Pages

Tuesday, September 8, 2009

Usrah Ramadhan


Dewan Pemuda Pas Tanjong Malim berjaya mengadakan Usrah bulanannya semalam dengan meraikan majlis Iftar di rumah Sdr Nasir.

Majlis bermula seawal jam 6.30 petang dengan Tazkirah Ramadhan. Selesai tazkirah, semua AJK yang hadir terdiri daripada Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli serta semua exco DPP Tg Malim menikmati juadah berbuka puasa.

Selesai Solat Maghrib, diadakan mesyuarat khas tentang Tamrin Ramadhan.

Program berakhir dengan Solat tarawih dan ditutup sekali lagi dengan Tazkirah oleh AF Ust Arman Yusop.

Syukran kepada Sdr Nasir dan semua AJK serta tetamu Pemuda dan Zaujah masing-masing. Mudah-mudahan Ukhuwah yang terbina ini terus segar bersama iringan Perjuangan Mendaulatkan Agama Allah. Insyaallah..

0 comments: