Walaupun kedua-dua kakinya sudah kudung ......
-
Utusan buat cerita dengan tajuk : Menanti penyatuan orang Melayu...
Seorang nelayan kudung kedua belah kak, Zakaria Uda, 65, menggantung
bendera parti Um...
Menteri Gangster Terulung di Abad ini
-
Menteri KDN Zahid Hamidi memulakan tugas baru dengan gaya samseng & gangster. Disebabkan rasanya Malaysia ini adalah kepunyaan bapaknye, Zahid Hamidi semakin...
Tian, Haris, Tamrin pula ditahan
-
Polis hari ini menahan MP Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan
aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan, dipercayai berhubung
perhimpunan ...
Tahniah, Tokoh Guru Pasti Kawasan Tg Malim 2013
-
Sempena sambutan hari guru peringkat kawasan, seramai 9 orang guru dari
setiap unit Pasti telah dianugerahkan Tokoh Guru 2013 sebagai penghargaan
terhada...
ZAHID HAMIDI BUAT MALU ORANG BAGAN DATOH ?
-
Hijrah: Dr Agus persoal kenyataan Zahid
Harakahdaily,17 Mei 2013
KUALA LUMPUR: Penganalisis politik, ProfMadya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff terkej...
Kabinet balas jasa dan kukuhkan sokongan
-
Kabinet yang baru disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib
Abdul Razak menampakkan pilihan yang semakin sukar dihadapi Umno yang
memimpin ...
PAS terus mengorak langkah
-
Sokongan kepada Pas tidak terjejas walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat melepaskan semua jawatan kerana faktor usia dan
kesihatan tid...
Keperluan rakyat bertindak hadapi SPR yang ditolak
-
SEDAYA mungkin saya akan meringkaskan catatan ini untuk ianya mudah
difahami.
Kemenangan Barisan Nasional melalui segala macam tipu helah bukanlah rahsia ...
Hamidah lebih kasar dari dulu?
-
Hamidah Osman kembali dalam arena politik di Dun Sg Rapat kali ini dengan
penuh 'kasar'. Hari penamaan calon haritu tu pun pagi-pagi lagi dah gaduh
denga...
Cinta Nabi, Saranan Al-Quran Yang Ditinggalkan
-
Dewasa ini ramai yang membicarakan topik ‘Cinta Nabi’. Satu perkembangan
baik yang berlaku di kalangan umat Islam. Cuma terkadang, kita tercari-cari
Nasihat Pak Rahim kepada anggota Jabatan Amal Perak
-
Sebagai anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Perak yang paling tua dan
paling aktif, berusia hampir 62 tahun, Abdul Rahim atau gelarannya Pak
Rahim memint...
Politik 2012: 5 isu utama politik global
-
Daripada protes hingga ke obsesi dunia kiamat, 2012 berlalu sebagai tahun
yang dramatik, dan boleh dihujahkan sebagai menyamai atau melebihi
perkembangan ...
RUKUN HAJI
-
Asalamualaikum kepada semua bakal haji dari Malaysia, dengan ini diucapkan
selamat melaksanakan ibadah haji. di doakan kepada yang dalam perjalanan
ketanah...
Penukaran Blog Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
-
Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) ingin
memaklumkan kepada semua pembaca bahawa blog DPPWP ini telah bertukar ke
...
Continue...
Salam Ramadhan…
-
ALlahurobbi… sedar x sedar dah 3 bulan lebih rumah aku x bersentuh. Aduhhh
penyakit ‘M’ yg dah lama bertapak ghupernyer makin membekam dalam jiwa aku
nih. ...
PENIPUAN DAFTAR PEMILIH DEMI MELAYU
-
Semasa isu penipuan daftar pemilih dibawa ke kampung-kampung, kedengaran
adanya usaha pihak UMNO mempertahankan amalan ini atas hujjah ianya
dilakukan kon...
Pasca Pemilihan PAS, Ulamak masih diperlukan
-
Nota : artikel ini diterbit selepas pemilihan PAS muktamar Agung PAS pada
bulan jun tahun lepas. semoga ada manfaatnya - moderator Oleh: Suhaimi
Al-Maniri ...
ASYURA PERDANA
-
Dewan Pemuda PAS Kawasan Merbok telah menyertai Asyura Perdana Parlimen
Merbok anjuran PAS Kawasan Merbok pada 24 Disember 2011 (Sabtu) lalu.
Program ini m...
Makluman Ceramah Perdana 30/5/11
-
Assalamualaikum w.b.t
Adalah dimaklumkan satu majlis ceramah perdana bersempena majlis perasmian
Markaz Pas Cawangan Kg.Sungai Wangi,Ayer Tawar akan diadak...
Majlis Perasmian Rumah PASTI
-
Alhamdulillah majlis berjalan lancar bermula jam 10 pagi, satu tarikh yang
cantik 10.10.2010 jam 10 pagi..
Majlis bermula tepat mengikut masa dan tarik...
-
PUSINGAN AKHIR SEPAK TAKRAW AKHIR ANTARA REGU KG RASAU.Pusing ini terdiri johan dan naib johan kumpulan A dan B, dimana regu Pok De lawan regu Wireman diperl...
Zainab al-Ghazali
-
Tanggal 3hb August 2005, ummat Islam kehilangan salah seorang pejuang
wanita Islam yg paling hebat di zaman ini; Zainab al-Ghazali.
*Dilahirkan pada 1917* ...
Satu konvoi melibatkan Pemuda Pakatan Rakyat ke Lumut telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Oktober 2009. Seramai 50 orang pemuda Pas telah menyertai konvoi ini yang diketuai oleh ketua pemudanya, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.
Lokasi asal di Lumut terpaksa ditukar di saat akhir kerana beberapa gangguan oleh pihak polis. Walau bagaimanapun, program pekancaran Sekretariat Pakatan Rakyat berjaya dilakukan di markas Pas Kawasan Lumut, di batu 9, Lekir.
Pelancaran disempurnakan oleh YB Ir Hj Nizar Jamaluddi, Menteri Besar Pakatan Rakyat. Turut hadir Pesuruhjaya Pas Perak, pimpinan-pimpinan DAP dan Keadilan.
Memulakan perjalanan dengan Doa
Pidato oleh pimpinan-pimpinan
Majlis Pelancaran Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat
Selepas kemenangan besar di Bagan Pinang, Umno nampaknya tidak perlu berubah kerana sudah di terima rakyat.
Di pihak Pakatan Rakyat dan PAS pula, mereka perlu kembali ke bilik mesyuarat untuk mengenalpasti apa berlaku dalam pilihan raya kecil itu.
Ini kerana, harapan untuk menang atau sekurang-kurangnya mengurangkan majoriti di kubu Umno ini gagal dilaksanakan.
Sehingga analisa ini ditulis, calon BN, Tan Sri Isa Samad telah mendahului calon PAS dengan lebih 5,000 undi. Ini belum termasuk undi pos lagi.
Sebelum keputusan diperolehi lagi, ada yang sudah menyalahkan sikap para pemimpin PAS dalam jentera kempen di Bagan Pinang. Antaranya mengenepikan rakan-rakan mereka dalam PKR dan DAP.
Namun, keputusan di Bagan Pinang ini sudah tentu ada kebaikannya.
Sebagaimana yang dikempenkan, dengan kemenangan ini, Umno sudah pasti akan kekal dengan apa yang ada padanya dan tidak akan berubah.
Ini kerana, keputusan ini bermakna, Umno diterima rakyat, pemimpin rasuah tidak menjadi masalah, kesalahan politik wang bukan bermakna rasuah dan sebagainya.
Untuk itu, rakyat seluruh negara perlu terima apa yang telah diputuskan oleh penduduk Bagan Pinang bahawa pemimpin rasuah tidak jadi masalah kerana yang diperlukan rakyat adalah perkhidmatan mereka.
"Kalau pemimpin ini memberikan khidmat yang baik, apa salahnya mereka rasuah," mungkin ini mesej yang hendak dihantarkan oleh pengundi Bagan Pinang.
Dengan kemenangan ini, para media BN esok akan melaporkan, PAS kalah teruk, kemaraan Pakatan Rakyat telah berjaya disekat setakat Selangor sahaja dan sebagainya.
Menjelang keputusan ini diperolehi, seorang rakan Cina dari Port Dickson memaklumkan, orang Cina tidak mahu undi PAS kali ini kerana marah dengan apa yang berlaku di Selangor.
Mereka tidak puashati dengan beberapa kenyataan pemimpin PAS di Selangor. Sejauh manakah benarnya maklumat akan diketahui apabila analisa keputusan penuh pilihan raya ini diperolehi nanti.
Pendek kata, jentera PAS perlu mengkaji sepenuhnya senario yang berlaku di seluruh negara sematang-matangnya bagi menghadapi pilihan raya ke 13 nanti. _