Pages

Wednesday, July 9, 2008

Himpunan Protes Harga Minyak

Perhimpunan protes harga minyak pada dasarnya telah berjaya diadakan di Padang MBPJ, Kelana Jaya. Beberapa insiden yang kurang memuaskan telah berlaku. Amat memalukan kerana apa yang sebenarnya cuba diperjuangkan sebenarnya jauh tersasar.

Dalam insiden perhimpunan ini, pendirian Unit Amal Pas meninggalkan perhimpunan adalah tindakan yang tepat. Ini menggambarkan pendirian Pas yang tidak bersetuju dengan perjalanan program himpunan tersebut. Walau apapun, DPP Tanjong Malim mengharapkan supaya perkara begini tidak berlaku lagi pada penganjuran himpunan pada masa-masa akan datang.

Buat peserta himpunan yang berkorban masa, tenaga dan wang ringgit untuk bersama dalam himpunan tersebut, semoga Allah memberi ganjaran sewajarnya di atas niat yang murni ini. Buat para pejuang sekalian, teruskan perjuangan!!!

0 comments: