Pages

Monday, October 18, 2010

Fitrah Manusia Beragama Islam


Islam merupakan agama fitrah. Agama yang dikehendaki oleh fitrah manusia adalah Islam. Artinya di dalam Islam tidak ada kepalsuan. Seluruh ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia.

Orang-orang Islam tidak perlu diIslamkan untuk membolehkannya melaksanakan ajaran Islam. Berbeza dengan Kristian yang perlu dibaptiskan atau dikristiankan untuk membolehkan seseorang penganut kristian itu diiktiraf sebagai kiristian. Ini jelas membuktikan, manusia itu lahir sebagai fitrahnya beragama Islam dan mengakui adanya kuasa yang tertinggu yakni Allah SWT. Maka, bersyukurlah kepada Allah kerana memilih dan menetapkan kita semua sebagai ummat islam.

Demikian antara intipati ucapan perasmian Ihtifal Pasti 2010 yang disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim merangkap EXCO DPP Negeri Perak, Tn Hj Aminuddin Zulkipli yang dijalankan di Dewan Tun Razak, Tanjung Malim.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Al fadhil Ustaz Mohd Shafie telah mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis.

Acara bermula dengan persembahan nasyid oleh pelajar Pasti Firdaus, Tg Malim, diikuti dengan acara sajak, hafazan, bercerita dan azan. Kira-kira 300 tetamu memenuhi dewan bagi menjayakan Ihtifal Pasti kali ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib YDP Pas kawasan, Ust Nik Abd Hadi, Ketua Penerangan Tn Imam Kholili, AJK Kawasan Tn Hj Kadri, serta tidak ketinggalan Setiausaha dan Pen Setiausaha Pas Kawasan.

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan sempena Ihtifal Pasti 2010 ini disandang oleh Pasti Mawaddah, Behrang 2020.

Majlis bersurai pada jam 12.45 tengah hari.

0 comments: