Pages

Saturday, July 14, 2012

Agenda Himpunan OREN Hari Ini


Himpunan Oren bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda berjaya mendapat persetujuan dan kerjasama PDRM.

Untuk makluman para peserta, tatacara himpunan tersebut pada hari ini adalah seperti berikut :

1. 2.00 petang - Peserta berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta ke checkpoint pertama di perkarangan tempat letak kereta Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

2. Ucapan sehingga pukul 3.00 petang oleh wakil peneroka, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik

3. Berarak menuju ke pintu belakang, Pintu3 Istana Negara melalui Jalan Sri Hartamas dan Jalan Segambut sejauh hampir 3 kilometer.

4. Perarakan akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara.

5. Enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum.Mereka akan berkereta dan diiringi oleh pihak polis.


Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:

1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda

Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain

0 comments: