Pages

Wednesday, October 8, 2008

Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti

Makluman kepada semua, program Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Oktober 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Maahad Abbasiah, Sungkai
Perasmi : Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman
AJK Badan Perhubungan Pas Perak

Semua rakyat Malaysia dijemput bersama menjuayakan majlis tersebut.

Gambar Sekitar Pengagihan Kuih Raya Di Hospital Slim River

Tuesday, September 23, 2008

Sumbangan Kuih Raya Di Hospital Slim River

Pas Kawasan Tanjong Malim akan mengagihkan sumbangan kuih raya pada 25 September 2008. Semua pemuda, ahli dan penyokong dijemput bersama-sama menyertai program ini yang dijangka bermula jam 3.00 petang. Para aktivis diminta hadir awal dan berkumpul di perkarangan Hospital Slim River untuk melicinkan aturcara program.

Wednesday, September 10, 2008

Liqa' Fikri 2008

Pas Kawasan Tanjong Malim akan menganjurkan Program Liqa' Fikri pada 13 September 2008 ini, bersamaan 13 Ramadhan 1429, bertempat di Markas tarbiah Pas Kawasan, Espek Serigala, Slim River.

Program ini dijangka bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.00 pagi keesokannya. Peserta akan bermalam serta berqiamulail di sini. Program akan berakhir selepas Kuliah Subuh pada 14 September 2008. Semua peserta diingatkan supaya membawa keperluan untuk bermalam di markas tersebut.

Maklumat lanjut mengenai TENTATIF program, boleh dimuat turun dengan klik di SINI

Thursday, September 4, 2008

Iftar Jama'i 2008

Pas Kawasan Tanjong Malim membuka tirai Iftar Jama'i anjurannya dengan menjemput semua ahli dan penyokong ke Kampung Rasau pada ketetapan berikut:

Hari : Khamis
Tarikh : 4 September 2008
Tempat : Surau Kampung Rasau

Jadual penuh Iftar Jama'i sempena Ramadhan 1429H, boleh dimuat turun melalui links berikut:-

www.savefile.com/files/1767400

Semoga majlis ini mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Sila Hadir Beramai-ramai

Wednesday, September 3, 2008

Perangi Nafsu Di Bulan Ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, August 12, 2008

Kejayaan Jambori Unit Amal Tg Malim

Unit Amal Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Jamborinya seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Alhamdulillah, jambori yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada ahli-ahli di kawasan Tanjong Malim.

Seramai 70 peserta telah terlibat dalam jambori kali ini. Perasmian secara sederhana telah disempurnakan oleh Tn Hj Baharudin Ishak, Timbalan YDP Pas Kawasan Tanjong Malim. Beliau juga mengetuai qiamulail yang bermula jam 3.30 pagi.

Ketua Pemuda juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan kuliah subuh pada hari kedua jambori.

Tidak ketinggalan, jambori ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Unit Amal Negeri Perak, Saudara Zamarul Aini serta rombongannya yang terdiri daripada 15 orang Ahli Lembaga Unit Amal Negeri Perak.

Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang serta peserta unit amal yang terbaik.






















p/s .. Semoga unit amal tg malim terus maju..Allahu Akbar

Sunday, August 3, 2008

Syabas Unit Amal

Tahniah. Itulah ungkapan paling tepat untuk mengucapkan penghargaan kepada unit amal Tanjong Malim yang begitu istiqamah dalam memberi khidmat terutama ketika menyambut MB Perak di Slim River baru-baru ini. Beberapa keping gambar dapat menggambarkan keadaan tersebut.. Syabas.. Ayuh ramai-ramai sertai Unit Amal Tg Malim.


Setia dan sabar menanti MB


Pastikan Kawalan Clear


Menyambut MB di Masjid Slim River


Bergambar Kenangan