Pages

Friday, October 1, 2010

3 Golongan Yang Wajib Dijauhi

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui" Surah al Baqarah, ayat 169.

Dalam melalui kehidupan di alam fana ini, kita sebagai hamba Allah pasti tidak akan terlepas daripada pelbagai ujian dan dugaan serta godaan yang mana sekiranya kita lari dari peringatan Allah, pasti kita akan disesatkan oleh Syaitan.

Syaitan amat mengidamkan semua ummat di muka bumi ini menjadi sesat sepertinya. Dan, perlu kita ingat, Syaitan itu tidak bersendirian, tetapi juga bersama-sama dengan golongan Musyrikin dan Munafiqin dalam usaha menyesatkan manusia dari petunjuk Allah. Mereka berusaha siang dan malam hanya untuk memastikan orang-orang beriman berjaya disesatkan.

Walau bagaimanapun, Allah berjanji, hambanya yang benar-benar beriman kepada Allah, tidak akan berjaya disesatkan. Begitulah antara Tawjihad yang disampaikan oleh AF Ustaz Syed Sahrim bin Syed Tahrim sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Amal dan Kebajikan Kuala Slim.

Majlis tersebut berlangsung di Masjid kuala Slim. Selain ceramah, turut diadakan juga majlis penyerahan bantuan kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim di kampung tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Tg Malim/Slim River. Seramai 20 orang penerima bantuan telah menerima bantuan pada majlis tersebut.

Majlis berakhir dengan jamuan di perkarangan Masjid Kuala Slim.

0 comments: