Pages

Tuesday, July 7, 2009

Majlis Serah Tugas Pas Perak

Pada 4 Julai 2009 yang lalu, telah berlangsung satu majlis serah terima tugas bagi pemegang jawatan Badan Perhubungan PAS Perak Sesi 2009-2011.

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Haji Abu Bakar Hussain baru-baru ini telah mengumumkan barisan kepimpinan PAS Perak bagi sessi 2009-2011 dimana Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak yang baru ialah Ustaz Mohd Misbahul Munir Masduki. Manakala bagi jawatan Bendahari ianya kembali disandang oleh Haji Abd. Rahim Md Ariff.

Turut tersenarai dalam kepimpinan baru PAS Perak ialah muka baru, YB Drs. Khalil Idham Lim Abdullah ADUN Titi Serong sebagai Ketua Penerangan PAS Perak.

Sementara itu, YB Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin bersama-sama dengan Dr. Khairuddin Abd Malik dan Ustaz Mustapha Shaari merupakan Timbalan-timbalan Pesuruhjaya.

Semoga PAS Perak semakin mantap menerajui dan memimpin perubahan.

0 comments: