Pages

Tuesday, April 21, 2009

Mesyuarat Agung Pas Kawasan Tg Malim Kali ke 27



Pas Kawasan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 19 April yang lalu (Ahad) bertempat di Markas Pas serigala.

Kehadiran Perwakilan dari Cawangan-cawangan amat memberangsangkan. Markas dipenuhi oleh perwakilan dan pemerhati dan sebahagian daripadanya dipenuhi oleh Muslimat.

Perjalanan mesyuarat agak lancar dan berakhir pada jam 3.00 petang. Setelah selesai pengiraan undi oleh pihak SPR, maka senarai Calon yang menang diumumkan.

Tahniah kepada Pimpinan baru dan yang tidak terpilih, jangan berundur, teruskan perjuangan.

Monday, April 13, 2009

Senarai Jawatankuasa DPPTM Sesi 2009-2011

JAWATANKUASA DPPTM SESI 2009-2011
Pengerusi Tetap
Ust Mohd Shafie bin Hamid
Timbalan Pengerusi Tetap
Sdr Salim bin Ariffin
Ketua Pemuda
Tn Hj Aminuddin bin Zulkipli
Timbalan Ketua Pemuda
Sdr Rostam bin Mohd Ramli
Naib Ketua Pemuda
Sdr Abdul Gani bin Ibrahim
Ahli Jawatankuasa
Sdr Azhari bin Yahaya
Sdr Shamsul Hadi bin Mat Saad
Sdr Junaidin bin Yusop
Sdr Rafi bin Mustafa
Ust Arman bin Yusop
Sdr Norazmi bin Abu Bakar
Sdr Nasir bin Din
Pemeriksa Kira-kira
Ust Azizan bin Musa
Sdr Khairul

Suasana sekitar Mesyuarat Agung DPPTM










Mesyuarat Agung DPPTM



Dewan Pemuda Tanjong Malim telah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar apabila berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan semalam.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Mustafa bin Wahab. Turut hadir adalah pemerhati daripada Ketua Pemuda PKR Tg. Malim, Kelab Penyokong Pas Tg. Malim serta beberapa orang Jawatankuasa Pas Kawasan Tanjong Malim.

Pihak Pas Kawasan diwakili oleh Tn Hj Abdul Salam yang banyak memberi nasihat dalam ucapannya. Beliau begitu bersemangat walaupun kelihatan uzur kerana tidak sihat.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Semua hadirin menjamu selera gulai kambing yang disediakan oleh Saudara Ahmad Sabri Wahab atau lebih dikenali sebagai Abang Awang.








Monday, April 6, 2009

Pemuda Tg. Malim di UPU Jelutung










Gelombang Semarak Hijau di PRK Bukit Gantang

Dewan Pemuda Pas telah melancarkan Program Gelombang Semarak Hijau dalam usaha memenangkan calon Pas di Bukit Gantang dalam Pilihanraya Kecil N059 kali ini. Penyertaan Pemuda terdiri daripada Pemuda Johor, Selangor, Pahang, Melaka, Kelantan dan Terengganu. Selain itu, penyertaan Pemuda Pakatan Rakyat juga amat menggalakkan.

Semua pemuda ini dipecahkan mengikut kumpulan tertentu bagi menggempur ketiga-tiga DUN yang terdapat di Parlimen Bukit Gantang.

Ternyata jentera kempen Pas dan Pakatan Rakyat mendahui kempen di PRK ini.
DPP Tanjong Malim telah menghantar seramai 20 wakil yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda, Sdr Rostam bin Ramli. Setiap kawasan daripada negeri Perak berjaya menghantar pemudanya untuk menjayakan kempen ini.

Sdr Salahuddin Ayub, Ust Azman Shafawi, Ustaz Nasaruddin Tantawi serta beberapa pimpinan Pusat dan Negeri telah turun padang bersama-sama menjayakan program ini.










Friday, March 27, 2009

Kenangan Ke Ijtimak Pilihanraya Bukit Gantang








Timbalan Ketua Pemuda Berehat di Hospital S.River

Beliau direhatkan selama sehari di Wad Hospital Slim River
kerana tiba-tiba beliau tidak dapat bergerak ketika
menguruskan kambing-kambing beliau di ladangnya.