Pages

Monday, April 13, 2009

Suasana sekitar Mesyuarat Agung DPPTM










Mesyuarat Agung DPPTM



Dewan Pemuda Tanjong Malim telah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar apabila berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan semalam.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Mustafa bin Wahab. Turut hadir adalah pemerhati daripada Ketua Pemuda PKR Tg. Malim, Kelab Penyokong Pas Tg. Malim serta beberapa orang Jawatankuasa Pas Kawasan Tanjong Malim.

Pihak Pas Kawasan diwakili oleh Tn Hj Abdul Salam yang banyak memberi nasihat dalam ucapannya. Beliau begitu bersemangat walaupun kelihatan uzur kerana tidak sihat.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Semua hadirin menjamu selera gulai kambing yang disediakan oleh Saudara Ahmad Sabri Wahab atau lebih dikenali sebagai Abang Awang.








Monday, April 6, 2009

Pemuda Tg. Malim di UPU Jelutung










Gelombang Semarak Hijau di PRK Bukit Gantang

Dewan Pemuda Pas telah melancarkan Program Gelombang Semarak Hijau dalam usaha memenangkan calon Pas di Bukit Gantang dalam Pilihanraya Kecil N059 kali ini. Penyertaan Pemuda terdiri daripada Pemuda Johor, Selangor, Pahang, Melaka, Kelantan dan Terengganu. Selain itu, penyertaan Pemuda Pakatan Rakyat juga amat menggalakkan.

Semua pemuda ini dipecahkan mengikut kumpulan tertentu bagi menggempur ketiga-tiga DUN yang terdapat di Parlimen Bukit Gantang.

Ternyata jentera kempen Pas dan Pakatan Rakyat mendahui kempen di PRK ini.
DPP Tanjong Malim telah menghantar seramai 20 wakil yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Rostam bin Ramli. Setiap kawasan daripada negeri Perak berjaya menghantar pemudanya untuk menjayakan kempen ini.

Sdr Salahuddin Ayub, Ust Azman Shafawi, Ustaz Nasaruddin Tantawi serta beberapa pimpinan Pusat dan Negeri telah turun padang bersama-sama menjayakan program ini.










Friday, March 27, 2009

Kenangan Ke Ijtimak Pilihanraya Bukit Gantang








Timbalan Ketua Pemuda Berehat di Hospital S.River

Beliau direhatkan selama sehari di Wad Hospital Slim River
kerana tiba-tiba beliau tidak dapat bergerak ketika
menguruskan kambing-kambing beliau di ladangnya.


























Thursday, February 19, 2009

Sukan Pasti 2009















Sukan Pasti Kawasan Tanjong Malim akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 26 April 2009
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Padang Majlis Daerah Tanjong Malim

Pelbagai acara menanti tetamu yang hadir.

Datanglah beramai-ramai.

Thursday, January 29, 2009

Kem Maal Hijrah Remaja

JKKK Kampung Rasau bersama dengan pemudanya yang begitu aktif dan tekun mendidik generasi mudanya telah menganjurkan satu kem untuk anak-anak remaja di kampung tersebut yang diberi nama Kem Maal Hijrah. Memang menarik dan disertai oleh kira-kira 50 orang anak muda belasan tahun, termasuk dari kalangan belia orang asli.

Kem tersebut telah diadakan di Gunung Marong, kira-kira 30 minit bermotosikal dari Rasau dan 20 minit pula berjalan kaki. Syabas orang Rasau.. Teruskan perjuangan.. Kami Pemuda Pas sedia membantu, walau berapa kali lagi program seumpama itu dilaksanakan.. Yang penting, anak-anak muda kita perlu diberi tunjuk ajar, demi kemajuan Islam..Insyaallah.