Pages

Friday, June 6, 2008

Jangan Tinggalkan Bukit Uhud

Begitulah pesanan yang disampaikan oleh perasmi ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Pemuda Pas Tg. Malim yang telah berlangsung pada 19 Mei 2008. Antara lain, beliau juga mengingatkan bahawa bukanlah matlamat pejuang-pejuang islam untuk meraih 'Harta Ghanimah' yang ditinggalkan musuh apabila tamatnya sesuatu peperangan yang dimenangi pihak Islam. Apa yang lebih penting, perjuangan kita adalah untuk menegakkan sebuah pemerintahan islam di bumi Malaysia yang kita cintai ini.

Mesyuarat itu yang dirasmikan oleh exco DPPN Perak iaitu Sdr Salman bin Salleh, juga merupaka setiausaha JPN Negeri Perak. Mesyuarat dihadiri oleh seramai 70 orang perwakilan pemuda dalam kawasan Tg. malim.

Pada mesyurat ini juga, dibuat pelancaran Blog Dewan Pemuda yang dilancarkan sendiri oleh Ketua Pemuda, Sdr Aminuddin bin Zulkipli.

Kemeriahan mesyuarat kali ini begitu terasa dengan kehadiran perwakilan-perwakilan serta pemerhati daripada pihak Jawatankuasa Pas Kawasan, termasuk YDP sendiri (Ustaz Zulqarnain Hassan).

Mesyuarat yang tamat pad pukul 1.40 petang itu disudahi dengan doa Wehdah yang dipimpin oleh Ustaz Tengku Zahid.

0 comments: