Pages

Sunday, July 31, 2011

Pasti Tempat Lahirkan Pendakwah


Pendakwah yang bergelandangan di tengah-tengah masyarakat hari ini sebahagian besarnya merupakan murid-murid Pasti pada suatu ketika dahulu. Kini, setelah mereka melalui fasa pendidikan yang panjang, mereka muncul di tengah masyarakat sebagai penyuluh kepada kegelapan. Kehadiran pendakwah-pendakwah ini begitu membantu dalam misi dan visi Pas mengimplementasikan islam sebagai suatu cara hidup. Islam kini hidup subur dan akan terus diperjuangkan oleh para dai'e sehingga hari Qiamat.

Begitulah nada dan suntikan semangat yang diberikan oleh Ketua Pemuda Pas Tg Malim, Sdr Junaidin Yusop ketika merasmikan Ihtifal Alam Ria Pasti bagi tahun 2011 ini. Ihtifal kali ini diadakan di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi, Slim River pada 30 Julai (Sabtu).

Dalam ucapannya juga, beliau mengucapkan tahniah amat berterima kasih kepada semua guru pasti serta pengurus dan petugas-petugas yang menjayakan semua aktiviti Pasti. Beliau berkeyakinan tanpa kesungguhan semua pihak, adalah mustahil Ihtifal yang sebaik ini dapat dijayakan. Sebelum itu, mendahului ucapan Sdr Azhari selaku Pengerusi Pasti Kawasan Tg Malim merangkap Timbalan Pengarah Pasti Negeri Perak.

Ihtifal kali ini menyaksikan pertandingan bagi acara Azan, Bercerita, Hafazan, Sajak dan Nasyid. Bagi acara Pidato dan Khutbah, ianya merupakan acara yang baru dipertandingkan pada tahun ini. Seramai 8 orang hakim telah dijempu khas bagi menghakimi pertandingan yang begitu sengit ini.

Majlis yang bermula jam 8.00 pagi ini berakhir pada jam 1.20 minit petang dengan hadiah disampaikan oleh ketua pemuda sendiri dan YDP Pas Tg Malim, Tn Hj Aminuddin Zulkipli. Sebagai selingan, majlis bacaan Al Quran diperdengarkan oleh bekas murid Pasti Al Hilal, Besout yang kini sedang melanjutkan pekajaran di Mesir.

Acara Nasyid dimenangi oleh pasti Mawaddah, diikuti oleh Pasti Barakah dan Pasti Firdaus. Johan keseluruhan bagi tahun 2011 disandang oleh Pasti Mawaddah, Behrang 2020.

0 comments: