Pages

Monday, April 13, 2009

Mesyuarat Agung DPPTM



Dewan Pemuda Tanjong Malim telah selesai menunaikan tanggungjawabnya sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar apabila berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunan semalam.

Mesyuarat telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Tn Hj Mustafa bin Wahab. Turut hadir adalah pemerhati daripada Ketua Pemuda PKR Tg. Malim, Kelab Penyokong Pas Tg. Malim serta beberapa orang Jawatankuasa Pas Kawasan Tanjong Malim.

Pihak Pas Kawasan diwakili oleh Tn Hj Abdul Salam yang banyak memberi nasihat dalam ucapannya. Beliau begitu bersemangat walaupun kelihatan uzur kerana tidak sihat.
Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Semua hadirin menjamu selera gulai kambing yang disediakan oleh Saudara Ahmad Sabri Wahab atau lebih dikenali sebagai Abang Awang.








0 comments: