Pages

Monday, October 18, 2010

Fitrah Manusia Beragama Islam


Islam merupakan agama fitrah. Agama yang dikehendaki oleh fitrah manusia adalah Islam. Artinya di dalam Islam tidak ada kepalsuan. Seluruh ajarannya bersesuaian dengan fitrah manusia.

Orang-orang Islam tidak perlu diIslamkan untuk membolehkannya melaksanakan ajaran Islam. Berbeza dengan Kristian yang perlu dibaptiskan atau dikristiankan untuk membolehkan seseorang penganut kristian itu diiktiraf sebagai kiristian. Ini jelas membuktikan, manusia itu lahir sebagai fitrahnya beragama Islam dan mengakui adanya kuasa yang tertinggu yakni Allah SWT. Maka, bersyukurlah kepada Allah kerana memilih dan menetapkan kita semua sebagai ummat islam.

Demikian antara intipati ucapan perasmian Ihtifal Pasti 2010 yang disempurnakan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim merangkap EXCO DPP Negeri Perak, Tn Hj Aminuddin Zulkipli yang dijalankan di Dewan Tun Razak, Tanjung Malim.

Majlis bermula seawal jam 8.30 pagi. Al fadhil Ustaz Mohd Shafie telah mengetuai bacaan doa bagi memohon keberkatan majlis.

Acara bermula dengan persembahan nasyid oleh pelajar Pasti Firdaus, Tg Malim, diikuti dengan acara sajak, hafazan, bercerita dan azan. Kira-kira 300 tetamu memenuhi dewan bagi menjayakan Ihtifal Pasti kali ini.

Majlis diserikan lagi dengan kehadiran Naib YDP Pas kawasan, Ust Nik Abd Hadi, Ketua Penerangan Tn Imam Kholili, AJK Kawasan Tn Hj Kadri, serta tidak ketinggalan Setiausaha dan Pen Setiausaha Pas Kawasan.

Pemenang keseluruhan bagi pertandingan sempena Ihtifal Pasti 2010 ini disandang oleh Pasti Mawaddah, Behrang 2020.

Majlis bersurai pada jam 12.45 tengah hari.

Wednesday, October 13, 2010

Mesyuarat J/Kuasa DPPTM Kali ke 4 Sesi 2010-2011

Mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut:

Tarikh : 14 Oktober 2010
Masa : 9.15 malam
Tempat : Pejabat Pemuda

Semua AJK Wajib Hadir

Jemputan Ke Ihtifal Pasti 2010

Monday, October 11, 2010

Dua Golongan Tidak Masuk Syurga

Maksud hadis Nabi SAW, " Dua golongan yang tidak masuk Syurga ialah pertama : Golongan yang diberi kuasa, tetapi tidak menjalankan amanah dan kedua: Wanita yang berpakaian, tetapi bertelanjang"

Begitulah antara bunyi hadis yang disampaikan oleh AF Ust Norzarir ketika memberi pengisian dalam program Usrah dan Jamuan Kesyukuran sempena Aidilfitri bertempat di rumah Sdr Abdul Rahman, Kg Ulu Slim.

Program usrah bulanan anjuran Pas Cawangan Slim Village Maju dan Pas Cawangan Ulu Slim itu telah dihadiri kira-kira 50 orang ahli dan penyokong serta pimpinan Pas kawasan. Tidak ketinggalan, ahli dan pimpinan Dewan Penyokong pas juga turut hadir yang diketuai oleh En Chandra.

Antara pimpinan pas kawasan yang hadir, AF Tuan Imam kholili, Ust Mohd Shafie, Ust Hashim dan beberapa pimpinan Pemuda dan Kawasan.

Majlis yang bermula dengan Solat maghrib itu berakhir pada jam 10.40 malam.

Friday, October 1, 2010

3 Golongan Yang Wajib Dijauhi

Firman Allah SWT : "Sesungguhnya Syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji dan menyatakan mengenai agama Allah apa yang tidak diketahui" Surah al Baqarah, ayat 169.

Dalam melalui kehidupan di alam fana ini, kita sebagai hamba Allah pasti tidak akan terlepas daripada pelbagai ujian dan dugaan serta godaan yang mana sekiranya kita lari dari peringatan Allah, pasti kita akan disesatkan oleh Syaitan.

Syaitan amat mengidamkan semua ummat di muka bumi ini menjadi sesat sepertinya. Dan, perlu kita ingat, Syaitan itu tidak bersendirian, tetapi juga bersama-sama dengan golongan Musyrikin dan Munafiqin dalam usaha menyesatkan manusia dari petunjuk Allah. Mereka berusaha siang dan malam hanya untuk memastikan orang-orang beriman berjaya disesatkan.

Walau bagaimanapun, Allah berjanji, hambanya yang benar-benar beriman kepada Allah, tidak akan berjaya disesatkan. Begitulah antara Tawjihad yang disampaikan oleh AF Ustaz Syed Sahrim bin Syed Tahrim sewaktu menyampaikan ceramah pada majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan oleh Persatuan Amal dan Kebajikan Kuala Slim.

Majlis tersebut berlangsung di Masjid kuala Slim. Selain ceramah, turut diadakan juga majlis penyerahan bantuan kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim di kampung tersebut. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Tg Malim/Slim River. Seramai 20 orang penerima bantuan telah menerima bantuan pada majlis tersebut.

Majlis berakhir dengan jamuan di perkarangan Masjid Kuala Slim.