Pages

Thursday, July 30, 2009

Ceramah Bubar DUN Perak

Sempena Himpunan Pemuda Perak yang akan berlangsung pada 2 Ogos 2009 (Ahad) ini, semua zon di negeri Perak akan menganjurkan Ceramah Bubar Dun di tempat masing-masing.

Dewan Pemuda Pas Tg Malim dengan hormatnya menjemput semua rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kemakmuran dan akauntabiliti untuk hadir ke Ceramah pada ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 2 Ogos 2009
Masa : 9.30 malam
Tempat : Dataran Kampung Rasau
Penceramah:

1) Sdr Sabki bin Yusof - Naib Ketua Pemuda Pas Malaysia
2) Sdr Aminuddin bin Zulkipli - Ketua Pemuda Pas Tg Malim/ AJK Pemuda Negeri Perak

Hadirlah beramai-ramai. Kehadiran anda amat kami alukan..

Monday, July 27, 2009

Suasana Ihtifal Pasti 2009





















Ihtifal Pasti 2009

Besout- 26 Julai, Satu majlis Sambutan Ihtifal Pasti 2009, Kawasan Tanjong Malim telah diadakan di Dewan Besar, Felda Gunung Besout 3. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg. Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa Pasti dan penduduk setempat. Para tetamu telah bersiap sedia mengambil tempat untuk menunggu majlis perasmian.

Antara acara yang dipertandingkan pada peringkat akhir ini ialah Nasyid, Hafazan, Azan, Bercerita, mewarna dan Sajak. Bagi Pasti yang mendapat markah yang terbanyak, dianugerahkan Johan keseluruhan Pasti Tg Malim.

Bagi acara Nasyid, semua peserta menunjukkan bakat yang amat memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Pasti Al Mawaddah meuncul sebagai juara mengalahkan 5 pasti yang lain. Kumpulan nasyid ini telah dipimpin oleh Ustazah Junaidah dan rakan-rakan.

Hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh pimpinan Pas Kawasan termasuk Tn Hj Napiah (Bendahari) Sdr Rostam (Timb. Ketua Pemuda) Ustaz Nik Abd Hadi (Naib YDP Pas) serta Tn Hj Aminuddin Zulkipli (Ketua Pemuda Pas Tg Malim).

Majlis Ihtifal berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Majlis diteruskan dengan gubahan oleh Muslimat, Pertandingan bola sepak dan berakhir dengan Jamuan makan serta Ceramah di sebelah malam disempurnakan oleh Sdr Salman bin Salleh, Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak.

Tuesday, July 21, 2009

Saringan Ihtifal Pasti 2009

Satu majlis Saringan Ihtifal Pasti bagi memilih peserta mewakili Pasti masing-masing ke peringkat akhir telah diadakan pada hari Ahad yang lalu. Kesemua Pasti yang mengambil bahagian telah menghantar pesertanya seawal jam 8.00 pagi.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan pertandingan dihakimi oleh para hakim yang berwibawa, profesional dan adil. Semua keputusan diterima dengan senang hati oleh guru-guru dan murid-murid Pasti.

Suasana hari tersebut dapat digambarkan melalui foto berikut:










Friday, July 17, 2009

Ihtifal Pasti 2009


Thursday, July 16, 2009

Munaqasyah Ucapan Dasar Ketua Pemuda Pas


Monday, July 13, 2009

Suasana Rehlah di Besout 3


Ketua Pemuda Sedang Menyampaikan Ucapan


Para Hadirin Yang Hadir


Ust Mohd Tarmizi dan Rakan Pimpinan Pas Kawasan


Sedapnya makan durian tu..


Ayuhai Ust Mat. Enaknya..

Friday, July 10, 2009

Rehlah Pemuda Tg Malim

Rehlah Dewan Pemuda Pas Tg Malim akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 10 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Felda Besout 03 (Rumah Tn Hj Napiah Tokoromo
Acara :
1) Membakar ayam
2) makan Durian
3) Ramah mesra

Semua Pemuda dijemput hadir memeriahkan majlis tersebut pada malam ini.