Dewan Pemuda Pas Tanjung Malim mengucapkan takziah kepada keluarga dan kenalan Sdr Fadiri dan Mohd Faizol yang diberitakan meninggal dunia sebentar tadi. DPPTM dimaklumkan, jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Proton City selepas Zohor hari ini.
Allahyarham merupakan seorang aktivis yang begitu komited dengan aktiviti-aktiviti kebajikan sama ada di UPSI atau masyarakat sekitar telah mengalami kemalangan awal pagi tadi ketika menaiki motosikal bersama seorang temannya. Sahabat kepada Allahyarham dikhabarkan meninggal di tempat kejadian. Sdr Fadiri telah dikejarkan ke Hospital Teluk Intan dan menghembuskan nafas terakhirnya di sana.
Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli bersama Naib, bendahari dan AJK turut menziarahi dan menyembahyangkan jenazah di Surau Al Falah, Proton City. Turut hadir Setiausaha Pas Kawasan Tg Malim, Sdr Salim Ariffin.
Mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan bersama golongan yang beriman. Amin..
Al Fatihah untuk Allahyarham.
Votre nom de domaine blogger.com pourrait être définitivement supprimé.
#462557
-
Cher(e) Client(e),
Votre nom de domaine blogger.com est en ce moment enregistré sur OVH.
Notre système de facturation a détecté l'expiration de ce servi...
4 months ago
0 comments:
Post a Comment