Pages

Sunday, August 3, 2008

Terima kasih YAB Dato’ MB Perak

Dato’ Seri Ir Mohd Nizar bin Jamaluddin dalam kesibukannya menjalankan amanah mentadbir negeri, masih sempat meluangkan masa untuk bersama rakyat. Beliau yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, telah berbesar hati untuk singgah di Slim River bagi menunaikan Fardhu Jumaat sambil bermesra dengan penduduk di sini.

Alhamdulillah, Dato’ Seri masih berkesempatan menyampaikan tazkirah sebelum menunaikan Solat Jumaat. Apa yang menarik, cuba disampaikan kepada semua hadirin ialah bagaimana besarnya tanggungjawab beliau sebagai pemimpin wajib mengingatkan rakyatnya tentang pentingnya menunaikan solat. Lebih-lebih lagi, ketika ini ummat Islam berada dalam suasana memperingati peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Beliau juga menyeru supaya tidak hanya menunaikan solat, tetapi perlu di awal waktu, berjamaah di masjid atau ditempat azan dilaungkan. Beliau mengimbas satu peristiwa ketika Nabi SAW selesai bersolat, didapati salah seorang sahabatnya tidak ada. Lalu beliau bertanya tentang sahabatnya itu. Maka diberitahu kepada Nabi SAW bahawa sahabatnya itu bersolat di rumah. Dengan wajah yang merah, Rasulullah melafazkan ingin membakar rumah sahabatnya itu. Begitulah seriusnya Nabi SAW mendidik umatnya untuk menunaikan solat secara berjamaah.

Dato’ seri seterusnya mengimamkan Solat Jumaat dan setelah selesai, beliau beramah mesra dengan penduduk tempatan dan meneruskan perjalanannya ke kuala Lumpur. Terima kasih daun keladi, lain kali singgah lagi..

0 comments: