Tuesday, September 23, 2008
Sumbangan Kuih Raya Di Hospital Slim River
Wednesday, September 10, 2008
Liqa' Fikri 2008
Program ini dijangka bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 8.00 pagi keesokannya. Peserta akan bermalam serta berqiamulail di sini. Program akan berakhir selepas Kuliah Subuh pada 14 September 2008. Semua peserta diingatkan supaya membawa keperluan untuk bermalam di markas tersebut.
Maklumat lanjut mengenai TENTATIF program, boleh dimuat turun dengan klik di SINI
Thursday, September 4, 2008
Iftar Jama'i 2008
Hari : Khamis
Tarikh : 4 September 2008
Tempat : Surau Kampung Rasau
Jadual penuh Iftar Jama'i sempena Ramadhan 1429H, boleh dimuat turun melalui links berikut:-
www.savefile.com/files/1767400
Semoga majlis ini mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Sila Hadir Beramai-ramai
Wednesday, September 3, 2008
Tuesday, August 12, 2008
Kejayaan Jambori Unit Amal Tg Malim
Seramai 70 peserta telah terlibat dalam jambori kali ini. Perasmian secara sederhana telah disempurnakan oleh Tn Hj Baharudin Ishak, Timbalan YDP Pas Kawasan Tanjong Malim. Beliau juga mengetuai qiamulail yang bermula jam 3.30 pagi.
Ketua Pemuda juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan kuliah subuh pada hari kedua jambori.
Tidak ketinggalan, jambori ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Unit Amal Negeri Perak, Saudara Zamarul Aini serta rombongannya yang terdiri daripada 15 orang Ahli Lembaga Unit Amal Negeri Perak.
Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang serta peserta unit amal yang terbaik.










p/s .. Semoga unit amal tg malim terus maju..Allahu Akbar
Sunday, August 3, 2008
Syabas Unit Amal
Setia dan sabar menanti MB
Pastikan Kawalan Clear
Menyambut MB di Masjid Slim River
Bergambar Kenangan
Terima kasih YAB Dato’ MB Perak
Alhamdulillah, Dato’ Seri masih berkesempatan menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan Solat Jumaat. Apa yang menarik, cuba disampaikan kepada semua hadirin ialah bagaimana besarnya tanggungjawab beliau sebagai pemimpin wajib mengingatkan rakyatnya tentang pentingnya menunaikan solat. Lebih-lebih lagi, ketika ini ummat Islam berada dalam suasana memperingati peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Beliau juga menyeru supaya tidak hanya menunaikan solat, tetapi perlu di awal waktu, berjamaah di masjid atau ditempat azan dilaungkan. Beliau mengimbas satu peristiwa ketika Nabi SAW selesai bersolat, didapati salah seorang sahabatnya tidak ada. Lalu beliau bertanya tentang sahabatnya itu. Maka diberitahu kepada Nabi SAW bahawa sahabatnya itu bersolat di rumah. Dengan wajah yang merah, Rasulullah melafazkan ingin membakar rumah sahabatnya itu. Begitulah seriusnya Nabi SAW mendidik umatnya untuk menunaikan solat secara berjamaah.
Dato’ seri seterusnya mengimamkan Solat Jumaat dan setelah selesai, beliau beramah mesra dengan penduduk tempatan dan meneruskan perjalanannya ke kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi..
Tahniah Kepada Ahli Majlis Daerah
Dewan Pemuda Pas kawasan Tanjong Malim mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH di atas perlantikan penama di kalangan Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim, ke jawatan Ahli Majlis Daerah. Nama-nama tersebut adalah seperti berikut:
1. Saudara Aminuddin bin Zulkipli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Malim
Ahli Majlis Daerah Tanjong Malim
2. Saudara Rostam bin Mohd Ramli
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Malim
Ahli Majlis Daerah Tapah
Tahniah, dan selamat menjalankan amanah dengan sebaik mungkin.
