Pages

Saturday, March 27, 2010

Jangan Gadaikan Prinsip Islam Semata-mata Nak Berkuasa


Perjuangan Islam adalah suatu amanah yang bukan untuk diperjudikan dengan kehidupan dunia. Walaupun gerakan Islam berjuang dalam negara demokrasi untuk mencapai kemenangan, namun harus diingat, jangan sekali-kali menggadaikan prinsip Islam.

Islam merupakan addin yang memimpin manusia ke arah kebenaran dan kejayaan hidup manusia di dunia dan akhirat. Jangan ada di kalangan pejuang gerakan Islam yang berjuang untuk mendapatkan Ghanimah atau mahu disebut-sebut sebagai pejuang.

Demikianlah antara nasihat yang disampaikan oleh perasmi Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tg Malim(baru) kali ke- 8, Ustaz Mior Isfandi bin Mior Azizan. Beliau yang merupakan Exco Unit Kajian dan Maklumbalas Isu Semasa Dewan Pemuda Pas Malaysia juga turut menggariskan ciri-ciri pemuda yang disebut dalam Al Quran melalui surah Al kahfi iaitu :

1. Beriman kepada Allah
2. Mendapat petunjuk dari Allah
3. Dikuatkan dan disatukan hati-hati mereka kerana keikhlasan mereka memperjuangkan Islam.

Mesyuarat yang bermula jam 9.00 pagi telah dihadiri oleh kira-kira 50 orang pemuda sebagai perwakilan dari cawangan-cawangan.

Mesyuarat berakhir kira-kira jam 2.00 petang dengan jamuan tengah hari.

0 comments: