Pages

Sunday, December 27, 2009

Tahniah Tanjung Malim FC

Kami tidaklah sehebat Parit atau Ipoh Timor tetapi Alhamdulillah berkat adanya DUIT (bukan rasuah tapi doa, usaha, istiqamah dan tawakal) Tanjung Malim FC berjaya berada di kedudukan tiga terbaik dalam perlawanan merebut Piala Pesuruhjaya Perak. Dengan kemengan tempat ketiga tersebut membolehkan mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM400.

"Kepada para penyokong, kami memohon maaf kerana tidak dapat memberikan penyudahan yang terbaik kepada anda. InsyaAllah pada masa akan datang akan akan lebih berusaha memperbaiki diri," Petikan ucapan Saudara Farhan, salah seorang wakil Pemuda Tanjung Malim. Namun begitu kemenangan 2-1 ke atas Kampar pada perlawanan menentukan tempat ketiga-keempat sudah cukup memberikan kegerunan kepada 24 pasukan yang bertanding.

Saudara Abdul Ghani yang mewakili Pemuda Pas Tanjung Malim mengucapkan jutaan tahniah kepada Tanjung Malim FC diatas kejayaan yang cukup membanggakan tersebut. "Kemenangan ini menggambarkan tiada apa yang mustahil untuk dicapai dalam dalam setiap pertandingan. Yang penting ada kesungguhan dan strategi serta mengharapkan pertolongan Allah. Semoga semangat ini terus diterjemahkan untuk mementang BN dalam pilihanraya akan datang."Tambah beliau.


Bagi pengurus pasukan, kemenangan ini hanyalah sekadar suatu bonus. Apa yang pasti Tanjung Malim FC yang mewakili Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjung Malim telah berjaya menyempurnakan misi DPPTM iaitu untuk terus memberikan sokongan kepada Dewan Pemuda Pas Perak dalam menjayakan setiap program yang dianjurkan. Malah apa yang lebih membanggakan melalui Tanjung Malim FC, DPPTM dapat mendekatkan lagi anak-anak muda ini dengan PAS. Malah ada dikalangan anak orang UMNO ini tanpa segan menyanyikan lagu rasmi pas malah sanggup mewakili Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim bagi menggalas cabaran. Jika perkara seperti ini berterusan pastinya UMNO terutama di felda-felda mengalami masalah besar pada PRU ke-13.

0 comments: