Pages

Monday, February 22, 2010

Tamrin Qiadi 2010 Bakar Semangat Perjuangan

Seramai 100 pemuda dari seluruh kawasan Negeri Perak telah mengikuti Tamrin Qiadi di Kg Rasau, dalam kawasan DPP Tg Malim.

Tamrin yang berkonsep 'askari' ini bermula pada jam 4.00 petang Sabtu (20 Feb. 10) dan berakhir kira-kira jam 3.00 petang keesokannya.

Semua pimpinan Pemuda kawasan-kawasan dan AJK termasuk Timbalan Ketua dan Naib Ketua DPPN Perak turut bersama dari awal hingga akhir.

Antara pengisisan yang menarik dalam Tamrin ini ialah Night Tracking yang mana setiap kumpulan diberi satu tugasan melalui soalan yang diletakkan bersama alatan-alatan lain. Kumpulan yang berjaya mendapatkan barang yang diarahkan, akan dikira pemenang. Alhamdulillah, 2 kumpulan berjaya menyelesaikan tugasan, dan satu kumpulan gagal mendapat apa yang dihajati.

Di akhir program, peserta diminta menyatakan segala pengalaman dan pengajaran yang diperolehi. Setelah itu, Pengajur menerangkan apakah objektif sebenar tentang aktiviti tersebut.
Rata-rata peserta yang terlibat melahirkan keseronokan dan merasakan aktiviti sedemikian amat bermanfaat.

Selain itu, peserta juga telah melakukan khidmat masyarakat dengan membersihkan kubur dan surau. Pada tengah hari pula, semua peserta dibekalkan dengan beras, ayam dan buluh. Apa yang menyeronokkan, semua peserta perlu menyediakan makan tengah hari mereka
sendiri.

Program berakhir dengan mandi di Sungai Gapis.


















0 comments: