Pages

Wednesday, January 28, 2009

Pelancaran Tabung Kemanusiaan Gaza







Atas inisiatif dan rasa tanggungjawab membantu saudara-saudara yang tertindas di Palestin, Dewan Pemuda Tanjong Malim telah melancarkan Tabung Kemanusiaan Gaza. Pelancaran bermula pertengahan Januari sehingga 28 Februari.

Kutipan dan penerangan telah dijalankan sebagai pembukaan di Pasar Slim River pada Ahad yang lalu. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Seterusnya di buat kutipan juga di Kuala Slim, di Pasar Trolak Selatan dan beberapa tempat lagi akan menyusul.

Setakat artikel ini ditulis, kutipan telah mencecah RM2000++. Terima kasih kepada semua penderma. Teruskanlah membantu mangsa penginayaan Israel di Gaza. Maklumat lanjut, boleh hubungi Pengerusi Lujnah Kebajikan Dewan Pemuda Pas Tg. Malim, Sdr Nasir di talian019-5521108.

0 comments: