Pages

Monday, November 14, 2011

Anak AJK UMNO Cemerlang di Pasti

Pasti Kawasan Tanjung Malim yang diyakini melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi akhlak terus memperlihatkan kemampuan dengan pencapaian murid yang menerima anugerah serta dimantapkan lagi dengan persembahan pemenang-pemenang pertandingan di peringkat negeri dan Malaysia.

Dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan baru-baru ini, adik Amiratul Aufa bt Aminuddin daripada Pasti Ehsaniah, Rasau telah menerima anugerah murid terbaik 6 tahun. Adik Amirul Aufa yang juga anak kepada YDP Pas Kawasan Tg Malim menerima hadiah yang disampaikan oleh ayahnya sendiri.

Bagi kategori 5 tahun, murid terbaik disandang oleh adik Nur Humairah bt Hamdan. Beliau belajar di Pasti Ansar, Sungkai. Walaupun merupakan anak kepada AJK UMNO Bahagian Tg Malim, namun atas keyakinan En Hamdan dengan kurikulum yang diajar serta kemapuan Pasti mendidik anak beliau, maka tepatlah pilihan beliau.

Menurut Pengerusi Pasti kawasan Tg Malim, hal ini membuktikan Pasti mampu mengeluarkan produk yang berkualiti serta diyakini oleh segenap lapisan masyarakat yang prihatin tentang pendidikan dan masa depan anak-anak mereka, tidak kira siapa dan apa fahaman mereka. Tahniah Pasti Kawasan Tg Malim.

0 comments: