Pages

Wednesday, November 30, 2011

HEMPAP 2011- Iltizam Pemuda Menawan Perak Dalam PRU 13

Dewan Pemuda Pas Tg Malim bersama ribuan pemuda melafazkan ikrar dan berdoa demi memenangkan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 13 yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Himpunan tahunan yang diadakan di kampung Kedah, Parit Buntar pada tahun ini menyaksikan pemuda Pas hadir dengan berbaju kuning sebagai isyarat kesediaan pemuda menjayakan himpunan bersih 3.0 jika diarahkan pimpinan.

Dato Seri Nizar Jamaluddin antara pemidato yang menyampaikan ucapan dengan penuh semangat dan memotivasikan pemuda untuk terus berjuang. Selain itu, turut berucap, Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar, Ketua Pemuda Pas Malaysia, Ust Nasaruddin Tantawi, Ust Idris Ahmad, Wakil DAP dan beberapa pimpinan lain.

Walaupun hujan turun di sebelah tengah hari, namun keazaman peserta untuk mengubah landskap politik Malaysia menyebabkan tidak seorang pun berganjak dari padang himpunan. Hempap 2011 telah berjaya mencapai sasaran peserta himpunan dan berjaya mencapai objektif pihak penganjur.

HEMPAP 2011- Iltizam Pemuda Menawan Perak

Thursday, November 24, 2011

Ramaikan Jamuan Amal Sebagai Tanda Sokongan - Ketua Pemuda

Pemuda khususnya dan semua yang mempunyai kesedaran untuk bersama-sama dalam arus perubahan dunia politik yang semakin membara kini mesti mengambil peluang menyatakan sokongan dan dokongan mereka kepada perjuangan ke arah membebaskan Malaysia daripada kegelapan dan kejahilan umat serta kerakusan pemimpin yang sentiasa mengambil peluang di atas kelemahan dan kealpaan rakyat. Antaranya, sokongan boleh diimplementasikan dengan turut hadir dalam jamuan makan amal yang dianjurkan oleh Pas Kawasan Tg Malim pada 25 November ini.

Sdr Junaidin, selaku Ketua Pemuda Pas Tg Malim telah mengarahkan semua pemuda Pas untuk turun beramai-ramai dan membawa seberapa ramai saudara dan rakan-rakan untuk menjayakan program ini. Kehadiran yang ramai ini akan membuktikan kemampuan dan kesediaan Pas menawan hati pengundi-pengundi terutamanya di DUN Slim yang bakal ditandingi oleh Pas@ Pakatan Rakyat.

Beliau yang ditanya tentang majlis makan malam ini turut menyatakan kesediaan Pemuda walau dengan apa keadaan sekalipun, akan menjayakan setiap program Pas @ Pakatan Rakyat yang dianjurkan. Pemuda Pas setiap ketika dan keadaan akan berada di barisan hadapan.

Kepada yang belum membeli tiket sumbangan, bolehlah berbuat demikian dengan segera. Ketepikan alasan, utamakan perjuangan. Semoga amalan yang sedikit ini akan menjadi bekalan untuk dibawa bertemu Allah SWT nanti. Wallahu a'lam.


Monday, November 14, 2011

Anak AJK UMNO Cemerlang di Pasti

Pasti Kawasan Tanjung Malim yang diyakini melahirkan murid-murid yang cemerlang bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi akhlak terus memperlihatkan kemampuan dengan pencapaian murid yang menerima anugerah serta dimantapkan lagi dengan persembahan pemenang-pemenang pertandingan di peringkat negeri dan Malaysia.

Dalam Majlis Konvokesyen yang diadakan baru-baru ini, adik Amiratul Aufa bt Aminuddin daripada Pasti Ehsaniah, Rasau telah menerima anugerah murid terbaik 6 tahun. Adik Amirul Aufa yang juga anak kepada YDP Pas Kawasan Tg Malim menerima hadiah yang disampaikan oleh ayahnya sendiri.

Bagi kategori 5 tahun, murid terbaik disandang oleh adik Nur Humairah bt Hamdan. Beliau belajar di Pasti Ansar, Sungkai. Walaupun merupakan anak kepada AJK UMNO Bahagian Tg Malim, namun atas keyakinan En Hamdan dengan kurikulum yang diajar serta kemapuan Pasti mendidik anak beliau, maka tepatlah pilihan beliau.

Menurut Pengerusi Pasti kawasan Tg Malim, hal ini membuktikan Pasti mampu mengeluarkan produk yang berkualiti serta diyakini oleh segenap lapisan masyarakat yang prihatin tentang pendidikan dan masa depan anak-anak mereka, tidak kira siapa dan apa fahaman mereka. Tahniah Pasti Kawasan Tg Malim.

Saturday, November 12, 2011

Majlis Makan Malam Amal PRU-13


Tarikh : 25 November 2011
Masa : 8.30 Malam
Tempat : Dewan Cina, Slim River

Anjuran : Pas Kawasan Tg Malim

Dapatkan Kupon Segera

Hubungi

Sdr Salim Ariffin - 012-5343212
Tn Hj Junit bin Anuar - 013 - 5247520
Ust Mohd Shafie Hamid - 012 - 5435472