Pages

Wednesday, August 19, 2009

Downloads Jadual Iftar 2009/ 1430H

Semua pengunjung boleh muat turun JADUAL IFTAR setiap cawangan bagi Ramadhan 1430H sekarang.

Klik di SINI

Semua dijemput meraikan majlis Iftar yang dianjurkan oleh sahabat-sahabat kita.. Insyaallah, Moga Ramadhan tahun ini lebih baik dari Ramadhan tahun lalu.

Monday, August 17, 2009

Ikhlaskan Niat Wujud Istiqamah

Niat yang ikhlas amat penting bagi memastikan penglibatan pejuang bersama gerakan Islam dapat bertahan sampai ke akhirnya. Demikian ditegaskan oleh Ketua Pemuda Pas Tg. Malim, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli semasa menjawab dialog yang berlangsung antara Dewan Pemuda Pas Tg Malim dan pemuda, nisa' dan mahasiswa dalam Kawasan Tg. Malim.

Majlis dialog yang diadakan itu bertempat di Pejabat Dewan Pemuda Pas Tg Malim dengan dimulai Solat Maghrib berjamaah. Selepas itu, semua peserta menikmati jamuan dan diteruskan dengan solat Isyak.

Majlis dialog tersebut dimulai oleh ucapan wakil-wakil NGO serta Nisa' Tg Malim.

Tn Hj Aminuddin mengambil masa kira-kira sejam untuk memberikan gambaran tentang perjalanan DPP Tg Malim.

Majlis ditutup dengan ucapan penangguhan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Tg Malim dan sesi jamuan dan ramah mesra.






Wednesday, August 12, 2009

Ceramah Bubar DUN Perak

Tuesday, August 4, 2009

Himpunan Pemuda Di Bagan Serai



Pemuda Pas Tanjong Malim diketuai oleh Ketua Pemudanya, Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli bersama-sama dalam program Himpunan Pemuda di Bagan Serai dengan tema 'Bubar DUN Perak'.

Rombongan bertolak dari Slim River kira-kira pukul 7.20 pagi. Seramai 50 orang pemuda termasuk pimpinan Pemuda Kawasan serta Nisa' turut bersemangat dan menyatakan sokongan terhadap usaha memberi tekanan 'Bubar Dun'.

Program berakhir kira-kira jam 4.00 petang. Rombongan bergegas pulang untuk memastikan persiapan untuk ceramah di sebelah malamnya berjalan lancar.

Penceramah yang menyampaikan ucapan pada ceramah Bubar Dun yang diadakan di Kg. rasau terdiri daripada Tn Hj Aminuddin Zulkipli (Ketua Pemuda Pas Tg Malim) Ustaz Nuri Al Amin, Ustaz Kamal Ashari dan Sdr Shabki Yusof (Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia)

Semua petugas dan penceramah diraikan dengan hidangan masakan kambing istimewa daripada Pas Cawangan Rasau.

Program berjalan seperti dirancangkan dengan kehadiran kira-kira 1000 orang.