Pages

Thursday, September 17, 2009

Salam Lebaran 1430H/ 2009


Dapatkan Mesej Bergambar Di Sini

Jamuan Raya Pas Tg Malim 2009

Monday, September 14, 2009

Suasana Sekitar Tamrin Ramadhan 1430H



















Bagaimana Berhadapan Dengan Pengkhianat?!!

Rampasan kuasa negeri Perak merupakan salah satu siri kezaliman UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun mereka sedar rakyat menolak mereka, tetapi demi hasrat mengaut segala kekayaan negeri Perak, mereka sanggup mengenepikan undang-undang dan bertindak seolah-olah mereka berada di pihak yang betul.

Slogan yang didendangkan mereka ialah 'Melayu, Melayu, Melayu..' yang dilihat tidak akan ke mana. Ini kerana rakyat hari ini menolak politik perkauman. Mereka ini perlu diajar dan dilayan sebagaimana ditegaskan oleh Allah dalam Surah Al Anfal ayat 55 - 60 yang bermaksud:

55. Sesungguhnya Sejahat-jahat (makhluk) Yang melata di sisi (Hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang Yang kafir (yang degil Dengan kekufurannya). sebab itu mereka tidak (mahu) beriman.


56. (Iaitu) orang-orang Yang Engkau telah mengikat perjanjian setia Dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu).


57. Oleh itu, jika Engkau menemui mereka Dalam peperangan maka hancurkanlah mereka (supaya Dengan itu) orang-orang Yang di belakang mereka (gerun gentar); Mudah-mudahan orang-orang itu pula beringat (insaf).


58. Dan jika Engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka Dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang khianat.


59. Dan janganlah orang-orang Yang kafir itu menyangka (bahawa) mereka telah terlepas (dari kekuasaan dan balasan kami); Sesungguhnya mereka tidak akan dapat melemahkan (kekuasaan Kami).


60. Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh Yang menceroboh) Segala jenis kekuatan Yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda Yang lengkap sedia, untuk menggerunkan Dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh Yang lain dari mereka Yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja Yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.


Demikianlah antara isi Tawjihad Ketua Pemuda Pas Tg Malim merangkap Exco Dewan Pemuda Pas Perak ketika menutup program Tamrin Ramadhan yang diadakan serentak di negeri Perak pada 12 September 2009. Zon selatan telah diwakili oleh Tg Malim, Tapah dan Kampar.

Tamrin kali ini diadakan di Markas Pas Kampung Rasau dalam Parlimen Tg Malim, dan lebih khusus lagi dalam DUN Behrang, yang menyaksikan ADUNnya telah berlaku Khianat kepada pengundi Behrang dan rakyat seluruhnya.

Program berakhir pada jam 8.30 pagi setelah menjalankan aktiviti bermula dengan Iftar Berjamaah, Solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjamaah, Tazkirah 1, Tadarus Al Quran, Qiamulail, Sahur, Solat subuh berjamaah, Kuliah Subuh dan diakhiri dengan Tawjihad. Tazkirah 1 disampaikan oleh AF Ust nik Asri dan Kuliah subuh disampaikan oleh AF Ustaz Anuar Murad.

Majlis berlangsung dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan dengan kehadiran pemuda seramai kira-kira 50 orang.

Thursday, September 10, 2009

Ceramah Isu DUN Perak

Wednesday, September 9, 2009

Tamrin Ramadhan 1430H

Tuesday, September 8, 2009

Usrah Ramadhan


Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim berjaya mengadakan Usrah bulanannya semalam dengan meraikan majlis Iftar di rumah Sdr Nasir.

Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan Tazkirah Ramadhan. Selesai tazkirah, semua AJK yang hadir terdiri daripada Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli serta semua exco DPP Tg Malim menikmati juadah berbuka puasa.

Selesai Solat Maghrib, diadakan mesyuarat khas tentang Tamrin Ramadhan.

Program berakhir dengan Solat tarawih dan ditutup sekali lagi dengan Tazkirah oleh AF Ust Arman Yusop.

Syukran kepada Sdr Nasir dan semua AJK serta tetamu Pemuda dan Zaujah masing-masing. Mudah-mudahan Ukhuwah yang terbina ini terus segar bersama iringan Perjuangan Mendaulatkan Agama Allah. Insyaallah..

Tuesday, September 1, 2009

Sambutan Badar Kubra 1430H