Pages

Wednesday, January 21, 2009

Bersyukur Kemenangan Di Kuala Terengganu

Seperti sedia dimaklumi, pilihanraya kecil yang baru berlalu di Kuala Terengganu telah diberi kemenangan oleh Allah SWT kepada Parti Islam Semalaysia (PAS). Atas rasa kesyukuran yang tidak terhingga, Pas telah mengadakan satu kenduri kesyukuran yang akan diadakan di Masjid Besout 2 pada 22 Januari 2008 ini bersamaan Hari Khamis. Program bermula dengan Solat Maghrib.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas juga menganjurkan satu USRAH juga bertempat di Besout 2. Usrah bermula dengan Solat Maghrib berjamaah di Masjid Besout 2. Semua golongan masyarakat, terutamanya PEMUDA Kawasan Tanjong Malim dijemput hadir.

Tuesday, January 20, 2009

Ketua Pemuda UMNO Tg Malim Ditangkap?!!

Heboh diperkatan oleh masyarakat tentang seorang yang dimaklumkan oleh media sebagai Ketua Pemuda sebuah pertubuhan politik ditangkap kerana mencuru lori. Menurut sumber yang boleh dipercayai, seorang yang datang dari sebuah parti politik itu ialah Ketua Pemuda UMNO yang baru memenangi jawatan tersebut pada pemilihan yang lalu.

Sejauh mana kebenaran berita ini, sama-samalah kita tunggu perbicaraannya nanti. Ape pun, kes ini dah jadi kes Polis. Biarlah pihak polis dan mahkamah yang menentukannya. Cuma, media BN, tolonglah beradab sikit.. buatlah laporan yang terbaik, telus, diyakini dan berhemah..

Buku Teks Pasti

Semua Pasti Kawasan Tanjong Malim telah mendapat buku teks yang telah diedarkan dengan jayanya pada 18 Januari yang lalu. Ini bernmakna, sesi persekolahan pada hari Isnin (semalam), semua pelajar Pasti telah mendapat buku teks dan buku tulis masing-masing.

Menurut pengerusi Pasti, selepas buku-buku tersebut diambil, terus diedarkan ke semua unit Pasti dalam kawasan Tg. Malim. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dengan dibantu oleh 2 AJK Dewan Pemuda yang lain. Syabas dan teruskan perjuangan.

Islam Pasti Menang

Menyelusuri hari-hari berkempen di Kuala terengganu melalui media arus perdana memang agak merisukan. Manakan tidak, semua berita yang dipaparkan memihak kepada Barisan Nasional. Hakikatnya, media BN langsung tidak beretika.

Apapun, kemenangan di Kuala Terengganu adalah kemenangan Umat dan Pejuang Islam. Tahniah dan SYABAS kepada Pakatan Rakyat kerana bekerja bersungguh-sungguh memenangkan Parlimen Kuala Terengganu ini.

Perubahan rakyat ini menuntut kita semua terus melipatgandakan usaha memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat, tanpa memilih bulu seperti yang diamalkan oleh BN. Takbir!!

Wednesday, October 29, 2008

Jamuan Aidilfitri Bersama Menteri Besar Perak

Jamuan Aidilfitri Pas Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 30 Oktober 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat: Dewan Felda Trolak Timur
Tetamu: Menteri Besar Perak

Semua Rakyat Malaysia dijemput Hadir

Wednesday, October 8, 2008

Unit Amal Terus Berbakti






Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti

Makluman kepada semua, program Ihtifal & Hari Anugerah Cemerlang Pasti Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 19 Oktober 2008
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Maahad Abbasiah, Sungkai
Perasmi : Ustaz Tarmizi bin Ab Rahman
AJK Badan Perhubungan Pas Perak

Semua rakyat Malaysia dijemput bersama menjuayakan majlis tersebut.

Gambar Sekitar Pengagihan Kuih Raya Di Hospital Slim River