Pages

Saturday, March 27, 2010

Manfaatkan Komunikasi Untuk Perjuangan Islam


Dalam dunia komunikasi yang serba maju kini, adalah malang bagi sesiapa yang tidak memanfaatkannya untuk meningkatkan pengetahuan, maklumat dan menarik sokongan seramai mungkin kepada perjuangan Islam. Islam mengajar umatnya agar memanfaatkan komunikasi yang berkesan demi mencapai kejayaan dalam perjuangan.

Sekiranya terdapat sesuatu masalah, carilah jalan penyelesaian dengan mengadakan musyawarah, bukan mencari alasan untuk tidak berjuang. Elakkan budaya menyerahkan tugasan kepada orang lain, sebaliknya turut sama-sama terlibat dalam mengendalikan sesuatu permasalahan. Jika sikap 'cakna' kepada persekitaran dapat dijadikan amalan pemuda-pemuda khususnya Pemuda Tg Malim, nescaya usaha menawan hati-hati masyarakat untuk menyokong dan bersama gerakan Islam akan lebih mudah.

Begitulah antara intipati ucapan pengguhan Ketua Pemuda Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli pada Mesyuarat Agung Dewan Pemuda Pas Tg Malim(baru) kali ke- 8 yang dirasmikan oleh Ust Mior Isfandi bin Mior Azizan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.00 petang dengan semua AJK dan perwakilan bersalam-salaman sambil berselawat.

2 comments:

Dewan Pemuda Pas Kawasan Tg. malim said...

lawa Baju baru bang. Hehehe

Anonymous said...

mintak satu baju tn hj utk dipakai di shah alam..

adi.idrus