Tuesday, January 26, 2010
Monday, January 25, 2010
Rehlah DPPTM 2010
Program ini disertai oleh AJK DPPTM bersama ahli keluarga masing-masing yang terdiri daripada 60 orang.
Pengisian program dimulai dengan bacaan Ma'thurat, sesi takruf bersama ahli keluarga, Tawjihad oleh Ketua DPPTM, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Permainan untuk kanak-kanak dan ibu bapa dan yang paling menariknya, dapat mandi-manda sepuas-puasnya.
Tn Hj Aminuddin turut menasihatkan agar semua AJK terus memperjuangkan apa yang didokong sekarang hinggalah tertegaknya Daulah Islamiyyah di Malaysia ini. Beliau juga berpesan agar tidak menjadikan alasan jumlah yang sedikit untuk tidak melaksanakan amanah yang telah diberikan.
Program berakhir pada jam 1.00 tengah hari dengan jamuan makan.
Monday, January 18, 2010
Lawatan DPPN Perak ke Tanjong Malim
Program Exco DPPN Perak menziarahi kawasan-kawasan yang diatur telah berjaya dilaksanakan oleh Dewan Pemuda Pas Negeri Perak. Sekalung tahniah atas komitmen dan keperihatinan menziarahi kawasan-kawasan serta mengambil tahu permasalahan di peringkat kawasan. Selain itu, ianya juga dilihat sebagai wadah pengukuhkan lagi ukhuwah antara pimpinan negeri dan kawasan.
Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan terima kasih khusus kepada Sdr Salman bin Salleh serta rombongan iaitu Sdr Safarizal dan Sdr Hafiz kerana sudi meluangkan masa mendengar dan berdialog bersama DPP Tg Malim.
Pengisian program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Naib Ketua Pemuda yang mewakili Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli kerana menghadiri Mesyuarat Perhubungan Negeri di Ipoh. Pengisian disambung pula dengan pembentangan laporan DPP Tg Malim yang dibentangkan oleh Sdr SUK DPP Tg Malim.
Dalam sesi dialog, ketiga-tiga Exco yang hadir mengambil bahagian menjawab serta memberi penerangan sebaik mungkin kepada para peserta. Ucapan penutup disudahi oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri.
Sebelum berakhir, Sdr Salman telah melancarkan kutipan RM 1 untuk tabung Unit Amal kawasan Tg Malim.
Majlis bersurai kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Friday, January 15, 2010
Lawatan DPPN Perak Ke Tg Malim
Hari : Ahad
Tarikh : 17 januari 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Pejabat DPPTM, Bandar Baru, Slim River
Semua pemuda dijemput hadir.
Thursday, January 14, 2010
Minggu Pertama Murid Pasti 2010

PASTI AL HILAL, BESOUT

PASTI AL ANSAR, SUNGKAI

PASTI NURUL AIN, TROLAK UTARA

PASTI AL MAWADDAH, BEHRANG 2020

PASTI AL FIRDAUS, TANJUNG MALIM

PASTI AN NISA', PROTON CITY

PASTI EHSANIAH, KAMPUNG RASAU

PASTI AL BARAKAH, SLIM RIVER
Tuesday, January 12, 2010
Monday, January 11, 2010
Al Fatihah Buat Saudara Fadiri dan Faizol
Allahyarham merupakan seorang aktivis yang begitu komited dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sama ada di UPSI atau masyarakat sekitar telah mengalami kemalangan awal pagi tadi ketika menaiki motosikal bersama seorang temannya. Sahabat kepada Allahyarham dikhabarkan meninggal di tempat kejadian. Sdr Fadiri telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana.
Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli bersama Naib, bendahari dan AJK turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah di Surau Al Falah, Proton City. Turut hadir Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Salim Ariffin.
Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..
Al Fatihah untuk Allahyarham.
Friday, January 8, 2010
Doa dan Harapan DS Nizar Cepat Sembuh
Thursday, January 7, 2010
Mesyuarat Bulanan DPPTM
Tarikh : 7 Januari 2010
Hari : Khamis
Masa : 9.00 malam
Tempat : Pejabat DPPTM
Semua AJK dan Ketua Pemuda Cawangan wajib hadir