Pages

Monday, July 27, 2009

Ihtifal Pasti 2009

Besout- 26 Julai, Satu majlis Sambutan Ihtifal Pasti 2009, Kawasan Tanjong Malim telah diadakan di Dewan Besar, Felda Gunung Besout 3. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg. Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli.

Majlis yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa Pasti dan penduduk setempat. Para tetamu telah bersiap sedia mengambil tempat untuk menunggu majlis perasmian.

Antara acara yang dipertandingkan pada peringkat akhir ini ialah Nasyid, Hafazan, Azan, Bercerita, mewarna dan Sajak. Bagi Pasti yang mendapat markah yang terbanyak, dianugerahkan Johan keseluruhan Pasti Tg Malim.

Bagi acara Nasyid, semua peserta menunjukkan bakat yang amat memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Pasti Al Mawaddah meuncul sebagai juara mengalahkan 5 pasti yang lain. Kumpulan nasyid ini telah dipimpin oleh Ustazah Junaidah dan rakan-rakan.

Hadiah pertandingan telah disempurnakan oleh pimpinan Pas Kawasan termasuk Tn Hj Napiah (Bendahari) Sdr Rostam (Timb. Ketua Pemuda) Ustaz Nik Abd Hadi (Naib YDP Pas) serta Tn Hj Aminuddin Zulkipli (Ketua Pemuda Pas Tg Malim).

Majlis Ihtifal berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Majlis diteruskan dengan gubahan oleh Muslimat, Pertandingan bola sepak dan berakhir dengan Jamuan makan serta Ceramah di sebelah malam disempurnakan oleh Sdr Salman bin Salleh, Naib Ketua Pemuda Pas Negeri Perak.

0 comments: