Pages

Tuesday, May 31, 2011

Ahli Parlimen Lompat Parti Diganti Parti Lain

Pemuda akan mendesak kerusi bagi ahli Parlimen yang lompat parti digantikan dengan parti lain bagi menjamin kepercayaan rakyat.

"Kita mahu pada pilihan raya akan datang tidak berlaku lagi wakil rakyat dari Pakatan Rakyat lompat parti.

"Jadi kita mahu bahas sama ada wajar kerusi lompat itu diganti parti lain," Suhaizan Kaiat, Ketua Penerangan Pemuda Pas Malaysia berkata ketika dihubungi Harakahdaily.

Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim mengalu-alukan usul yang akan dibahaskan pada muktamar pemuda Pas kali ini dan berharap usul ini dibahas sebaik mungkin serta menatijahkan sesuatu yang membawa kebaikan kepada Pas dan Pakatan Rakyat dalam usaha Pas Menggantikan UMNO.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda Pas Tg Malim, kita amat terkesan dengan keadaan ini dan berharap keputusan mengenai perbahasan usul ini akan dibawa kepada rundingan di pihak Pakatan Rakyat serta diputuskan dengan mengambilkira suara akar umbi dan rakyat marhain demi manfaat Pakatan Rakyat itu sendiri.

Walau bagaimanapun, Pemuda Pas berlapang dada dengan sebarang keputusan setelah dibahaskan..

Wednesday, May 4, 2011

Santai Bersama Bob Lokman di Trolak Selatan

Pemuda bersama Pas Cawangan Trolak Selatan telah berjaya menganjurkan program Santai bersama bekas artis yang kini bergiat dalam bidang dakwah, Sdr Bob Lokman.

Program yang bermula jam 5.00 petang itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat.

Sdr Bob Lokman sempat menyampaikan ucapan ringkas yang amat menarik dan menghiburkan tetamu yang hadir.

Program berakhir sekitar jam 6.30 petang. Sdr Bob Lokman seterusnya bergegas ke Surau Kg Kelan untuk mengadakan Kuliah Maghrib di sana. Seterusnya, beliau berceramah pada sebelah malamnya di Dataran Berop, Tg malim bersama DS Nizar Jamaluddin.

Monday, April 25, 2011

Mantan Ketua Pemuda Dipilih Sebagai YDP Pas Kawasan Tg Malim

Sekalung tahniah kepada Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli yang telah dipilih sebagai YDP yang baru bagi sesi 2011-2013 pada pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Tg Malim yang diadakan pada 24 April bertempat di Markas Pas Serigala.

Dewan Pemuda akan sentiasa memberi sokongn dan dokongan bagi memajukan lagi Pas Tanjong Malim pada masa akan datang.

Semoga Tn Hj Aminuddin dapat memikiul amanah ini sebaik mungkin dengan dibantu oleh barisan jawatankuasa yang terdiri daripada gabungan muka lama dan muka baru.

Mabruk...Teruskan Perjuangan...

Tuesday, April 5, 2011

Tahniah Kepimpinan Pemuda Tanjong Malim Sesi 2011-2013

Berikut adalah Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Kawasan tanjong Malim Sesi 2011-2013 yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada 3 April 2011 yang lalu.

Ketua Pemuda : Sdr Junaidin Yusop
Timb. Ketua Pemuda : Sdr Abu Azim
Naib Ketua Pemuda : Sdr Abu Zar

AJK

1. Sdr Mohd Fazrin
2. Sdr Mohd Izhar
3. Sdr Zaki
4. Sdr Mohd Nasir
5. Sdr Shamsul Hadi
6. Ust Arman
7. Sdr Azmy
8. Sdr hishamuddin

Jawatankuasa tambahan akan dilantik pada mesyuarat pertama yang akan diadakan nanti.

Sunday, April 3, 2011

Perkasakan Organisasi Giatkan Penerangan


3 April 2011- Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim kali ke 9 telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Sdr Salman bin Salleh. Acara perasmian dimulakan pada jam 9.20 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Tema Pas.


