Pages

Monday, August 17, 2009

Ikhlaskan Niat Wujud Istiqamah

Niat yang ikhlas amat penting bagi memastikan penglibatan pejuang bersama gerakan Islam dapat bertahan sampai ke akhirnya. Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda Pas Tg. Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli semasa menjawab dialog yang berlangsung antara Dewan Pemuda Pas Tg Malim dan pemuda, nisa' dan mahasiswa dalam Kawasan Tg. Malim.

Majlis dialog yang diadakan itu bertempat di Pejabat Dewan Pemuda Pas Tg Malim dengan dimulai Solat Maghrib berjamaah. Selepas itu, semua peserta menikmati jamuan dan diteruskan dengan solat Isyak.

Majlis dialog tersebut dimulai oleh ucapan wakil-wakil NGO serta Nisa' Tg Malim.

Tn Hj Aminuddin mengambil masa kira-kira sejam untuk memberikan gambaran tentang perjalanan DPP Tg Malim.

Majlis ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Tg Malim dan sesi jamuan dan ramah mesra.






1 comments:

BUJANG SUSAH said...

Salam... Takbir...!!!! meslimah tu lawa2 lerr.. kenalkan sorang leh? hehehhee