaluddin antara pemidato yang menyampaikan ucapan dengan penuh semangat dan memotivasikan pemuda untuk terus berjuang. Selain itu, turut berucap, Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar, Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ust Nasaruddin Tantawi, Ust Idris Ahmad, Wakil DAP dan beberapa pimpinan lain.

Walaupun hujan turun di sebelah tengah hari, namun keazaman peserta untuk mengubah landskap politik Malaysia menyebabkan tidak seorang pun berganjak dari padang himpunan. Hempap 2011 telah berjaya mencapai sasaran peserta himpunan dan berjaya mencapai objektif pihak penganjur.

HEMPAP 2011- Iltizam Pemuda Menawan Perak

Thursday, November 24, 2011

Ramaikan Jamuan Amal Sebagai Tanda Sokongan - Ketua Pemuda

Pemuda khususnya dan semua yang mempunyai kesedaran untuk bersama-sama dalam arus perubahan dunia politik yang semakin membara kini mesti mengambil peluang menyatakan sokongan dan dokongan mereka kepada perjuangan ke arah membebaskan Malaysia daripada kegelapan dan kejahilan umat serta kerakusan pemimpin yang sentiasa mengambil peluang di atas kelemahan dan kealpaan rakyat. Antaranya, sokongan boleh diimplementasikan dengan turut hadir dalam jamuan makan amal yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Tg Malim pada 25 November ini.

Sdr Junaidin, selaku Ketua Pemuda Pas Tg Malim telah mengarahkan semua pemuda Pas untuk turun beramai-ramai dan membawa seberapa ramai saudara dan rakan-rakan untuk menjayakan program ini. Kehadiran yang ramai ini akan membuktikan kemampuan dan kesediaan Pas menawan hati pengundi-pengundi terutamanya di DUN Slim yang bakal ditandingi oleh Pas@ Pakatan Rakyat.

Beliau yang ditanya tentang majlis makan malam ini turut menyatakan kesediaan Pemuda walau dengan apa keadaan sekalipun, akan menjayakan setiap program Pas @ Pakatan Rakyat yang dianjurkan. Pemuda Pas setiap ketika dan keadaan akan berada di barisan hadapan.

Kepada yang belum membeli tiket sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan segera. Ketepikan alasan, utamakan perjuangan. Semoga amalan yang sedikit ini akan menjadi bekalan untuk dibawa bertemu Allah SWT nanti. Wallahu a'lam.


Monday, November 14, 2011

Anak AJK UMNO Cemerlang di Pasti

Pasti Kawasan Tanjung Malim yang diyakini melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi akhlak terus memperlihatkan kemampuan dengan pencapaian murid yang menerima anugerah serta dimantapkan lagi dengan persembahan pemenang-pemenang pertandingan di peringkat negeri dan Malaysia.

Dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan baru-baru ini, adik Amiratul Aufa bt Aminuddin daripada Pasti Ehsaniah, Rasau telah menerima anugerah murid terbaik 6 tahun. Adik Amirul Aufa yang juga anak kepada YDP Pas Kawasan Tg Malim menerima hadiah yang disampaikan oleh ayahnya sendiri.

Bagi kategori 5 tahun, murid terbaik disandang oleh adik Nur Humairah bt Hamdan. Beliau belajar di Pasti Ansar, Sungkai. Walaupun merupakan anak kepada AJK UMNO Bahagian Tg Malim, namun atas keyakinan En Hamdan dengan kurikulum yang diajar serta kemapuan Pasti mendidik anak beliau, maka tepatlah pilihan beliau.

Menurut Pengerusi Pasti kawasan Tg Malim, hal ini membuktikan Pasti mampu mengeluarkan produk yang berkualiti serta diyakini oleh segenap lapisan masyarakat yang prihatin tentang pendidikan dan masa depan anak-anak mereka, tidak kira siapa dan apa fahaman mereka. Tahniah Pasti Kawasan Tg Malim.

Saturday, November 12, 2011

Majlis Makan Malam Amal PRU-13


Tarikh : 25 November 2011
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Cina, Slim River

Anjuran : Pas Kawasan Tg Malim

Dapatkan Kupon Segera

Hubungi

Sdr Salim Ariffin - 012-5343212
Tn Hj Junit bin Anuar - 013 - 5247520
Ust Mohd Shafie Hamid - 012 - 5435472

Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1432 H


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, August 21, 2011

Iftar dan Sumbangan Bonus kepada Guru Pasti

19 Ogos - Semua guru Pasti serta pembantu Pasti Kawasan Tanjong Malim diraikan dalam satu majlis Iftar serta penyampaian Bonus sempena Aidil Fitri yang bakal menjelang.

Majlis penyampaian tersebut telah disempurnakan oleh Ketua pemuda Pas Tg Malim, Sdr Junaidin bin Yusop serta Tn Imam Kholili selaku wakil daripada Pas kawasan.

Majlis yang diadakan di Pejabat Pas Kawasan itu turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pemuda serta barisan exco pemuda Pas Tg malim, pengurus-pengurus serta seluruh guru dan pembantu Pasti dari 8 buah Pasti dalam kawasan Tg Malim.

Terdahulu, Ketua Pemuda melahirkan kesyukuran dan mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Pasti Kawasan, Ust Azhari Yahaya yang bergitu berjaya menguruskan pasti. Tidak dilupakan juga, sumbangan yang begitu besar dimainkan oleh guru-guru Pasti telah melonjakkan imej Islam di mata masyarakat.

Ust Azhari juga ketika menyampaikan ucapan alu-aluan turut mengingatkan semua hadirin bahawa bulan Ramadhan adalah bulan ujian. Sesiapa yang berjaya mengharungi ujian, nescaya akan keluar dari madrasah Ramadhan sebagai orang yang muttaqin.

Selesai penyampaian saguhati, majlis diteruskan dengan Solat Isyak dan Tarawih berjamaah.




Sunday, July 31, 2011

Pasti Tempat Lahirkan Pendakwah


Pendakwah yang bergelandangan di tengah-tengah masyarakat hari ini sebahagian besarnya merupakan murid-murid Pasti pada suatu ketika dahulu. Kini, setelah mereka melalui fasa pendidikan yang panjang, mereka muncul di tengah masyarakat sebagai penyuluh kepada kegelapan. Kehadiran pendakwah-pendakwah ini begitu membantu dalam misi dan visi Pas mengimplementasikan islam sebagai suatu cara hidup. Islam kini hidup subur dan akan terus diperjuangkan oleh para dai'e sehingga hari Qiamat.

Begitulah nada dan suntikan semangat yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop ketika merasmikan Ihtifal Alam Ria Pasti bagi tahun 2011 ini. Ihtifal kali ini diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River pada 30 Julai (Sabtu).

Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan tahniah amat berterima kasih kepada semua guru pasti serta pengurus dan petugas-petugas yang menjayakan semua aktiviti Pasti. Beliau berkeyakinan tanpa kesungguhan semua pihak, adalah mustahil Ihtifal yang sebaik ini dapat dijayakan. Sebelum itu, mendahului ucapan Sdr Azhari selaku Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim merangkap Timbalan Pengarah Pasti Negeri Perak.

Ihtifal kali ini menyaksikan pertandingan bagi acara Azan, Bercerita, Hafazan, Sajak dan Nasyid. Bagi acara Pidato dan Khutbah, ianya merupakan acara yang baru dipertandingkan pada tahun ini. Seramai 8 orang hakim telah dijempu khas bagi menghakimi pertandingan yang begitu sengit ini.

Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 1.20 minit petang dengan hadiah disampaikan oleh ketua pemuda sendiri dan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Sebagai selingan, majlis bacaan Al Quran diperdengarkan oleh bekas murid Pasti Al Hilal, Besout yang kini sedang melanjutkan pekajaran di Mesir.

Acara Nasyid dimenangi oleh pasti Mawaddah, diikuti oleh Pasti Barakah dan Pasti Firdaus. Johan keseluruhan bagi tahun 2011 disandang oleh Pasti Mawaddah, Behrang 2020.

Tuesday, July 26, 2011

Liqa' Fikr Dewan Pemuda Pas Tajong Malim

Tarikh:
26 Julai 2011

Masa:
7.30 malam

Tempat:
Pejabat Pemuda Pas Tg Malim

Pengisian Oleh:
AF Ustaz Nazri bin Din
AJK Dewan Pemuda Pas Perak


Semua ahli Pas dijemput hadir

Sunday, July 24, 2011

Persaingan Sengit Untuk Layak Ke Peringkat Akhir

24 Julai - Seramai kira-kira 50 orang murid pasti dari lapan Pasti Kawasan Tanjong Malim telah berentap dalam acara saringan bagi melayakkan mereka mewakili Pasti masing-masing ke peringkat akhir Majlis Alam Ria Pasti (Ihtifal) yang akan berlangsung pada 30 Julai ini.

Antara Pasti yang telah menghantar peserta dalam acara pagi ini ialah Pasti Mawaddah, Barakah, Firdaus, An-Nisa', Al Hilal, Nurul Ain, Ansar dan Ehsaniah. Menurut Pengarah Program, Sdr Faiz bin Zainal, semua peserta telah memenuhi sekitar bilik pertandingan seawal jam 8.00 pagi dengan wajah yang ceria serta penuh bersemangat untuk bertanding.

Selain itu, beliau yang ditemui sejurus majlis berakhir amat bersyukur dengan kelancaran program pada hari ini dan berharap acara akhir yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi pada 30 Julai nanti akan lebih meriah kerana lebih ramai para ibubapa dan tetamu yang akan hadir.

Penghakiman dijayakan oleh barisan hakim yang dijemput khas untuk membantu seperti dari Nisa' Tg Malim serta tenaga profesional sekitar Tanjong Malim.

Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Semua peserta dan ibubapa dilihat meninggalkan kawasan pertandingan walaupun para guru dan jawatankuasa masih meneruskan dengan mesyuarat bagi memutuskan persiapan pentas pada acara akhir nanti..

Friday, July 8, 2011

Jambori Amal 2011

Tarikh :
2 - 3 Julai 2011


Tempat :
Kampung Poh, Bidor


Penyertaan :
50 orang


Dirasmikan oleh :
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli
(YDP)

Qiamulail dan Tazkirah Subuh dipimpin oleh Tn Hj Baharuddin, Ketua Urusan Ulamak Pas Tg Malim


Antara peserta yang hadir..melaungkan azam

Tuesday, June 14, 2011

Majlis Santai dan Tarbiyyah

Bersama

TN HJ AMINUDDIN BIN ZULKIPLI
YDP Pas Tg Malim

SDR JUNAIDIN BIN YUSOP
Ketua Pemuda Pas Tg Malim

AF USTAZ NAZRI DIN
EXCO DPPN Perak


Tarikh :
16 Jun 2011 / 14 Rejab 1432 H

Hari : Khamis
Masa : 9.00 Malam

Tempat :
Pasti Al Hilal, Felda Besout 2

Anjuran :
Pemuda Pas Besout 2
Bersama Kepimpinan Pas Kawasan Tg Malim

Semua Dijemput Hadir

Monday, June 13, 2011

Jom Ramaikan Himpunan Bersih 2

Tuesday, May 31, 2011

Ahli Parlimen Lompat Parti Diganti Parti Lain

Pemuda akan mendesak kerusi bagi ahli Parlimen yang lompat parti digantikan dengan parti lain bagi menjamin kepercayaan rakyat.

"Kita mahu pada pilihan raya akan datang tidak berlaku lagi wakil rakyat dari Pakatan Rakyat lompat parti.

"Jadi kita mahu bahas sama ada wajar kerusi lompat itu diganti parti lain," Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia berkata ketika dihubungi Harakahdaily.

Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim mengalu-alukan usul yang akan dibahaskan pada muktamar pemuda Pas kali ini dan berharap usul ini dibahas sebaik mungkin serta menatijahkan sesuatu yang membawa kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat dalam usaha Pas Menggantikan UMNO.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Tg Malim, kita amat terkesan dengan keadaan ini dan berharap keputusan mengenai perbahasan usul ini akan dibawa kepada rundingan di pihak Pakatan Rakyat serta diputuskan dengan mengambilkira suara akar umbi dan rakyat marhain demi manfaat Pakatan Rakyat itu sendiri.

Walau bagaimanapun, Pemuda Pas berlapang dada dengan sebarang keputusan setelah dibahaskan..

Wednesday, May 4, 2011

Santai Bersama Bob Lokman di Trolak Selatan

Pemuda bersama Pas Cawangan Trolak Selatan telah berjaya menganjurkan program Santai bersama bekas artis yang kini bergiat dalam bidang dakwah, Sdr Bob Lokman.

Program yang bermula jam 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sdr Bob Lokman sempat menyampaikan ucapan ringkas yang amat menarik dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang. Sdr Bob Lokman seterusnya bergegas ke Surau Kg Kelan untuk mengadakan Kuliah Maghrib di sana. Seterusnya, beliau berceramah pada sebelah malamnya di Dataran Berop, Tg malim bersama DS Nizar Jamaluddin.

Monday, April 25, 2011

Mantan Ketua Pemuda Dipilih Sebagai YDP Pas Kawasan Tg Malim

Sekalung tahniah kepada Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli yang telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan pada 24 April bertempat di Markas Pas Serigala.

Dewan Pemuda akan sentiasa memberi sokongn dan dokongan bagi memajukan lagi Pas Tanjong Malim pada masa akan datang.

Semoga Tn Hj Aminuddin dapat memikiul amanah ini sebaik mungkin dengan dibantu oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru.

Mabruk...Teruskan Perjuangan...

Tuesday, April 5, 2011

Tahniah Kepimpinan Pemuda Tanjong Malim Sesi 2011-2013

Berikut adalah Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan tanjong Malim Sesi 2011-2013 yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 3 April 2011 yang lalu.

Ketua Pemuda : Sdr Junaidin Yusop
Timb. Ketua Pemuda : Sdr Abu Azim
Naib Ketua Pemuda : Sdr Abu Zar

AJK

1. Sdr Mohd Fazrin
2. Sdr Mohd Izhar
3. Sdr Zaki
4. Sdr Mohd Nasir
5. Sdr Shamsul Hadi
6. Ust Arman
7. Sdr Azmy
8. Sdr hishamuddin

Jawatankuasa tambahan akan dilantik pada mesyuarat pertama yang akan diadakan nanti.

Sunday, April 3, 2011

Perkasakan Organisasi Giatkan Penerangan


3 April 2011- Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim kali ke 9 telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Sdr Salman bin Salleh. Acara perasmian dimulakan pada jam 9.20 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Tema Pas.


Ucapan pengarah Mesyuarat Agung kali ke 9, Ust Azhari memulakan bicara dan diikuti dengan ucapan wakil Pas kawasan, Ust Mohd Shafie. Seterusnya, Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli meneruskan ucapan dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Sdr Salman bin Salleh.

Sdr salman sempat menceritakan keadaan terkini di Sarawak, yang secara kebetulan beliau baru pulang dari Sarawak mewakili Jabatan Pilihanraya Negeri bagi menyediakan beberapa persiapan sempena Sarawak menghadapi pilihanraya ketika ini. Maklumat terakhir, beliau menyatakan Pas akan bertanding 5 kerusi.

Selain itu, beliau mengingatkan tentang perlunya perancangan yang teliti bagi menggerakkan Pemuda Pas ke arah lebih dikenali dan disenangi oleh masyarakat. Maka perlunya pemuda mewujudkan ikon di peringkat kawasan sebagaimana dilakukan di peringkat negeri.

Seramai 60 orang perwakilan tekun mendengar amanat daripada Naib Ketua Pemuda Perak ini. Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mencadangkan dua perkara iaitu Perkasakan organisasi pas di semua peringkat serta pastikan setiap program penerangan sampai ke peringkat akar umbi, agar fitnah UMNO dapat digagalkan dan dihapuskan daripada menjadi anutan masyarakat.

Sunday, February 27, 2011

Pemuda Menjayakan Program Sehari Bersama Dr Mujahid Rawa

Tarikh : 20 Februari 2011
Tempat : Kg Pisang (Kg Orang Asal)


Acara pertama, pasang khemah dulu sebelum sedia bakar ayam


Pemeriksaan kesihatan diketuai oleh Dr Imad


Urusan masak-memasak dilaksanakan sepenuhnya oleh Muslimat Pas Cawangan Kg Rasau


Peguam Bah Tony dan Hj Aminuddin menyampaikan hadiah sukaneka


Peserta Konvoi Motor bergambar kenangan dengan Tok Batin


Majlis penutup dan penyampaian bantuan kepada anak-anak yatim dan golongan susah

Sunday, February 13, 2011

Futsal DPP Tanjong Malim Meriah


12 Februari - Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim telah mengorak langkah bagi merealisasikan Pas adalah pilihan terbaik di mata anak-anak muda Malaysia dengan mengadakan Futsal di padang Futsal dalam Kawasan Tanjong Malim.

Program yang bermula seawal jam 9.10 malam telah dihadiri oleh Ketua Pemudanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Naib Ketua Pemuda, Timbalan Setiausaha dan beberapa AJK Pemuda yang menyaksikan kesungguhan semua jawatankuasa Pemuda untuk menjayakan program ini.

Selain bersukan, program ini juga menjadi pemangkin untuk menghubungkan silaturrahim di kalangan anak-anak muda yang hadir. Kira-kira 30 orang anak muda hadir bagi menjayakan futsal kali ini.

Menurut pengarah program ini, Sdr Nasir yang juga merupakan Timbalan Setiausaha DPPTM, sambutan yang diberikan oleh pemuda amat menggalakkan. Beliau berhasrat untuk menganjurkan lagi program sebegini dan mungkin akan melaksanakan dalam bentuk pertandingan.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 malam dan ditutup dengan sedikit ucapan daripada Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Monday, January 31, 2011

Perjumpaan DPPNP dan DPPTM pada 28.1.2011




Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 28.1.2011 yang lalu bertempat di pejabat DPPTM Slim River, telah diadakan satu pertemuan ziarah DPPNP ke pejabat DPPTM. Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Dewan Harian DPPNP dan AJK DPPTM. Program ini adalah atas usaha untuk memantapkan hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua dewan pemuda ini.