Ucapan pengarah Mesyuarat Agung kali ke 9, Ust Azhari memulakan bicara dan diikuti dengan ucapan wakil Pas kawasan, Ust Mohd Shafie. Seterusnya, Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli meneruskan ucapan dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Sdr Salman bin Salleh.

Sdr salman sempat menceritakan keadaan terkini di Sarawak, yang secara kebetulan beliau baru pulang dari Sarawak mewakili Jabatan Pilihanraya Negeri bagi menyediakan beberapa persiapan sempena Sarawak menghadapi pilihanraya ketika ini. Maklumat terakhir, beliau menyatakan Pas akan bertanding 5 kerusi.

Selain itu, beliau mengingatkan tentang perlunya perancangan yang teliti bagi menggerakkan Pemuda Pas ke arah lebih dikenali dan disenangi oleh masyarakat. Maka perlunya pemuda mewujudkan ikon di peringkat kawasan sebagaimana dilakukan di peringkat negeri.

Seramai 60 orang perwakilan tekun mendengar amanat daripada Naib Ketua Pemuda Perak ini. Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mencadangkan dua perkara iaitu Perkasakan organisasi pas di semua peringkat serta pastikan setiap program penerangan sampai ke peringkat akar umbi, agar fitnah UMNO dapat digagalkan dan dihapuskan daripada menjadi anutan masyarakat.

Sunday, February 27, 2011

Pemuda Menjayakan Program Sehari Bersama Dr Mujahid Rawa

Tarikh : 20 Februari 2011
Tempat : Kg Pisang (Kg Orang Asal)


Acara pertama, pasang khemah dulu sebelum sedia bakar ayam


Pemeriksaan kesihatan diketuai oleh Dr Imad


Urusan masak-memasak dilaksanakan sepenuhnya oleh Muslimat Pas Cawangan Kg Rasau


Peguam Bah Tony dan Hj Aminuddin menyampaikan hadiah sukaneka


Peserta Konvoi Motor bergambar kenangan dengan Tok Batin


Majlis penutup dan penyampaian bantuan kepada anak-anak yatim dan golongan susah

Sunday, February 13, 2011

Futsal DPP Tanjong Malim Meriah


12 Februari - Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim telah mengorak langkah bagi merealisasikan Pas adalah pilihan terbaik di mata anak-anak muda Malaysia dengan mengadakan Futsal di padang Futsal dalam Kawasan Tanjong Malim.

Program yang bermula seawal jam 9.10 malam telah dihadiri oleh Ketua Pemudanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli, Naib Ketua Pemuda, Timbalan Setiausaha dan beberapa AJK Pemuda yang menyaksikan kesungguhan semua jawatankuasa Pemuda untuk menjayakan program ini.

Selain bersukan, program ini juga menjadi pemangkin untuk menghubungkan silaturrahim di kalangan anak-anak muda yang hadir. Kira-kira 30 orang anak muda hadir bagi menjayakan futsal kali ini.

Menurut pengarah program ini, Sdr Nasir yang juga merupakan Timbalan Setiausaha DPPTM, sambutan yang diberikan oleh pemuda amat menggalakkan. Beliau berhasrat untuk menganjurkan lagi program sebegini dan mungkin akan melaksanakan dalam bentuk pertandingan.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 malam dan ditutup dengan sedikit ucapan daripada Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Monday, January 31, 2011

Perjumpaan DPPNP dan DPPTM pada 28.1.2011




Assalamualaikum.

Alhamdulillah pada 28.1.2011 yang lalu bertempat di pejabat DPPTM Slim River, telah diadakan satu pertemuan ziarah DPPNP ke pejabat DPPTM. Pertemuan tersebut telah dihadiri oleh Dewan Harian DPPNP dan AJK DPPTM. Program ini adalah atas usaha untuk memantapkan hubungan yang telah lama terjalin antara kedua-dua dewan pemuda ini.