Pages

Tuesday, August 12, 2008

Kejayaan Jambori Unit Amal Tg Malim

Unit Amal Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Jamborinya seperti yang diwar-warkan sebelum ini. Alhamdulillah, jambori yang julung-julung kali diadakan ini mendapat sambutan yang begitu baik daripada ahli-ahli di kawasan Tanjong Malim.

Seramai 70 peserta telah terlibat dalam jambori kali ini. Perasmian secara sederhana telah disempurnakan oleh Tn Hj Baharudin Ishak, Timbalan YDP Pas Kawasan Tanjong Malim. Beliau juga mengetuai qiamulail yang bermula jam 3.30 pagi.

Ketua Pemuda juga tidak ketinggalan menyampaikan ucapan alu-aluan serta memberikan kuliah subuh pada hari kedua jambori.

Tidak ketinggalan, jambori ini telah dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Unit Amal Negeri Perak, Saudara Zamarul Aini serta rombongannya yang terdiri daripada 15 orang Ahli Lembaga Unit Amal Negeri Perak.

Program berakhir pada pukul 12.30 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang serta peserta unit amal yang terbaik.






















p/s .. Semoga unit amal tg malim terus maju..Allahu Akbar

1 comments:

ah sam said...

banner sambutan ramadan belum di pasang di kawasan tg malim. Ayuh dpp tg malim jangan lupa & lena