Pages

Wednesday, May 5, 2010

Sukan Pasti 2010

Tuesday, May 4, 2010

Setiausaha Amal Tg Malim Terlibat Kemalangan


4 Mei 2010- 3.30 petang, Setiausaha Jabatan Amal Tg Malim, Sdr Hisyamudin telah terlibat dalam satu kemalangan ketika beliau dalam perjalanan dari Slim River ke Tg Malim. Kejadian berlaku berhampiran dengan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang.

Dalam kejadian, Sdr Hisyamudin yang memandu kereta berseorangan hanya mengalami kecederaan ringan dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Slim River.

Beliau membuat laporan polis di balai Trafik Slim River selepas mengambil rawatan di hospital.

Antara pimpinan yang sempat ke tempat kejadian ialah Naib Ketua Pemuda, Pengarah Nisa' Tg Malim, Sdr Firdaus, Ust Nik dan Sdr Khairol (Jawatankuasa DPPTM)

Beberapa rakaman gambar dapat menjelaskan situasi berkenaan.

Buat Sdr Hisyamudin, bersabar dengan ujian Allah SWT. Teruskan perjuangan..

Sdr Hisyamudin boleh dihibungi melalui talian..019-5672120.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Hisyamudin dan keluarga.

Kenangan Di Muktamar Pemuda Negeri ke 27

Kenangan Menerima anugerah

Kenangan Para Perwakilan dan Pemerhati Tg Malim

Kenangan Pimpinan pada hari Muktamar Pemuda Pas Negeri

Tahniah: Pemuda Tg Malim Terima 2 Anugerah

Muktamar Pemuda Perak kali ke 27 yang berlangsung pada 2 Mei 2010 telah sempurna dijalankan oleh panitia Muktamar kali ini. Alhamdulillah, banyak perubahan besar dari segi penampilan imej pemuda sedang dan giat diketengahkan.

Muktamar kali ini telah dirasmikan oleh AF Ustaz Firdaus Jaafar, Pengarah Pilihanraya Pemuda Pusat merangkap ahli Parlimen Merbok. Selain beliau, turyt menyerikan muktamar kali ini ialah AF Ustaz Abu bakar Husin iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Ust Misbahul Munir, Ust Ahmad Awang serta wakil dari PKR dan DAP.

Muktamar tahun ini juga meninggalkan suatu kenangan manis buat pemuda Tg Malim di bawah pimpinan ketua pemudanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli apabila dianugerahkan dengan pengurusan Unit Amal Terbaik dan Kontinjen teramai ke Muktamar ke 27 ini.

Mudah-mudahan anugerah ini melonjakkan lagi semangat dan daya juang pemuda-pemuda Tg Malim khususnya untuk terus melonjakkan dan memperkasakan gerakerja demi memartabatkan Islam di bumi yang kita cintai ini. Buat generasi pewaris, jadikan ia pencetus semangat untuk meneruskan perjuangan.

Buat yang masih di luar sana, memerhati dan memantau dari jauh, ayuh bersama kita berjuang demi kedaulatan Islam yang kita sayangi ini..Ingatlah janji kemenangan untuk Islam, dan smam-samalah kita pastikan kita tergolong dalam golongan yang memperjuangkan Islam..insyaallah. Allahu Akbar.

Saturday, May 1, 2010

Muktamar Dewan Pemuda Pas Perak ke 27

Hari: Ahad
Tarikh : 2 Mei 2010
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Markas Tarbiyyah Pas, Air Kuning, Taiping.

Insyaallah, semua perwakilan Tg Malim dan pemerhati akan bertolak pada pagi esok.

Kontinjen Unit Amal telah mendahului..

Thursday, April 15, 2010

Suasana PRK Hulu Selangor (SKC, Ladang 15 & Kg Alah Batu)



Sunday, April 11, 2010

Wajib Bersama Kepimpinan Islam

Maksud Hadis, "Setiap kamu adalah pemimpin, dan akan ditanya tentang kepimpinannya"

Pemimpin yang diamanahkan untuk memimpin terutamanya memimpin sesebuah Gerakan Islam amatlah berat. Ini kerana, jatuh bangunnya islam itu terletak kepada kepimpinan yang telah diamanahkan itu.



Pemimpin yang diberi amanah untuk melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar melalui perjuangan yang dibawa oleh Pas wajib disertai dan didokong oleh setiap individu Muslim yang mukallaf. Ini kerana ketidakbersamaan seseorang Muslim dalam perjuangan menegakkan Islam dikhuatiri akan menjerumuskannya ke lembah Mungkar yang besar.

Menurut Ustaz Misbahul Munir "Mungkar yang besar ialah meninggalkan perjuangan Islam atau tidak bersama perjuangan Islam." Beliau berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tanjong Malim Kali ke 28 yang dilangsungkan di Markas Tarbiyyah Pas Tg Malim, Espek Serigala, Slim River.

Mesyuarat agung Pas kali ini bermula seawal jam 9.00 pagi. Seramai 200 perwakilan telah memenuhi ruang markas demi menunaikan tanggungjawab sebagai ahli gerakan Islam di kawasan Tg Malim ini.

Majlis juga telah diserikan dengan penyampaian cenderahati kepada mantan pimpinan Pas Yg Malim sebagai penghargaan ke atas jasa-jasa mereka. Seramai 10 orang telah dijemput khas untuk menerima cenderahati tersebut yang disempurnakan penyampaiannya oleh AF Ustaz Misbahul Munir.

Mesyuarat berakhir jam 2.00 petang dengan jamuan tengah hari dan Solat Zohor berjamaah.

Monday, April 5, 2010

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim Kali ke 28