Pages

Sunday, April 3, 2011

Perkasakan Organisasi Giatkan Penerangan


3 April 2011- Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim kali ke 9 telah berlangsung dengan jayanya dengan dirasmikan oleh Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak, Sdr Salman bin Salleh. Acara perasmian dimulakan pada jam 9.20 pagi dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Tema Pas.


Ucapan pengarah Mesyuarat Agung kali ke 9, Ust Azhari memulakan bicara dan diikuti dengan ucapan wakil Pas kawasan, Ust Mohd Shafie. Seterusnya, Ketua Pemuda, Tn Hj Aminuddin Zulkipli meneruskan ucapan dan diikuti dengan ucapan perasmian oleh Sdr Salman bin Salleh.

Sdr salman sempat menceritakan keadaan terkini di Sarawak, yang secara kebetulan beliau baru pulang dari Sarawak mewakili Jabatan Pilihanraya Negeri bagi menyediakan beberapa persiapan sempena Sarawak menghadapi pilihanraya ketika ini. Maklumat terakhir, beliau menyatakan Pas akan bertanding 5 kerusi.

Selain itu, beliau mengingatkan tentang perlunya perancangan yang teliti bagi menggerakkan Pemuda Pas ke arah lebih dikenali dan disenangi oleh masyarakat. Maka perlunya pemuda mewujudkan ikon di peringkat kawasan sebagaimana dilakukan di peringkat negeri.

Seramai 60 orang perwakilan tekun mendengar amanat daripada Naib Ketua Pemuda Perak ini. Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan mencadangkan dua perkara iaitu Perkasakan organisasi pas di semua peringkat serta pastikan setiap program penerangan sampai ke peringkat akar umbi, agar fitnah UMNO dapat digagalkan dan dihapuskan daripada menjadi anutan masyarakat.

0 comments: