Pages

Sunday, July 24, 2011

Persaingan Sengit Untuk Layak Ke Peringkat Akhir

24 Julai - Seramai kira-kira 50 orang murid pasti dari lapan Pasti Kawasan Tanjong Malim telah berentap dalam acara saringan bagi melayakkan mereka mewakili Pasti masing-masing ke peringkat akhir Majlis Alam Ria Pasti (Ihtifal) yang akan berlangsung pada 30 Julai ini.

Antara Pasti yang telah menghantar peserta dalam acara pagi ini ialah Pasti Mawaddah, Barakah, Firdaus, An-Nisa', Al Hilal, Nurul Ain, Ansar dan Ehsaniah. Menurut Pengarah Program, Sdr Faiz bin Zainal, semua peserta telah memenuhi sekitar bilik pertandingan seawal jam 8.00 pagi dengan wajah yang ceria serta penuh bersemangat untuk bertanding.

Selain itu, beliau yang ditemui sejurus majlis berakhir amat bersyukur dengan kelancaran program pada hari ini dan berharap acara akhir yang akan diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi pada 30 Julai nanti akan lebih meriah kerana lebih ramai para ibubapa dan tetamu yang akan hadir.

Penghakiman dijayakan oleh barisan hakim yang dijemput khas untuk membantu seperti dari Nisa' Tg Malim serta tenaga profesional sekitar Tanjong Malim.

Majlis berakhir sekitar jam 11.30 pagi. Semua peserta dan ibubapa dilihat meninggalkan kawasan pertandingan walaupun para guru dan jawatankuasa masih meneruskan dengan mesyuarat bagi memutuskan persiapan pentas pada acara akhir nanti..

0 comments: